Sumber dari Google
Jumaat, 24 Oktober 2014
Happy Deepavali & Salam Maal Hijrah
Kami mengucapkan Happy Deepavali kepada semua warga Hindu dan Salam Maal Hijrah 1436H/ 2014M kepada semua umat Islam. Semoga tahun-tahun mendatang membawa kecemerlangan buat kita semua.
Khamis, 16 Oktober 2014
Petua Mencuci Kotoran Degil pada Baju
Hai semua,
Hari ni saya nak share cara untuk nak hilangkan beberapa
kotoran degil jika terlekat pada baju. Bahan-bahan untuk mencuci boleh kita dapati
di rumah kita sendiri. Tak perlu keluar mencari bahan pencuci khas. Di sini
adalah petua mencuci pakaian, mengikut kategori kotoran di bawah:
1. Pakaian terkena karat
Campurkan perahan jus limau nipis bersama sesudu kecil garam
halus. Gosokkan bahagian baju yang terkena karat dengan jus campuran tersebut,
biarkan selama beberapa minit kemudian basuh menggunakan air sabun dan bilas seperti
biasa.
2. Pakaian terkena dakwat
Untuk mengurangkan kesan dakwat yang melekat pada pakaian,
boleh alirkan kesan itu dengan air yang mengalir selama beberapa minit.
Sebenarnya ada 4 cara untuk menghilangkan kesan dakwat, boleh pilih nak guna
cara yang mana satu.
a) Bancuh 3 sudu susu tepung dengan sedikit air, air bancuhan perlu pekat. Sapukan bancuhan susu ini pada kesan dakwat selama setengah jam.
b) Gosok bahagian yang terkena dakwat dengan perahan air limau nipis dan sedikit garam beberapa ketika. Jika masih belum hilang, rendam pakaian tersebut dengan air bancuhan limau nipis dan garam yang sedang panas selama 5 minit.
c) Titiskan cuka ke atas kesan dakwat tersebut. Biarkan selama 5 minit dan kemudian ngenyeh-ngenyeh dengan tangan untuk mengeluarkan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali hingga kesan dakwat hilang.
d) Semburkan penyembur rambut pada kesan dakwat. Biarkan kering seketika. Kemudian bilas dengan air yang dicampur dengan sedikit cuka. Berus dengan sabun dan bilas seperti biasa.
3. Pakaian terkena kunyit
Ambil sedikit sabun cuci pinggan dan sapukan pada tempat
yang terdapat kesan kunyit pada baju. Biarkan selama 15 ke 20 minit, lepas tu
basuh seperti biasa.
4. Pakaian terkena cat
Rendam pakaian yang terkena cat dengan
minyak tanah terlebih dahulu selama beberapa jam, kemudian basuh dengan sabun
dan bilas seperti biasa.
5. Pakaian terkena minyak
Biarkan bahagian yang terkena minyak dalam keadaan kering,
kemudian sapukan sedikit dengan sabun mandi. Gosok hingga kotoran hilang.
6. Pakaian bertahi lalat
Campurkan secawan cuka dengan setengah
baldi air. Rendam pakaian yang bertahi lalat kedalam air cuka tersebut
semalaman. Keesokannya cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur
hingga kering.
7. Pakaian terkena gam kuat (brand gajah dll)
Beli tinner di kedai hardware. Kemudian
basahkan baju yang terkena gam tadi kemudian tenyeh berulang kali hingga kesan
gam itu hilang. Buat berulang2 kali hingga kesan itu betul2 hilang.
8. Pakaian terkena darah
Basahkan kesan darah tersebut, gonyoh samada dengan garam
halus, sabun mandi ketul atau air Coca-cola sehingga hilang.
9. Kesan peluh di kolar atau lengan baju
Gosok kesan kotoran dengan syampu atau sabun mandi, berus
sehingga hilang.
10. Pakaian terkena lunturan baju berwarna
Didihkan air di
dalam periuk dengan detergen dan perahan air limau nipis kemudian masukkan
pakaian yg terkena luntur. Ataupun rendam dengan air dan cuka makan.
11. Pakaian terkena kesan chewing gum
Ada dua cara untuk hilangkan kesan chewing gum pada pakaian
iaitu:
a) Sapukan thinner pada bahagian yang terkena
chewing gum, kemudian tenyeh kesan tersebut sehingga hilang.
b) Tenyeh kesan kotor tersebut dengan ketul ais kemudian kikis keluar pelan2
kemudian bakinya tenyeh dgn minyak masak hingga benar2 hilang.
12. Pakaian terkena getah pisang
Gosok bahagian kotor tersebut dengan kapur makan, biarkan
selama beberapa minit, kemudian basuh seperti biasa dengan detergen.
13. Pakaian terkena kesan kopi/teh
Rendam dengan air hangat, detergen, perahan
limau nipis dan letakkan juga sedikit baking powder.
Semoga info ini bermanfaat untuk semua.
Categories
Laundry Info
Sabtu, 11 Oktober 2014
Servis Cuci Karpet di Semenyih
Hai semua,
Kami sudah mula menyediakan servis cucian karpet di Semenyih. Pengambilan dan penghantaran adalah P.E.R.C.U.M.A dari rumah ke rumah.
Harga cucian adalah RM1.00 per kaki persegi bagi karpet biasa, dan RM1.20 untuk bagi bulu tebal. Karpet anda akan siap dicuci dalam tempoh 2 minggu sahaja.
Kenapa perlu memilih kami?
- Kami menggunakan sabun cucian dan softener bagi memastikan karpet anda bersih, lembut dan wangi.
- Kami menggunakan air mutlak yang mengalir bagi memastikan karpet anda suci. Jadi tiada masalah bagi anda yang meslim menggunakan karpet cucian kami sebagai sejadah!
- Harga servis cucian kami adalah di antara harga yang terM.U.R.A.H. Tak percaya? Anda boleh buat bandingan harga sendiri di kedai2 dobi lain berhampiran anda ;)
Kami juga memberi peluang kepada mana2 peniaga dobi terdekat jika ingin buat sub cuci karpet dengan kami, kami akan offer dengan harga yang berpatutan.
Bagi sesiapa yang berminat, hubungi saya (sms/call/whatsapp) di 013-3604089 ;)

Flyer kami yang dah ready dan sedia untuk diedarkan di kawasan Semenyih..
Kami juga memberi peluang kepada mana2 peniaga dobi terdekat jika ingin buat sub cuci karpet dengan kami, kami akan offer dengan harga yang berpatutan.
Bagi sesiapa yang berminat, hubungi saya (sms/call/whatsapp) di 013-3604089 ;)
Categories
Dobi Harum
Langgan:
Catatan (Atom)