Selasa, 25 September 2018
Apa itu Cucian Dry Cleaning?
Dalam banyak-banyak baju yang selalu kita pakai. Pasti ada pakaian yang memberi lebih nilai kepada diri kita. Ia hanya dipakai pada hari-hari tententu dan istimewa sahaja, seperti baju nikah, kot dan sebagainya. Baju tersebut perlulah dicuci dengan cucian khas dan tak boleh dicampur dengan pakaian lain agar ia tidak rosak dan lebih tahan lama.
Seperti yang kita maklum, sabun biasa adalah alkaline-based yang boleh membuatkan warna baju semakin pudar dan kusam, tekstur fabrik juga akan lari jika dibasuh selalu. Jadi, cucian secara dry cleaning adalah pilihan terbaik untuk membersihkan pakaian istimewa kita.
Apakah itu dry cleaning?
Sebut saja perkataan "dry", pasti kebanyakan kita berfikir pakaian tersebut tidak dicuci menggunakan air. Sebenarnya ada banyak method untuk mencuci secara dry cleaning ini.
1. Cucian Aqua
2. Cucian Perc
3. Cucian Hyrocarbon
Cucian Aqua
Nama lain bagi cucian aqua ialah aquawash atau wet cleaning. Cucian jenis ini masih menggunakan air dalam kadar yang minima. Bahan cucian aqua wash tidak sama dengan sabun biasa. Ia memiliki enzyme yang bertindak untuk membersihkan kotoran dan menghilangkan bau pada fabrik.
Oleh kerana ia menggunakan air. Cucian jenis ini adalah patuh syariah dan pakaian anda boleh dibawa solat. Namun untuk fabrik yang warnanya mudah luntur, ia sangat berisiko tinggi!
Gambar di atas adalah contoh mesin Aquawash. Nampak macam mesin biasa kat dobi layan diri je kan. Tapi mesin begini ada controller. Boleh set putaran nak laju atau slow, nak cepat atau lambat, dan lain-lain.
Cucian Perc
Cucian jenis ini menggunakan bahan kimia bernama perchloroethylene. Pakaian yang sangat sensitif terhadap air seperti wool, kulit, songket, sari dan sebagainya disarankan menggunakan cara ini untuk mencuci. Namun, bahan kimia perchloroethylene dikatakan boleh menyebabkan cancer dan individu yang selalu mengendalikan bahan ini boleh menghadapi sesak nafas.
Contoh mesin untuk cucian Perc. Kalau takde RM xxx,xxx jangan mimpilah nak dapat mesin ni. Hanya dobi tertentu yang buat servis dry cleaning secara pukal sahaja yang ada mesin ni. Kos maintenance pun sangat mahal.
Cucian Hydrocarbon
Cucian ini adalah alternatif kepada cucian perc, tetapi masih belum digunakan secara meluas dalam Malaysia. Bahan cuciannya dihasilkan dari petroleum-based. Namun, ia kurang efektif dan kurang agresif berbanding cucian perc.
Contoh mesin cucian hydrocarbon. Dobi-dobi besar yang dah ada kesedaran tentang kesan buruk cucian Perc akan bertukar kepada cucian ini. Di Malaysia, hanya beberapa dobi ternama sahaja yang ada mesin ini tau!
Ada lagi beberapa alternatif lain untuk cucian dry cleaning seperti trichloroethylene dan supercritical CO2. Tetapi teknik cucian perc dan aqua yang paling banyak digunakan. Bahan cucian dan mesin basuh untuk teknik dry cleaning ini biasanya lebih mahal. Oleh sebab itu, pakaian2 yang istimewa ini lebih baik dihantar cuci pada orang yang lebih pakar.
Semoga tulisan saya bermanfaat buat anda!
Jumaat, 14 September 2018
Belajar Teknik Dry Cleaning Secara Aquawash
Pada bulan Julai 2018, saya menyertai kursus Aquawash di F2 Laundry Masai, Johor. Kursus ini disertai oleh beberapa pengusaha dobi perkhidmatan dan dobi layan diri dan tenaga pengajarnya adalah wakil dari syarikat Seitz sendiri.
Apa yang menarik tentang kursus ini ialah, kami diberi pendedahan cucian secara "wet cleaning". Ia adalah method cucian 'dry cleaning', tetapi masih dicuci dengan air untuk memastikan kesuciannya untuk mudah dibawa solat.
Chemical2 yang digunakan untuk cucian aquawash ini tidak sama dengan cucian menggunakan sabun biasa, kerana ia masih mengekalkan warna dan texture pakaian tersebut.
Sesi teori dari wakil Seitz. Syarikat mereka mengeluarkan pelbagai bahan cucian dan pewangi yang berkualiti tinggi.
Sesi praktikal. Kami belajar teknik spotting dan teknik cucian. Cucian secara aquawash adalah sangat gentle, perlukan lebih ketelitian dan lebih penjagaan.
Sebab itu kita perlu asingkan pakaian-pakaian mahal, pakaian-pakaian istimewa yang digunakan pada hari atau event tertentu dan pakaian yang memberikan nilai istimewa pada diri kita. Dan ia perlu dicuci dengan cara yang lebih istimewa (dry cleaning/ aquawash) supaya ia tidak rosak dan lebih tahan lama.
Terima kasih kepada pihak Seitz kerana memberi ilmu kepada kami, juga kepada pihak F2 Laundry kerana manganjurkan kursus ini.
Khamis, 11 Januari 2018
Tender dari Pusat-pusat Latihan, Badan Berkanun, Swasta dan Kerajaan
Isnin, 4 Disember 2017
Servis Cuci Karpet Free Pick up & Delivery
Buat sesiapa yang nak cuci karpet rumah, kami dah buat free service pickup, harga cuci boleh nego murah2. Kami memang dah ada pengalaman cuci karpet sejak 17 tahun lepas. Lokasi kedai di Sungai Merab, Bangi. Berminat pm atau WhatsApp
http://www.wasap.my/60149658240
http://www.wasap.my/60133604089
Rabu, 27 September 2017
Kedai Dobi dan Basuh Campur-campur Pakaian
Assalamualaikum
Baru-baru ni heboh isu dobi layan diri yang khas untuk Muslim sahaja. Terima kasih kepada ustaz-ustaz dan mufti yang beri pencerahan kepada kita semua. Tak salah pun berkongsi mesin basuh, asalkan tiada najis pada mesin tersebut. Baik najis ringan mahupun najis berat.
Tapi macammana dengan isu dobi perkhidmatan biasa yang terkenal dengan kes campur-campur baju ni?
Buat pengetahuan kawan-kawan semua. Di dobi kami, customer yang hantar hatta sehelai baju pun kami takkan ambil risiko campur-campur baju dengan orang yang berlainan dalam satu mesin. Sesama Muslim pun tidak, dengan non-muslim apatah lagi. Kami lebih rela sediakan mesin basuh kecil untuk cucian khas berskala kecil atau cuci tangan (untuk sehelai baju) dari mencampur baju anda dengan baju orang lain.
Kenapa?
Cuba bayangkan lecehnya kami nak tagging sehelai-sehelai baju sebelum mencuci dan buang tag semula selepas dicuci untuk pastikan tiada baju customer yang termasuk dalam plastik baju orang lain. Sangat leceh dan buang masa beb!
Dan jika non-muslim yang hantar baju di kedai kami, kami akan pastikan tiada najis pada pakaian walaupun najis mughallazah. Jika ada, kami sedia maklum bagaimana untuk cuci. Sebab itu seelok2nya pilihlah kedai dobi muslim. Kami tahu bagaimana nak mencuci mengikut SYARIAT.
Terima kasih kerana sudi membaca 😊
Sabtu, 16 September 2017
Rabu, 31 Mei 2017
Ramadhan mubarak 1438H
Selamat berpuasa buat rakyat Malaysia yang beragama Islam. Kami masih menerima cucian karpet, langsir dan dry cleaning untuk kuota sebelum raya Aidilfitri yang bakal menjelang. Free pickup and delivery untuk warga Semenyih, Kajang, Putrajaya Bangi dan kawasan sekitar. Cepat-cepat hantar ya sebelum kuota kami penuh. Kuota untuk cucian karpet hanya tinggal beberapa keping saja lagi. 😀










