Rabu, 11 Mac 2015

Kos Pindah Kedai

Posted by Siti Subaiyah at 10:28 PTG 0 comments
Alhamdulillah, kedai kami telah mula beroperasi di bangunan baru sejak 22/2/2015 lalu. Kos pindah kedai melebihi bajet simpananku. Fuh..”sigh” ~_~

Luas kedai yang hanya 19 x 60 agak memeningkan macammana nak buat susun atur kedai. Plan layout memang dah jauh lari. Peningnya terasa macam nak buat kedai baru.

Kat sini saya kongsikan serba sikit kos kami berpindah

1. Bilik ofis dan bilik pekerja.
Masa bangunan baru ni masih dalam pembinaan, kami pesan dengan kontraktor awal2 untuk buat 2 bilik dalam kedai. Satu bilik untuk pekerja. Lebih senang kita nak dapatkan pekerja bila kita sediakan kemudahan tempat tinggal untuk mereka. Satu lagi bilik ofis, senang kalau family nak datang n rehat dalam kedai.
Kos: RM4,500 (termasuk tambahan wiring dan soket plug)


2. Bunding
Dalam dobi, limpahan air memang kerap berlaku. Nak elakkan satu kedai banjir, kami kenalah buat bunding untuk asingkan kawasan membasuh dengan kawasan lain.
Kos: RM350


3. Tangki air baru
Dobi saya memang memerlukan tangki yang besar untuk simpanan air sebagai back up kalau tiba2 air sikit atau xde air langsung. Tangki lama xde penutup, nak jimatkan space dalam kedai, kami beli tangki lain yang ada penutup, letak di luar.
Kos: RM570

4. Partition
Kebanyakan dobi, mereka letak pintu kaca di depan kedai. Saya tak mampulah. Jadi kami buat partition macam dinding dalam pejabat je di bahagian depan kedai. Cukuplah untuk menutup cela dalam kedai dari orang luar. Lagipun ruang simpanan kami sangat terhad, kena jimatkan ruang.
Kos: RM1,950 (termasuk tingkap kaca)


5. Piping
Piping adalah perkara penting dalam mana2 kedai dobi. Kami kena buat aliran paip khas untuk masuk tangki, masuk ke setiap kawasan mencuci, paip aliran keluar ke longkang, juga lubang keluar habuk dan hawa panas dari dryer.
Kos: +RM1,000

6. Rak simpanan
Rak simpanan kami banyak guna yang sedia ada je. Cuma ada tambahan rak simpanan toto. Kami buat DIY punya rak je, jenis yang melekat kat dinding untuk jimatkan ruang. Guna plywood dan bracket beli sendiri.
Kos: +RM500 (plywood, bracket, cat kayu)


7. Besi menggantung baju & toto
Yang ni kami tempah dari kedai besi. Penting untuk kami menjemur toto di luar.
Kos: RM600


8. Meja kaunter baru?
Takdelah, kami Cuma guna meja kaunter lama je. Elok lagi tu. Cuma cat sikit untuk beri warna baru di kedai baru saya.
Kas cat minyak & cat kayu: RM65

9. Signboard baru
Nak guna signboard lama, x sesuai pasal dah lama sangat signboard tu..dari 16 taun dulu. No tel yang tertera kat signboard lama pun dah tak guna. Terpaksalah oder signboard baru dengan tema warna dobiku yang baru.
Kos: RM1,100

10. Workmanship
Yang ni pun kena kira jugak. Ingat diorang nak buat kerja2 pindah kedai ni free ke.
Kos: RM600


Inilah rupa kedai baru kami. Kedai yang serba sederhana je. Tema warna pink dan biru. Biru tu melambangkan warna detergent dan pink melambangkan warna softener. Saya lebihkan warna pink sebab bangunan ni dah bercat biru. Total kos dalam RM11k++. Inilah kos ubahsuai yang paling minima kami cuba buat. Ada kedai dobi yang cantik2 yang buat kos renovation sampai 30, 40k. Tapi kami belum sampai la tahap macam tu sekali. Saja kami buat kedai ni secara sederhana supaya kami tak terpaksa cas servis dobi yang mahal kepada pelanggan kami. Harga kami masih relevan lah kan. 

Cuma saya pening sikit pasal sewa kedai dah naik. Adoi.

Ada lagi beberapa wish list yang saya nak buat, tapi masih belum mampu untuk buat.
a) POS system (sistem jual beli berkomputer) RM3,000
b) CCTV RM2,000
c) Tambahan mesen, rail untuk gantung karpet, pagar besi…bla bla bla (kalau ada cadangan bolehlah komen sikit ye)

Jutaan terima kasih buat ibu bapaku, pekerja2ku, ahli keluarga, jiran2, sanak saudara yang telah membantu dalam proses pindah kedai. Jasa kalian amatlah saya hargai ;)  Semoga perkongsian saya ni bermanfaat untuk peniaga2 dobi lain seperti saya.


Khamis, 19 Februari 2015

Gong Xi Fa Cai 2015

Posted by Siti Subaiyah at 12:27 PTG 0 comments
Hai,

sumber dari ideahouse.com.my

Kami mengucapkan selamat menyambut tahun baru cina buat semua rakyat Malaysia berbangsa Cina. Hari ini kedai kami buka seperti biasa. Kedai kami hanya bercuti pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Aidiladha je. Enjoy your holidays ;)


Kami dalam proses untuk mengosongkan kedai ini.


Isnin, 16 Februari 2015

Jualan Lelong di Dobi Harum

Posted by Siti Subaiyah at 6:13 PTG 0 comments
Hai semua,

Oleh kerana kedai baru kami nanti lebih sempit dari kedai sekarang, saya jadi pening, mana nak letak toto, comforter, langsir, cadar, selimut bla2 yg banyak2 sgt ni. Jadi terpaksalah kami asingkan mereka, yang baru dengan yang lama. Maksudnya barang2 yang cutomer hantar tapi tak amik2 sampai lebih dari setahun, terpaksalah kami let go (jual). Ada toto yang sampai 5, 6 tahun tak amik pun ada! Sori guys, oleh kerna kedai dobi yang ruangannya terhad ni pun kami sewa. Jadi sesiapa yang nak tumpang letak barang untuk setahun ke atas terpaksalah kami charge juga ye.


Pemilik barang2 ni dah bertahun kami tak nampak batang hidung mereka. Dalam kedai pun ada banyak lagi ni.


Kami mohon ampun sebab kami memang terpaksa lelong semua ini. Dah takde tempat kami nak letak barang2 yang dah kami lama simpan dari zaman tok kadok lagi.


Ramai yang borong jualan lelongan kami sampai 5, 6 barang sekaligus. Rezeki diorang lah ye. Sekejap je barang2 lelongan kami dah nak habis. Macam pisang goreng panas. Tinggal yang buruk2 je lah.





Khamis, 5 Februari 2015

Dekorasi Ruang Dobi

Posted by Siti Subaiyah at 3:05 PTG 0 comments
Kami akan pindah kedai dalam tempoh sebulan dua ni. Masih di kawasan yang sama, cuma bangunan yang berlainan. Dari bangunan 1 tingkat, ke bangunan 3 tingkat.

Saya akui, dobi saya sekarang macam dobi kampung je. Kalau tengok apa ada dalam dobi, lagilah rasa rimas. Dengan susunan yang tak teratur, rak & meja yang dah buruk. Saya rasa macam nak buang je semua dan gantikan yang baru. Namun semua tu asal ada duit bolehla..

Saya suka cuci mata tengok contoh2 dekorasi ruang dobi yang ada dalam internet. Ruang2 dobi ni sesuai untuk dalam rumah, tapi boleh la cedok sikit2 idea untuk cantikkan kedai baru saya nanti.



Untuk ruang yang kecil, rak yang melekat di dinding sangat praktikal dijadikan sebagai ruang penstoran untuk letak sabun, softener, kain buruk, berus, syiling, dll.




Kalau gunakan kabinet yang bertutup, boleh elak dari habuk & nampak lebih kemas, tapi untuk kedai dobi saya, tak sesuai guna kabinet rasanya. Leceh nak ambil & simpan barang.



Kalau ada sinki kat sebelah mesen basuh, lebih mudah kami nak buat cucian tangan pada pakaian customer. Tapi ruang kedai dobi saya sangat terhad, muat2 untuk letak mesen2. Tengoklah kalau ada ruang kosong lepas pindah nanti, bolehla tambah sink.



Cara susunan dryer di atas & washer di bawah sangat sesuai untuk mesen2 front load. Sama macam kebanyakan dobi-dobi layan diri. Sangat menjimatkan ruang. Tapi dengan mesen2 saya yang ada sekarang, memang tak boleh lah. Tengoklah kalau ada banyak duit nanti.


Dekorasi tambahan macam bunga2 ni boleh menceriakan suasana. Mungkin saya boleh tambah bunga yang simple di ruang kaunter nanti :)

Sabtu, 31 Januari 2015

Laundry Talk anjuran Pengusaha Dobi Malaysia

Posted by Siti Subaiyah at 1:34 PG 1 comments
Pada 17 Januari 2015 lalu, seramai lebih kurang 60 pengusaha dobi seluruh Malaysia telah menghadiri Laundry Talk di De Palma Hotel Seksyen 19, Shah Alam. Dengar kata, sejak bertahun2 mereka merancang, hari ni baru mereka dapat kumpulkan pengusaha2 dobi dalam bilangan yang agak ramai. Tahniah buat En. Wan Saiful Hafez yang wujudkan group Persatuan Dobi Semalaysia di facebook dan group PDM dalam aplikasi whatsapp.


Seronok dapat berkenalan dan berkongsi pengalaman sesama pengusaha dobi. Saya pernah dengar cerita dari pengusaha dobi yang telah berbelas tahun berniaga, setiap kali dia rebut tender di mana2 institusi, ada pengusaha dobi yang letak sebut harga serendah-rendahnya. Diorang ni nak buat kerja amal ke? Secara tak langsung mereka ni membunuh bisnes sendiri dan bisnes orang lain pulak. Jadi inilah salah satu sebab kenapa pengusaha dobi perlu 'bersatu'.


Pada sesi pertama, En. Wan Saiful Hafez, dari Profez Bio Marketing selaku penganjur telah memberi welcoming speech kepada kami semua. Kemudian kami diberi taklimat tentang Bagaimana Menentukan Kos Operasi oleh En. Ahamad Zahar, pengasas rangkaian Hello Laundry dan Hello Dobi. Apa yang saya dapat rumuskan di sini ialah, sebelum kita dapat letak harga cucian kepada pelanggan, kita perlu tahu kos terlebih dahulu.

Harga = Kos + x

'x' ialah keuntungan bersih yang peniaga akan dapat. Penting bagi kita untuk pastikan nilai kos lebih rendah dari harga. Macam mana nak kira kos? Boleh tanya En. Ahmad Zahar :)

Sesi kedua ialah tentang tips untuk mendapatkan tender dari Puan Sally dari AD Laundry. Jika kita ingin mendapatkan tender atau kontrak dari mana-mana hotel, hospital atau pusat latihan kerajaan, perlulah :

1. Daftarkan syarikat dalam Kementerian Kewangan Malaysia terlebih dahulu dan permohonan taraf bumiputera. 
2. Modal yang mencukupi. Sediakan mesen2 & pekerja yang boleh menampung cucian kontrak tersebut.
3. Keluar cari kontrak, bukan hanya menunggu pelanggan datang ke kedai.
4. Servis delivery perlu tiptop.

Buat semua pengusaha dobi, anda dinasihatkan supaya janganlah ambil kontrak yang melalui orang tengah, di mana mereka sub kepada anda. Ibarat orang tengah makan daging, kita dapat tulang je..hehe.

Selesai makan tengah hari dan solat zuhur, sesi seterusnya ialah taklimat mengenai Machine Maintenance dari En. Amir. En. Amir telah berkongsi tentang masalah umum yang selalu berlaku di mana-mana kedai dobi. Samada dari dryer, mesen basuh mahupun seterika. Pemeriksaan mesen secara berkala perlu kita lakukan supaya mesen-mesen dobi kita lebih tahan lama.

Kemudian sesi tentang POS system, iaitu sesi tentang sistem rekod berkomputer dari En. Shafii. Bagi saya sistem ini sangat penting untuk memastikan barangan pelanggan sentiasa dalam rekod mengikut tarikh penghantaran dan tiada kecurian wang berlaku. Jadi lebih senang untuk kita urus dobi dari jarak jauh. Sesi terakhir ialah Q&A session. Segala persoalan tentang dobi telah dibincangkan bersama-sama.

Oleh kerana Persatuan Dobi Semalaysia ini masih belum berdaftar, kami telah melantik beberapa AJK sementara untuk menjalankan tugas yang akan diamanahkan:

PENGERUSI: En Jamil
TIMBALAN PENGERUSI: En Fazly
SETIAUSAHA: En Azwan
TIMBALAN SETIAUSAHA: Cik Nana
BENDAHARI: En Maliki
TIMBALAN BENDAHARI: En Zainol


Mudah-mudahan pengusaha dobi di Malaysia ini bersatu dan sama-sama maju di dalam perniagaan. Semoga banyak kelebihan akan kami perolehi dalam persatuan ini.



Isnin, 5 Januari 2015

Simbol Cucian / Laundry Symbol

Posted by Siti Subaiyah at 8:24 PTG 1 comments
Hai semua,

Pernah tak pakaian anda menjadi kusut atau kusam selepas dicuci? Jika ya, mungkin penyebabnya bukan sabun yang anda gunakan, tapi cara mencuci yang salah. Kadang-kadang kita tak sedar dan mengabaikan label simbol yang tertera pada pakaian. Pakaian yang dicuci mengikut cara yang dipaparkan pada label akan membuatkan ia tahan lama.



Simbol-simbol yang ada adalah seperti berikut:

Simbol cara mencuci pakaian “Machine Wash”

Simbol cara mencuci mesen lambangnya adalah bekas berisi air. Dalam simbol tersebut tertera simbol titik (dot), yang menandakan suhu air basuhan. Semakin banyak dot, semakin tinggi suhu yang diperlukan. Jika ada simbol tangan bermakna anda perlu mencuci dengan tangan. Tanda pangkah pada simbol bermakna anda tidak boleh membasuhnya.



Simbol menggunakan peluntur pakaian “Bleach”

Simbol bagi bleaching atau memutihkan pakaian adalah segitiga. Jika ada lambang segitiga pada label pakaian anda, maka anda boleh menggunakan peluntur. Jika ada tanda pangkah pada segitiga bermakna anda tak boleh menggunakan peluntur.



Simbol mengeringkan pakaian “Dry”

Simbol untuk teknik pengeringan pakaian ialah gambar kotak. Bulatan di dalam kotak melambangkan penggunaan mesen pengering (dryer). Titik (dot) yang berada dalam bulatan menunjukkan suhu pengeringan maksimum. Semakin banyak titik dot, semakin tinggi suhunya. Tanda pangkah pada simbol bererti pakaian tersebut tidak boleh dikeringkan menggunakan mesen pengering. Ada juga simbol yang menunjukkan gambar pakaian tersebut tidak boleh diperah.



Simbol menyeterika pakaian “Iron”

Simbol bagi cara menyeterika pakaian ialah lambang seterika. Semakin banyak titik dot, semakin tinggi suhu diperlukan. Tanda pangkah pada seterika menunjukkan pakaian tersebut tidak boleh diseterika.



Simbol cucian kering “Dry Cleaning”

Dry cleaning ialah proses cucian menghilangkan kotoran dan bau pada pakaian tanpa menggunakan air. Simbol bulatan pada label pakaian anda menunjukkan pakaian tersebut boleh dicuci secara dry cleaning. Namun, bila ada tanda pangkah pada simbol, anda tidak boleh mencuci pakaian anda menggunakan teknik tersebut.




Jumaat, 2 Januari 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Posted by Siti Subaiyah at 10:15 PTG 0 comments
Salam semua,

Agak lama saya tak update blog ini atas faktor kesihatan. Semoga tahun baru ini memberi nafas baru untuk kita supaya lebih maju ke hadapan. Tahun 2014 banyak memberi kenangan pahit manis buat kita semua. Semoga pengalaman tersebut membuat kita lebih matang dan tidak putus asa untuk mencapai matlamat hidup. Diharap apa jua yang kita lakukan mendapat keredhaan dari Allah. Dunia ini hanyalah pinjaman, namun apa yang kita lakukan di dunia ini adalah penentu buat kita di akhirat kelak. Salam kejayaan buat semua.

Sumber dari google

 

DOBI HARUM Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez