Rabu, 3 September 2014

Visi dan Misi

Posted by Siti Subaiyah at 6:22 PTG 0 comments
Tentang Kami…
DOBI HARUM telah ditubuhkan pada 1 Ogos 2000, di bawah naungan syarikat Ikatan Mampat Enterprise. Dobi harum menawarkan perkhidmatan mencuci pakaian, alas meja, tuala, langsir, karpet, cadar, comforter, menggosok pakaian, cucian kering, dan lain-lain. Ikatan Mampat Ent. pernah memiliki dua cawangan dobi di Rembau, Negeri Sembilan (2001-2004) dan Jalan Cheras Kajang (2004-2007). Pada 18 November 2013, Dobi Harum kemudiannya didaftarkan atas nama pemilik baru – Siti Subaiyah Shahudin. 


Visi Kami…

Menjadi pusat cucian terpilih di Selangor.

Misi Kami…

  • Kami menyediakan perkhidmatan dobi dan servis cucian.
  • Teras model kami adalah mampu mencuci pelbagai jenis fabrik.
  • Kami menyediakan servis-servis tambahan seperti ambil dan hantar kepada pelanggan khususnya kepada penduduk setempat, badan-badan kerajaan dan swasta. 
  • Membantu menyelesaikan masalah harian setiap keluarga yang mempunyai kekangan masa dan tenaga di rumah.



Isnin, 1 September 2014

Agen Nasi Arab Albayt Diperlukan

Posted by Siti Subaiyah at 10:51 PG 1 comments
Hai semua,

Saya memerlukan beberapa orang kawan untuk sama-sama menjadi agen seperti saya.

Harga 10 kotak : RM 125 (RM 12.50 sekotak)
Harga 20 kotak : RM 250 (RM 12.50 sekotak)
Harga 50 kotak : RM 550 (RM 11.00 sekotak)

Harga pasaran biasa : RM 15.00 sekotak


Alhamdulillah, sambil menjual, saya dapat belanja kawan-kawan makan. Tak payah susah-susah cari restoran nasi arab. Jimat pun jimat :)


Ahad, 31 Ogos 2014

Happy Merdeka Day

Posted by Siti Subaiyah at 7:08 PTG 0 comments
We from Harum Laundry wishing you
Happy 57th Merdeka Day
to all Malaysian
Hopefully we stay united as 1 family


Jumaat, 29 Ogos 2014

Hari Hari Terakhirku di Kilang

Posted by Siti Subaiyah at 12:20 PTG 0 comments
Alhamdulillah, bersyukur aku diberi peluang untuk mencari rezeki selama 4 tahun, 1 bulan, 12 hari di sebuah kilang Jepun. Kilang yang tak besar mana, tapi cukup untuk memberi banyak pengalaman dan pelajaran baru. Antara pengalaman yang tak ternilai telah aku pelajari ialah cara pengurusan masa kerja, attitude keperibadian, cara mengawal emosi stress, kepimpinan dan komunikasi. Ilmu-ilmu ini takkan dipelajari dalam mana-mana subjek di IPT..percayalah.

Bulan depan, bermulalah tanggungjawab baru. Akulah Production Department, akulah Sales & PPC Department, akulah Purchasing Department, akulah Quality Assurance, akulah Marketing Department, akulah Account Department, akulah Human Resource Admin, akulah..akulah..

Semoga dipermudahkan Ya Rabb, amiin.

Khamis, 28 Ogos 2014

Diari Seorang Suri Rumah

Posted by Siti Subaiyah at 10:21 PG 0 comments

Maka bermulalah trial pertama sebagai seorang suri rumah...
Confius, blurr....

Jumaat, 22 Ogos 2014

Salam Takziah Buat MH17

Posted by Siti Subaiyah at 3:43 PTG 0 comments

Kami warga Dobi Harum mengucapkan takziah
kepada ahli keluarga dan sanak saudara mangsa MH17.
Semoga roh mereka dirahmati Allah.

Al-fatihah...





Isnin, 18 Ogos 2014

Bisness Sendiri atau Kerja Makan Gaji

Posted by Siti Subaiyah at 2:59 PTG 0 comments
Hai semua,

Saya kini telah 4 tahun bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah kilang, dan akan menjadi pengurus Dobi Harum sepenuh masa pada bulan hadapan.

Kerja sebagai jurutera tidaklah se gah yang disangka, dan mempunyai bisness sendiri juga tidaklah semudah yang disangka. Cuma saya ingin bertukar angin adalah kerana saya berpeluang menyambung bisness yang sedia ada.

Sepanjang bekerja di syarikat swasta, pelbagai pengalaman yang telah saya tempuh. Alhamdulillah, syarikat swasta telah membuka mata saya tentang realiti sebenar status kebanyakan orang Melayu kita sekarang. Walaupun orang-orang melayu boleh mendapat pelbagai keistimewaan di negara kita Malaysia, tapi tidak di kebanyakan syarikat swasta. Itulah yang membangkitkan harapan saya untuk mencipta legasi sendiri. Mungkin kedai ini hanyalah kedai kecil, tidak menjamin keuntungan ratusan ribu. Tapi saya berharap agar kita tidak membiarkan bangsa-bangsa lain atau penduduk yang bukan warganegara kita yang merebut peluang di tanah bumi ini yang sekaligus meng'control' ekonomi negara. Cuma satu harapan saya, agar kita sesama Islam tidak bermusuh-musuhan, saling dengki mendengki, tidak ketawa bila melihat orang lain jatuh kerana sedarlah wahai saudara seIslamku, agama dan bangsa kita sekarang semakin jatuh dengan penyakit-panyakit itu.

Jika kita selesa dengan kerja makan gaji. Belanjakanlah sedikit dari gaji itu ke arah yg membela anak bangsa kita. Tak perlulah kita mengkayakan bank lagi dengan membeli liabiliti yang mewah. Belilah apa-apa sekadar keperluan. Saya dah banyak kali dengar akak-akak yang dah berumur berkata di tempat kerja saya "kalau bukan kerana nak bayar hutang, dah lama akak berhenti kerja". So, kepada yang masih muda, ambillah pengajaran ye ;)
 

DOBI HARUM Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez