Rabu, 13 Januari 2016

Cara Letak Lokasi Premis / Kedai dalam Google Map

Posted by Siti Subaiyah at 11:24 PTG 1 comments
Salam ceria buat semua,

Alhamdulillah, Dobi Harum sudah ada dalam Google Map. Senanglah pelanggan atau sesiapa nak datang ke kedai saya nanti.

Kat sini saya kongsikan bagaimana cara nak masukkan lokasi premis anda dalam Google Map.

1. Klik sini GoogleMapMaker.
2. Search alamat kedai korang.


3. Zoom in dan tukarkan ke mode 'Satelit'.


4. Once dah jumpa bumbung kedai korang, halakan curser di 'Add New' dan klik di 'Add a Place'.


5. Klik pada bumbung kedai korang, pilih kategori, masukkan nama kedai dan klik 'Continue'. Nampak dalam gambar masa ni kedai baru saya masih dalam pembinaan lagi.


6. Isi form di sebelah kiri dengan data kedai anda, lepas tu klik 'Save'.


7. Dah siap! Tunggu saja pihak Google approve lokasi kedai dalam map dan jika ada sebarang masalah, mereka akan emel kepada anda.


Selamat mengembangkan bisnes anda melalui online ;)


Isnin, 24 Ogos 2015

Proses Menaik Taraf Kedai

Posted by Siti Subaiyah at 5:14 PTG 16 comments
Assalamualaikum semua,

Dah agak lama saya tak letak entri baru dalam blog ni. Ni kerana pekerja kami yang telah 6 tahun bekerja di kedai kami tu balik kampung di Indonesia sehari sebelum raya puasa baru2 ni. Maka bermulalah alkisah bos jadi kuli.

Saya berhenti kerja sebagai jurutera semata2 kerana nak selamatkan bisnes ayah saya ni dari dijual. Kedai ni xde untung katanya. Sayangla pasal kedai ni dah bertahan selama 15 tahun.

Mula tu saya fikir bila ambil alih kedai dari 'tengah2', dan dah ada pekerja cekap & mahir, kita xperlu bertungkus lumus dalam production lagi. Tugas bos hanya tambah sale je. Rupanya saya silap! Sebelum anda jadi bos dalam mana2 syarikat, anda perlu mula dari bawah. Tak kesahlah samada syarikat tu baru mula nak up atau dah lama up.

Rupanya, pekerja ayah saya tulah punca kedai ayah saya ni rugi. Pandai betul dia adjust report duit keluar masuk. Dan yang agak tragisnya, saya baru perasan tentang hal ni, setelah hampir setahun saya berhenti kerja! Mujurlah saya banyak belajar SOP2 kedai dari bawah. Sekurang2nya, xdelah saya ternganga lepas dia berhenti kerja.

Apa yang saya belajar dari situasi ini ialah, dalam bisnes kita kena jaga:

1. Aliran tunai - walaupun pekerja korang muka baik solat x tinggal sekalipun, jangan main percaya bulat2, aliran wang tunai kena jaga. Pasang sistem POS, CCTV di kedai.

2. Pelanggan - lepas pekerja saya tu berhenti, baru la saya dapat banyak komplen tentang dia dari customer. Pastikan anda boleh dapat feedback direct dari customer jika ada apa2 masalah berlaku. Pekerja anda mungkin pandai main wayang.

3. Kualiti produksi - bab ni memang kena belajar dari bawah. Seriously kalau saya tak ambil keputusan nekad berhenti kerja, saya takkan tahu sebarang SOP cara kerja mendobi dari bawah, serta masalah2 dan cara penyelesaiannya. Then buat SOP bertulis dan pekerja baru anda lebih senang nak belajar dengan cara itu.

Once bila kita dah boleh handle ketiga2 perkara ni, kita boleh lakukan bisnes ekspansi. Saya sedang melakukannya sekarang. Tapi semuanya memerlukan bajet.

Planning saya di masa akan datang ialah:

a) Sistem POS di kaunter
Sistem ni sangat penting untuk menyelakkan penyelewengan aliran wang tunai. Untuk permulaan, saya just dapat letak set komputer je dulu.


b) CCTV
Saya sedang mencari CCTV yang murah dan boleh tengok terus dari handset.

c) Self servis corner
Saya baru beli sebuah mesin basuh topload 10kg second hand dengan harga RM4500. Jenis boleh masuk syiling. Bila dah beli mesin ni baru saya tahu nak setup servis layan diri bukan mudah. Saya perlukan tempat yang secure dan proper. Bukan just letak mesin di luar macam tu je.


d) Dawai letrik 3 phase
Bila dah tambah mesin nanti, for sure saya kena tukar dawai letrik kedai dari singel phase ke 3 phase. Sekarang pun bil letrik dah mencanak dalam RM400.

Saya akan ceritakan pengalaman saya memasang keempat2 perkara ni bila dah complete di next entry :)


Sabtu, 18 Julai 2015

Salam Aidilfitri buat Semua Muslimin dan Muslimat

Posted by Siti Subaiyah at 10:30 PG 0 comments
Salam semua,

Kami mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri 1436H maaf zahir dan batin buat semua kaum muslimin & muslimat di seluruh dunia. Semoga dimurahkan rezeki buat semua.


Ikhlas dari kami, warga Dobi Harum.

Rabu, 8 Julai 2015

Mesin-mesin yang Terdapat di Kedai Kami

Posted by Siti Subaiyah at 1:09 PG 4 comments
Hai semua,

Pada Julai 2015 ni, dobi kami sudah mendapat tambahan aset baru iaitu sebuah mesen dryer 15kg dan sebuah washer 13kg frontload jenama Powerline.


Powerline frontload washing machine (13kg) boleh muat dua helai toto yang sederhana saiz. Kalau beli dari kebanyakan supplier, paling kurang dalam RM26k diorang jual.


Powerline dryer (15kg).


Di bawah ini ialah deretan washer yang ada di kedai kami.
Dari kiri ialah mesin baru kami. Satu2nya mesin 1st hand yang pernah kami pakai.
Di sebelah tu ialah mesin basuh frontload 15kg yang paling banyak berjasa di kedai kami. Dah 30 tahun dah umur mesin ni. Mesin basuh frondload selalunya lebih mahal dari mesin basuh topload sebab ia tak pakai banyak air dan cuciannya lebih bersih.
Dua di bahagian kanan ialah mesin basuh topload Maytag 8kg & 7kg. Kami selalu gunakan mesin ni untuk basuh pakaian yang sikit2.


Di bawah ini deretan dryer yang ada di kedai kami.
Yang hujung tu dryer baru kami. Belum pakai lagi, hehe.
Yang lain ni semua dryer jenama American Corp (14 & 15kg). Ayah saya beli second hand punya, sebab tu nampak buruk. Tapi walaupun nampak buruk, mesin lama sebenarnya lebih tahan lasak dari mesen baru tau.


So total mesin basuh yang ada di kedai kami ialah 45kg dan mesin pengering 58kg.
Keupayaan bagi Dobi Harum menjalankan cucian dalam sebulan ialah;

Produk
Mesin
Unit Mesin
Penggunaan
Mesin Setiap Cucian/ Pusingan
Kapasiti Setiap Cucian/ Perkhidmatan
Kapasiti Cucian Maksima

Sehari
(10 Jam/ 15 pusingan)

Sebulan
(300 jam)
Cucian Basah & Kontrak       Cucian     Basah
Mesin Basuh
Dryer
4

4
40 Minit

45 Minit
43 Kg

58kg
645 Kg

870 Kg
19,350Kg

Aset-aset lain yang ada di kedai kami;
1. Pressure iron Philips


Pressure iron ini ringan dan boleh menggosok pakaian dengan laju. Saya beli dari Amway, harga RM1,050. Kenapa ia laju? sebab iron ni menggunakan banyak steam dan baju jadi mudah licin.

2. Steam iron Silver Star



Iron ini jenis industrial dan tahan lasak, digunakan oleh kebanyakan kedai dobi. Dalam RM500 dah boleh dapat yang secondhand. Ia agak berat digunakan, tapi baju yang digosok akan jadi lebih licin berbanding seterika biasa di rumah, terutamanya baju jenis cotton.

3. Rolling iron


Rolling iron ni sangat penting untuk mana2 kedai dobi yang buat kontrak dengan pusat latihan atau hotel. Bayangkan kalau beratus helai cadar yang perlu digosok dengan seterika biasa, mau tercabut tangan. Dengan rolling iron, dalam 5 minit je dah dapat gosok 4,5 helai cadar.

Mesin2 inilah yang membuatkan kami mampu mencuci beratus kilo pakaian dan menggosok ratusan helai baju dalam masa sehari. Jika ada mana2 pusat latihan, kilang, hotel, restoran dll yang memerlukan khidmat cucian dari kami, bolehlah hubungi saya di 013-3604089.

Terima kasih

Khamis, 18 Jun 2015

Selamat Berpuasa buat Semua Muslimin & Muslimat

Posted by Siti Subaiyah at 1:08 PG 10 comments
Salam semua,


Selamat berpuasa buat semua muslimin dan muslimat. Sempena bulan Ramadhan ni, kedai kami masih buka seperti biasa 9.00 pagi ~ 9.00 malam.

Terima kasih.

Rabu, 10 Jun 2015

Mohon Pinjaman MARA

Posted by Siti Subaiyah at 12:14 PG 325 comments
Hai semua,


Sampai masanya saya bercerita tentang plan B saya setelah plan A tidak menjadi. Oleh sebab pinjaman PUNB saya tidak lulus, saya mohon pinjaman MARA pula.

Ada empat jenis skim pembiayaan perniagaan yang ditawarkan MARA iaitu:
1. Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPPP)
2. Skim Pembiayaan Komersial
3. Skim Pembiayaan Kontrak Ekspress (SPiKE)
4. Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)
** Saya mohon skim SPPP, tapi jenis-jenis skim dah berubah sejak kebelakangan ni. Boleh refer sini.

Berikut adalah langkah-langkah untuk mohon pinjaman MARA:

Langkah 1:
Pergi ke mana-mana pejabat MARA yang berdekatan dengan anda dan tempah tarikh untuk menjalani ujian psikometrik. Bank in RM40 ke dalam akaun MARA dan simpan resit pembayaran sebagai bukti sebelum menjalani ujian.

Langkah 2:
Jalani ujian psikometrik. Lebih kurang macam ujian bertulis masa attend taklimat PUNB, tp yang ni berkomputer. Markah yang anda dapat menentukan berapa jumlah maksimum pinjaman yang anda boleh mohon.

Langkah 3:
Sediakan Rancangan Perniagaan (RP). Once dah selesai jawab ujian psikometrik, pegawai MARA akan beri beberapa borang pada anda, dan senarai dokumen yang perlu anda lampirkan bersama RP anda nanti. Daripada Rancangan Perniagaan (RP) yang saya dah sediakan untuk PUNB, saya ubahsuai mengikut format yang MARA inginkan - klik sini. Anda juga perlu cari seorang penjamin, dan ada borang yang memerlukan cop pengesahan dari pesuruhjaya sumpah.

Langkah 4:
Hantar RP dan borang-borang tersebut ke pejabat MARA di daerah anda. Pegawai MARA akan semak, jika ada sebarang kekurangan, mereka akan inform anda semula.

Langkah 5:
Bila mereka puas hati dengan dokumen-dokumen anda, pegawai MARA akan datang melawat kawasan perniagaan anda. Sambil tu mereka akan cek akaun kira-kira syarikat anda selama 6 bulan sebelumnya, untuk pastikan samada anda mampu bayar semula atau tidak pinjaman yang mereka akan bagi nanti. Diorang ni juga sangat teliti dalam menyemak quotation mesen yang anda ingin tambah dalam syarikat anda. Sebabnya, MARA lebih suka beri pinjaman dalam bentuk barangan berbanding dalam bentuk wang ringgit. Dalam kes saya, pegawai MARA tu suggest saya mohon pinjaman RM50,000 (tambahan mesen RM30,000 dan modal pusingan RM20,000). Tambahan mesen ni, diorang akan beri cek terus pada syarikat yang mengeluarkan mesen dan modal pusingan, diorang akan beri cek kepada akaun syarikat anda.

Langkah 6:
Tunggu pinjaman lulus atau tidak. Dalam tempoh ni, pegawai MARA akan bermesyuarat dengan pegawai atasan. Mereka yang akan tentukan samada pinjaman anda lulus atau tidak. Empat bulan jugalah saya tuggu keputusan sebab ada sedikit perubahan dalam quotation mesen yang kami kena buat.

Langkah 7:
Jika pinjaman anda diluluskan, pejabat MARA negeri akan keluarkan offer letter kepada pejabat MARA daerah. Bila offer letter dah keluar, anda perlu pergi ke pejabat MARA daerah untuk tandatangan surat perjanjian bersama penjamin.

Langkah 8:
Bawa offer letter ke pejabat LHDN, isi borang dan bayar untuk dapatkan cop duti stamp. Beli 12 keping setem hasil RM1 di pos ofis (yang ni saya tak pasti untuk apa). Hantar semula surat tawaran tu bersama invois mesen yang anda akan beli (berdasarkan dari quotation) ke pejabat MARA daerah, dan pejabat MARA negeri akan keluarkan cek. Dalam cek tu, mereka akan tolak siap-siap jumlah insurans takaful.

Langkah 9:
Bila cek dah siap, mereka akan call anda. Sambil anda datang ke pejabat mereka untuk ambil cek, anda perlu dengan bawa sekali cop syarikat dan cek kosong dari syarikat anda bagi 12 bulan supaya duit bayaran balik tu akan ditolak terus dari akaun syarikat anda.

Langkah 10:
Gunakanlah wang dari cek itu dengan berhemah. Cek untuk supplier mesen tu anda boleh bagi pada supplier tu once anda dah dapat mesen yang exactly sama dalam quotation.

Nota kaki:
~  Walaupun dalam RP saya mohon loan sebanyak RM50,000, tapi saya cuma dapat RM40,000 je. Kurang RM10,000 dari modal pusingan.
~ Tempoh saya hantar RP ke pejabat MARA hingga saya dapat cek ialah 6 bulan. Fuh...memang kena sabar betul. Patutla ramai yang lagi suka mohon loan dari bank je. Lebih mudah dan cepat.
~ Kenapa saya tak nak mohon loan bank? Sebab interest MARA lebih rendah dan saya tak nak jadi macam ayah saya..umur dah 60an pun masih terikat dengan hutang bank (-_-) scary beb.

Semoga dapat manfaat buat usahawan2 di luar sana.


Isnin, 8 Jun 2015

Servis Penghantaran & Pengambilan Cucian Baju untuk Peserta Kursus di Bangi

Posted by Siti Subaiyah at 10:39 PTG 0 comments
Salam & hai,


Baru-baru ni, kami telah buat servis penghantaran dan pengambilan cucian baju bagi para peserta kursus di Institut Semarak Felda. Mereka telah mengikuti kursus tentang perladangan selama lebih sebulan di sini. Terima kasih buat adik-adik yang telah menggunakan khidmat servis dari kami.

Buat sesiapa yang sedang mengikuti kursus di kawasan Bangi, Kajang atau Putrajaya dan ingin mencari dobi yang menawarkan khidmat pengambilan dan penghantaran cucian pakaian anda, bolehlah hubungi saya di 013-3604089. Terima kasih.




 

DOBI HARUM Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez