Memaparkan catatan dengan label Bisnes Dobi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bisnes Dobi. Papar semua catatan

Jumaat, 25 Oktober 2019

Kursus Insken Business Coaching - IBC Laundry

Posted by Siti Subaiyah at 1:01 PTG 0 comments
Assalamualikum dan hai,

Utuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, Institut Keushawanan Negara (INSKEN) ada mengadakan kursus tahunan khas untuk pengusaha dobi perkhidmatan.


Kenapa usahawan dobi di seluruh Malaysia ini patut hadirkan diri di kursus ini?

Selain dari yurannya yang sangat berbaloi-baloi, RM400 sahaja untuk coaching selama 4 bulan. Anda akan terdedah kepada ilmu-ilmu keushawanan yang khas untuk industri dobi, berbeza dari kursus-kursus lain yang terlalu umum untuk pelbagai industri dan bidang. Ini membuatkan segala informasi yang kita dapat, mudah untuk diaplikasikan dalam perniagaan kita sendiri. Pelbagai sesi kursus yang ditawarkan, termasuk teknik-teknik pemasaran online dan offline, cara membuat SOP, cara pengiraan kos dan sebagainya. Selain itu, anda akan diajar oleh Puan Noorhayati Basri, cikgu yang sangat berpengalaman dalam industri dobi yang berskala besar. Beliau mempunya sebuah kilang dobi di Nilai. Anda juga berpeluang bersemuka secara 1 to 1 dengan Puan Noorhayati Basri untuk berbincang tentang masalah perniagaan dobi yang sedang anda lalui.

Jika berminat, anda boleh layari page Institut Keushawanan Negara melalui Facebook atau klik pautan ini INSKEN.







Berikut adalah gambar-gambar semasa saya menyertai IBC Laundry Batch 1 tahun 2018. Pengalaman yang paling bermakna ialah saya dapat bernetworking bersama usahawan-usahawan dobi yang lain di seluruh semenanjung. Kami bukan sahaja berkongsi info dan ilmu perniagaan, malah kami juga berkongsi rezeki!

Semoga silatulrahim ini berkekalan hingga ke akhir hayat.
















Khamis, 30 Mei 2019

Cucian Handbag di Dobi Harum

Posted by Siti Subaiyah at 11:27 PG 0 comments
Salam sejahtera,

Bermula Februari 2019, kami dah upgrade cucian kami, bukan terhad mendobi pakaian dan linen sahaja. Tapi kami juga boleh cuci handbag!

Jom lihat beberapa hasil cucian kami.


Handbag yang sudah siap dicuci.



Teknik mengendalikan handbag ini terbahagi kepada tiga method:

1. Cleaning
Proses cleaning adalah proses mencuci dan menanggalkan kotoran. Namun, tak semua kotoran boleh ditanggalkan. Ianya bergantung kepada jenis kotoran itu. Namun 90% kotoran pasti boleh dicuci. Proses cleaning ini adalah menggunakan chemical yang bertepatan dengan jenis material handbag. Ia membantu melindungi lapisan luar handbag supaya tidak rosak.
Harga proses cleaning ini adalah bermula dari RM50 ke atas.

2. Repaint
Repaint adalah proses mengembalikan semula warna handbag kepada warna asal. Sesetengah handbag lama, lapisan polishnya tertanggal dan ia mengakibatkan warna handbag itu tak sekata. Jadi kami akan repaint semula handbag itu supaya ia kelihatan seperti baru.
Harga untuk teknik repaint adalah bermula dari RM300 ke atas.

3. Restoration
Ada sesetengah handbag yang telah berjasa terlalu lama, bahagian tali, bucu atau beberapa bahagian lain akan reput atau rosak. Jadi, teknik restoration akan mengganti bahagian reput ini kepada material baru.
Harga untuk teknik restoration adalah bermula dari RM400 ke atas.

Kami mengendalikan proses-proses cucian ini bersama dengan supplier-supplier chemical yang berpengalaman untuk memastikan handbag anda tidak rosak sewaktu dicuci.

Bergambar bersama Mr Paul dari Seitz. Beliaulah yang mengajar kami teknik cucian handbag.

Jika anda berminat untuk cuci handbag branded anda, hubungi saya, Puan Siti di talian 013-3604089 atau klik di sini untuk whatsapp.

Anda boleh saja datang ke kedai dobi saya. Waze "Dobi Harum".


Selasa, 25 September 2018

Apa itu Cucian Dry Cleaning?

Posted by Siti Subaiyah at 5:39 PTG 1 comments

Dalam banyak-banyak baju yang selalu kita pakai. Pasti ada pakaian yang memberi lebih nilai kepada diri kita. Ia hanya dipakai pada hari-hari tententu dan istimewa sahaja, seperti baju nikah, kot dan sebagainya. Baju tersebut perlulah dicuci dengan cucian khas dan tak boleh dicampur dengan pakaian lain agar ia tidak rosak dan lebih tahan lama.


Seperti yang kita maklum, sabun biasa adalah alkaline-based yang boleh membuatkan warna baju semakin pudar dan kusam, tekstur fabrik juga akan lari jika dibasuh selalu. Jadi, cucian secara dry cleaning adalah pilihan terbaik untuk membersihkan pakaian istimewa kita.

Apakah itu dry cleaning?

Sebut saja perkataan "dry", pasti kebanyakan kita berfikir pakaian tersebut tidak dicuci menggunakan air. Sebenarnya ada banyak method untuk mencuci secara dry cleaning ini.

1. Cucian Aqua
2. Cucian Perc
3. Cucian Hyrocarbon

Cucian Aqua

Nama lain bagi cucian aqua ialah aquawash atau wet cleaning. Cucian jenis ini masih menggunakan air dalam kadar yang minima. Bahan cucian aqua wash tidak sama dengan sabun biasa. Ia memiliki enzyme yang bertindak untuk membersihkan kotoran dan menghilangkan bau pada fabrik.

Oleh kerana ia menggunakan air. Cucian jenis ini adalah patuh syariah dan pakaian anda boleh dibawa solat. Namun untuk fabrik yang warnanya mudah luntur, ia sangat berisiko tinggi!

Gambar di atas adalah contoh mesin Aquawash. Nampak macam mesin biasa kat dobi layan diri je kan. Tapi mesin begini ada controller. Boleh set putaran nak laju atau slow, nak cepat atau lambat, dan lain-lain.


Cucian Perc

Cucian jenis ini menggunakan bahan kimia bernama perchloroethylene. Pakaian yang sangat sensitif terhadap air seperti wool, kulit, songket, sari dan sebagainya disarankan menggunakan cara ini untuk mencuci. Namun, bahan kimia perchloroethylene dikatakan boleh menyebabkan cancer dan individu yang selalu mengendalikan bahan ini boleh menghadapi sesak nafas.

Contoh mesin untuk cucian Perc. Kalau takde RM xxx,xxx jangan mimpilah nak dapat mesin ni. Hanya dobi tertentu yang buat servis dry cleaning secara pukal sahaja yang ada mesin ni. Kos maintenance pun sangat mahal.


Cucian Hydrocarbon

Cucian ini adalah alternatif kepada cucian perc, tetapi masih belum digunakan secara meluas dalam Malaysia. Bahan cuciannya dihasilkan dari petroleum-based. Namun, ia kurang efektif dan kurang agresif berbanding cucian perc.

Contoh mesin cucian hydrocarbon. Dobi-dobi besar yang dah ada kesedaran tentang kesan buruk cucian Perc akan bertukar kepada cucian ini. Di Malaysia, hanya beberapa dobi ternama sahaja yang ada mesin ini tau!


Ada lagi beberapa alternatif lain untuk cucian dry cleaning seperti trichloroethylene dan supercritical CO2. Tetapi teknik cucian perc dan aqua yang paling banyak digunakan. Bahan cucian dan mesin basuh untuk teknik dry cleaning ini biasanya lebih mahal. Oleh sebab itu, pakaian2 yang istimewa ini lebih baik dihantar cuci pada orang yang lebih pakar.


Semoga tulisan saya bermanfaat buat anda!

Jumaat, 14 September 2018

Belajar Teknik Dry Cleaning Secara Aquawash

Posted by Siti Subaiyah at 11:40 PG 0 comments
Hai,

Pada bulan Julai 2018, saya menyertai kursus Aquawash di F2 Laundry Masai, Johor. Kursus ini disertai oleh beberapa pengusaha dobi perkhidmatan dan dobi layan diri dan tenaga pengajarnya adalah wakil dari syarikat Seitz sendiri.


Apa yang menarik tentang kursus ini ialah, kami diberi pendedahan cucian secara "wet cleaning". Ia adalah method cucian 'dry cleaning', tetapi masih dicuci dengan air untuk memastikan kesuciannya untuk mudah dibawa solat.

Chemical2 yang digunakan untuk cucian aquawash ini tidak sama dengan cucian menggunakan sabun biasa, kerana ia masih mengekalkan warna dan texture pakaian tersebut.


Sesi teori dari wakil Seitz. Syarikat mereka mengeluarkan pelbagai bahan cucian dan pewangi yang berkualiti tinggi.



Sesi praktikal. Kami belajar teknik spotting dan teknik cucian. Cucian secara aquawash adalah sangat gentle, perlukan lebih ketelitian dan lebih penjagaan.

Sebab itu kita perlu asingkan pakaian-pakaian mahal, pakaian-pakaian istimewa yang digunakan pada hari atau event tertentu dan pakaian yang memberikan nilai istimewa pada diri kita. Dan ia perlu dicuci dengan cara yang lebih istimewa (dry cleaning/ aquawash) supaya ia tidak rosak dan lebih tahan lama.

Terima kasih kepada pihak Seitz kerana memberi ilmu kepada kami, juga kepada pihak F2 Laundry kerana manganjurkan kursus ini.


Rabu, 27 September 2017

Kedai Dobi dan Basuh Campur-campur Pakaian

Posted by Siti Subaiyah at 5:11 PTG 0 comments

Assalamualaikum

Baru-baru ni heboh isu dobi layan diri yang khas untuk Muslim sahaja. Terima kasih kepada ustaz-ustaz dan mufti yang beri pencerahan kepada kita semua. Tak salah pun berkongsi mesin basuh, asalkan tiada najis pada mesin tersebut. Baik najis ringan mahupun najis berat.

Tapi macammana dengan isu dobi perkhidmatan biasa yang terkenal dengan kes campur-campur baju ni?

Buat pengetahuan kawan-kawan semua. Di dobi kami, customer yang hantar hatta sehelai baju pun kami takkan ambil risiko campur-campur baju dengan orang yang berlainan dalam satu mesin. Sesama Muslim pun tidak, dengan non-muslim apatah lagi. Kami lebih rela sediakan mesin basuh kecil untuk cucian khas berskala kecil atau cuci tangan (untuk sehelai baju) dari mencampur baju anda dengan baju orang lain.

Kenapa?

Cuba bayangkan lecehnya kami nak tagging sehelai-sehelai baju sebelum mencuci dan buang tag semula selepas dicuci untuk pastikan tiada baju customer yang termasuk dalam plastik baju orang lain. Sangat leceh dan buang masa beb!

Dan jika non-muslim yang hantar baju di kedai kami, kami akan pastikan tiada najis pada pakaian walaupun najis mughallazah. Jika ada, kami sedia maklum bagaimana untuk cuci. Sebab itu seelok2nya pilihlah kedai dobi muslim. Kami tahu bagaimana nak mencuci mengikut SYARIAT.

Terima kasih kerana sudi membaca 😊

Isnin, 1 Mei 2017

Selamat Hari Pekerja 2017

Posted by Siti Subaiyah at 4:41 PTG 0 comments

95% pelanggan kedai dobi adalah dari penduduk sekitar.

Untuk dobi jenis servis biasa, pelanggan datang ke kedai hanya beberapa minit untuk hantar atau ambil pakaian mereka. Kebanyakan pelanggan terdiri dari mereka yang tiada masa untuk membasuh, melipat, menggosok dll.

80% daripada pelanggan dobi adalah pelanggan tetap. Untuk memastikan regular customer setia pada kita, di samping menyediakan servis yang bagus, kedai kita juga perlu sentiasa dibuka. Lebih elok jika buka setiap hari & tidak kurang dari 12 jam sehari. Jadi mudah bagi pelanggan untuk terus setia pada kita sebab mereka boleh datang ikut masa mereka.

Walaupun hari ini Hari Pekerja, servis kami tetap bekerja seperti biasa.

Selasa, 29 Mac 2016

Proses Dry Cleaning

Posted by Siti Subaiyah at 2:41 PG 2 comments
Hai semua,



Ni antara sistem proses dry cleaning di sebuah negara maju. Selain mesin dry clean, saya suka dengan teknologi barcode dan ironing yang mereka guna.







Dobi kami masih dobi biasa yang dry clean masih sub ke luar, Bukan taknak buat sendiri, tapi sebab kedai kami tak muat nak tambah mesin dry clean.



InsyaAllah dah cukup bajet nanti kami cuba upgrade dobi kami untuk jadi seperti ini.


Selasa, 16 Februari 2016

Di mana nak repair pressure stim iron philips?

Posted by Siti Subaiyah at 7:46 PTG 110 comments
Hai semua,


Pressure iron philips ni saya beli dari Amway, dapat harga murah sebab jadi ahli Amway, dan dah digunakan di dobi saya sejak November 2013 lagi. (Sila abaikan gambar vacuum di belakang). Tapi haru ni lepas 2 tahun dia berkhidmat, mulalah ia buat perangai. Melecur tangan saya sebab ada leaking di corong steam. Iron ni memang sangat useful, nak menggosok baju memang laju, mudah ringan & licin. Cuma untuk baju cotton je kena spray air di baju banysk sikit. Memang banyak dobi dah guna seterika jenis ni sekarang sebab lebih laju dari industrial laundry iron.

Masalahnya nak repair barangan Philips ni bukan sebarang kedai ekektrikal boleh buat. Setelah saya google, ada service centre untuk barangan Philips di Petaling Jaya. Alamatnya di sini:

Philips
Jalan Kilang 51/206,
46050 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia.
Tel: 03-78084000
Fax: 03-78084007

Dari luar nampak seperti bangunan kilang, tapi dah sampai tu masuk je sebab dalam bangunan memang ada service centre.

Ambil nombor dulu sebelum anda dilayan. Layanannya pun sangat memuaskan. Tempoh repair diorang bg masa seminggu. Saya kena bayar deposit RM15, isi borang, and then tunggu diorang contact kita semula untuk quot harga repair. Kalau rasa mahal sangat, takyahla proceed, beli baru je.

Ruang menunggu pun selesa.

Bagi sesiapa yang nak beli barangan Philips dengan harga lebih rendah, bolehlah pergi ke alamat ni.

Philips Malaysis Sdn Bhd
Level 8, Menara Axis,
2, Jalan 51A/223,
46100 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia.
Tel: 03-79657488
Fax: 03-79574428

Atau boleh juga layari www.philips.com.my


Ahad, 24 Januari 2016

Laundry Talk 2.0

Posted by Siti Subaiyah at 5:05 PTG 0 comments
Assalamualaikum semua,

Pada 17 Oktober 2015 baru2 ni, Persatuan Dobi Semalaysia PPDM telah menganjurkan Laundry Talk yang ke-dua bertempat di Magic Cyberjaya. Banyak ilmu2 baru tentang bisnes dobi telah dikupas dalam seminar ini.

Saya di hadapan MAGIC

Sesi pertama bermula pada pukul 9 pagi dengan kata-kata aluan dari En Kissman Che Lah selaku Timbalan Pengerusi PPDM.

Kemudian diikuti dengan Slot 1: SOP Pengurusan Dobi & Kewangan dari Cik Puan Laila Mukhtar dari Akak Sembang Dobi. Slot ni menceritakan tentang Manual Operasi Perniagaan Dobi atau SOP. SOP sangat diperlukan dalam setiap perniagaan supaya perniagaan itu lebih sistematik, menjamin premis dalam keadaan kemas, selesa dan baik, kualiti kerja & perkhidmatan yang baik, juga boleh meningkatkan hasil jualan.

Slot 2 ialah tentang Dari Dobi Biasa ke Kilang Dobi oleh Tuan Dery Akmal dari Mr. & Mrs Bubble. Encik Dery telah menceritakan pengalamannya dari membuka sebuah dobi biasa, kemudian diikuti dengan beberapa cawangan yang lain, kini mempunyai sebuah kilang besar yang hanya fokus tentang tender cucian dari beberapa hotel dan institusi di kawasan Lembah Klang.

Para peserta yang menghadiri Laundry Talk 2.0

Pada waktu tengah hari, slot 3 ialah tentang Kenali Cucian dan Cara Kendalian oleh Presiden PPDM, Tuan Wan Saiful Hafiz dari Profez Bio Manufacturing. Semasa slot ini, peserta telah dibahagi oleh beberapa kumpulan, dan mereka perlu diskus tentang cara mencuci kotoran yang susah untuk dihilangkan seperti kotoran minyak, kotoran kari, cara mencuci anak patung, cara mencuci pakaian kulit dan banyak lagi. Hasil dari dikusi berkumpulan ini dapatlah peserta kongsi bersama2 di akhir slot.

Seusai makan tengah hari dan solat Zohor, Slot 4 dibentang oleh Tuan M Firdaus Baharudin tentang Business Model Canvas (BMC). Slot ini menceritakan tentang langkah selamat/ berkesan untuk memulakan sebuah bisnes hingga berjaya. Antara langkah2 yang saya boleh kongsikan di sini ialah:
1. Mengenali target customer.
2. Jenis pekhidmatan yang akan kita beri kepada customer.
3. Cara untuk sampai kepada customer spt channel.
4. Hubungan dengan customer.
5. Harga bagi sesebuah perkhidmatan.
6. Mengenali punca/bahan dari pembekal.
7. Mengenali kunci aktiviti.
8. Mengenali rakan seperniagaan spt pembekal, technician.
9. Menilai kos dalam setiap sudut.

Slot terakhir ialah tentang soal jawab dari peserta kepada semua panyampai. Banyak isu telah dibangkitkan, antaraya ialah gaji pekerja.

Speaker2 yang sedang mendengar sesi soal jawab dari peserta

Apa pun terima kasih buat semua AJK PPDM yang telah bersusah payah menganjurkan program ini. Buat sesiapa baru menceburi bisnes dobi dan ingin join persatuan kami, boleh klik di Persatuan Dobi Semalaysia dalam Facebook. Kami juga mempunyai group Whatsapp dan Telegram supaya mudah untuk kami berhubung sesama sendiri.




Rabu, 10 Jun 2015

Mohon Pinjaman MARA

Posted by Siti Subaiyah at 12:14 PG 322 comments
Hai semua,


Sampai masanya saya bercerita tentang plan B saya setelah plan A tidak menjadi. Oleh sebab pinjaman PUNB saya tidak lulus, saya mohon pinjaman MARA pula.

Ada empat jenis skim pembiayaan perniagaan yang ditawarkan MARA iaitu:
1. Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPPP)
2. Skim Pembiayaan Komersial
3. Skim Pembiayaan Kontrak Ekspress (SPiKE)
4. Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)
** Saya mohon skim SPPP, tapi jenis-jenis skim dah berubah sejak kebelakangan ni. Boleh refer sini.

Berikut adalah langkah-langkah untuk mohon pinjaman MARA:

Langkah 1:
Pergi ke mana-mana pejabat MARA yang berdekatan dengan anda dan tempah tarikh untuk menjalani ujian psikometrik. Bank in RM40 ke dalam akaun MARA dan simpan resit pembayaran sebagai bukti sebelum menjalani ujian.

Langkah 2:
Jalani ujian psikometrik. Lebih kurang macam ujian bertulis masa attend taklimat PUNB, tp yang ni berkomputer. Markah yang anda dapat menentukan berapa jumlah maksimum pinjaman yang anda boleh mohon.

Langkah 3:
Sediakan Rancangan Perniagaan (RP). Once dah selesai jawab ujian psikometrik, pegawai MARA akan beri beberapa borang pada anda, dan senarai dokumen yang perlu anda lampirkan bersama RP anda nanti. Daripada Rancangan Perniagaan (RP) yang saya dah sediakan untuk PUNB, saya ubahsuai mengikut format yang MARA inginkan - klik sini. Anda juga perlu cari seorang penjamin, dan ada borang yang memerlukan cop pengesahan dari pesuruhjaya sumpah.

Langkah 4:
Hantar RP dan borang-borang tersebut ke pejabat MARA di daerah anda. Pegawai MARA akan semak, jika ada sebarang kekurangan, mereka akan inform anda semula.

Langkah 5:
Bila mereka puas hati dengan dokumen-dokumen anda, pegawai MARA akan datang melawat kawasan perniagaan anda. Sambil tu mereka akan cek akaun kira-kira syarikat anda selama 6 bulan sebelumnya, untuk pastikan samada anda mampu bayar semula atau tidak pinjaman yang mereka akan bagi nanti. Diorang ni juga sangat teliti dalam menyemak quotation mesen yang anda ingin tambah dalam syarikat anda. Sebabnya, MARA lebih suka beri pinjaman dalam bentuk barangan berbanding dalam bentuk wang ringgit. Dalam kes saya, pegawai MARA tu suggest saya mohon pinjaman RM50,000 (tambahan mesen RM30,000 dan modal pusingan RM20,000). Tambahan mesen ni, diorang akan beri cek terus pada syarikat yang mengeluarkan mesen dan modal pusingan, diorang akan beri cek kepada akaun syarikat anda.

Langkah 6:
Tunggu pinjaman lulus atau tidak. Dalam tempoh ni, pegawai MARA akan bermesyuarat dengan pegawai atasan. Mereka yang akan tentukan samada pinjaman anda lulus atau tidak. Empat bulan jugalah saya tuggu keputusan sebab ada sedikit perubahan dalam quotation mesen yang kami kena buat.

Langkah 7:
Jika pinjaman anda diluluskan, pejabat MARA negeri akan keluarkan offer letter kepada pejabat MARA daerah. Bila offer letter dah keluar, anda perlu pergi ke pejabat MARA daerah untuk tandatangan surat perjanjian bersama penjamin.

Langkah 8:
Bawa offer letter ke pejabat LHDN, isi borang dan bayar untuk dapatkan cop duti stamp. Beli 12 keping setem hasil RM1 di pos ofis (yang ni saya tak pasti untuk apa). Hantar semula surat tawaran tu bersama invois mesen yang anda akan beli (berdasarkan dari quotation) ke pejabat MARA daerah, dan pejabat MARA negeri akan keluarkan cek. Dalam cek tu, mereka akan tolak siap-siap jumlah insurans takaful.

Langkah 9:
Bila cek dah siap, mereka akan call anda. Sambil anda datang ke pejabat mereka untuk ambil cek, anda perlu dengan bawa sekali cop syarikat dan cek kosong dari syarikat anda bagi 12 bulan supaya duit bayaran balik tu akan ditolak terus dari akaun syarikat anda.

Langkah 10:
Gunakanlah wang dari cek itu dengan berhemah. Cek untuk supplier mesen tu anda boleh bagi pada supplier tu once anda dah dapat mesen yang exactly sama dalam quotation.

Nota kaki:
~  Walaupun dalam RP saya mohon loan sebanyak RM50,000, tapi saya cuma dapat RM40,000 je. Kurang RM10,000 dari modal pusingan.
~ Tempoh saya hantar RP ke pejabat MARA hingga saya dapat cek ialah 6 bulan. Fuh...memang kena sabar betul. Patutla ramai yang lagi suka mohon loan dari bank je. Lebih mudah dan cepat.
~ Kenapa saya tak nak mohon loan bank? Sebab interest MARA lebih rendah dan saya tak nak jadi macam ayah saya..umur dah 60an pun masih terikat dengan hutang bank (-_-) scary beb.

Semoga dapat manfaat buat usahawan2 di luar sana.


Selasa, 7 April 2015

Lesen Perniagaan Naik Mendadak

Posted by Siti Subaiyah at 11:12 PTG 0 comments
Salam April semua,

Di saat isu GST masih panas ni, saje la saya nak ceritakan isu panas hati saya sejak bulan Februari aritu.

Lesen perniagaan naik mendadak melebihi 100%. Dulu nak renew lesen perniagaan perkhidmatan kena RM120+ jah. Sekarang dah naik sampai RM235! Terkejutnya saya..mujurla ada bawa duit lebih. Semua cukai pun naik..uhuuuu


Rupanya bukan kawasan kami je yang naik harga. Kawasan2 lain di Selangor pun banyak yang naik.
Klik untuk sumber lain.

Tak kisah lah samada ini angkara kerajaan negeri atau pusat, usah merungut. Teruskan usaha untuk berjaya. Think in a positive way..uhuuu


Isnin, 30 Mac 2015

Bagaimana Nak Buka Bisnes Dobi?

Posted by Siti Subaiyah at 11:06 PTG 0 comments
Sebelum anda buka apa2 bisnes, ilmu perlu ada. Jangan bila dah banyak modal hangus baru nak menyesal hanya kerana kekurangan ilmu dalam bidang tersebut.

Sumber2 ilmu yang anda boleh dapat untuk buka kedai dobi ialah:

1. Kursus dari supplier mesen atau franchaisor dobi.
    Mereka ni memang akan galakkan korang buka dobi untuk melebarkan sayap bisnes mereka. Elok juga kalau nak pergi untuk tau cara pengurusan dari sudut teknikal.

2. Pengalaman dari mana2 pemilik dobi.
    Ilmu ni memang sangat penting korang cari sebab korang akan tau TRUE STORY tentang pahit maung dari pengalaman mereka mengusahakan dobi.

3. Kursus dari pemilik dobi.
   Ada juga beberapa pengusaha dobi yang buat kursus pengurusan dobi. Lebih berjaya syarikat dobi yang mereka uruskan, lebih berbaloi untuk anda join kursus.

4. Melalui online.
    Zaman sekarang ni senang je nak cari apa2 info..just google je. Korang boleh dapat informal knowledge dari blog2, website2 tentang dobi.

5. Buku2.
    Saya masih belum jumpa buku2 panduan tentang memulakan kerjaya dobi di kedai buku..pasal saya pun tak pernah cari..hee. Tapi ada satu e-book yang sangat bermanfaat untuk 'orang baru' yang nak buka bisnes dobi. Yang dah lama buka dobi pun elok baca untuk tambah ilmu.

Inilah dia e-book Dobi Bisnes Know How


Karya Md Hezir b. Sulaiman, pengasas EZ Smart Laundry. Dalam e-book ni beliau berkongsi tentang target pasaran, proses2 dobi, strategi marketing, feasibility study, pengurusan dobi, costing dan juga contoh rancangan perniagaan untuk memohon pembiayaan dari sebuah skim.

Harga hanya RM80 je. Nak beli boleh la klik di bawah



Sabtu, 14 Mac 2015

Kenapa tak nak buka dobi layan diri?

Posted by Siti Subaiyah at 12:56 PG 5 comments

Soalan ini selalu ditanya oleh kawan2 saya. Bagaikan trend, dobi2 layan diri muncul macam cendawan tumbuh di Malaysia. Yalah, buat duit sambil goyang kaki. Dobi layan diri dan dobi jenis perkhidmatan ada pro’s & cont’s nya. Bagi saya, dobi perkhidmatan ni sesuai la untuk orang2 yang kurang modal seperti saya, dan macam2 servis boleh ditawarkan kepada pelanggan berbanding servis cuci baju sahaja.

Ya, dengan buka dobi layan diri, anda boleh jalankan bisnes sambil makan gaji, xusah pening pasal pekerja dll, tapi adakah dobi layan diri itu betul2 menguntungkan? Boleh menampung bil air, bil elektrik & kos sewa kedai? Jadi, sebelum kita ingin berniaga dobi, kita perlu study kawasan kedai yang akan kita buka. Kawasan bandar? Kampung? Perumahan? Penempatan pelajar? Penempatan pekerja? Kawasan perindustrian? dll.

Kat sini saya kategorikan servis dobi yang sesuai mengikut kawasan.

1. Kawasan rumah kedai

Kawasan ni kebanyakannya berada di bandar2 yang penuh dengan manusia2 yang sibuk bekerja. Jarang ada masa di rumah. Adakala mereka tak sempat memasak, mengemas rumah hatta membasuh baju. Ada banyak target customer di sini, bergantung kepada pilihan anda.

a)  Dobi layan diri : Sesuai untuk rumah kedai yang anda dapati banyak penempatan pekerja yang menyewa di tingkat atas. Mereka mungkin tiada mesen basuh dan nak basuh baju dengan harga yang murah.
b) Dobi perkhidmatan : Jika tingkat atas kedai lebih banyak ofis berbanding penempatan pekerja, lebih baik buka dobi perkhidmatan, sebab orang2 yang lalu di kawasan tu hanya untuk pergi balik kerja je, takde masa nak tunggu 1jam kat dobi utk cuci baju sendiri.

2. Kawasan asrama/ hostel/ bilik sewa pekerja.

a) Dobi layan diri : Memang sesuai sangat kalau korang nak buka dobi layan diri. Kalau dapat tumpang letak mesen basuh dalam hostel, lagi bagus. Tak payah bayar sewa kedai.
b) Dobi perkhidmatan : Boleh juga buka dobi perkhidmatan, anda tak perlukan washer dan dryer yang terlalu besar. Bawah 10kg pun dah memadai sebab diorang hantar baju sikit2. Ada demand untuk servis menggosok baju. Tapi kalau kawasan penempatan pelajar, diorang tak berapa nak ada duit lagi. Dobi jenis ni tak berapa nak masyuk lah, kecuali kalau korang boleh ambil tender dari institusi/ kilang terdekat contohnya servis cuci baju pelajar, uniform pekarja, cuci cadar hostel atau dry clean jubah konvo ka.. mesen2 pun kena berkapasiti besar la ye.

3. Kawasan perumahan

a) Dobi perkhidmatan : Kawasan ni banyak dipenuhi oleh orang2 yang dah berkeluarga. Selalunya mereka akan hantar toto, comferter, cadar patchwork, karpet, baju untuk digosok, baju untuk dry clean, baju untuk dicuci pun ada juga, baju keluarga yang selalunya dalam kuantiti yang banyak. Dobi perkhidmatan memang sesuailah.
b) Dobi layan diri : Ada juga permintaan, tapi mungkin tak semasyuk di kawasan penempatan pekerja. Kalau orang berkeluarga hantar baju kat dobi layan diri, bukan aje makan masa untuk tunggu waktu basuh baju siap, makan masa juga nak melipat baju2 tu sendiri. Kalau bukan sebab mesen basuh rosak, xde letrik or xde air, baik cuci baju kat umah je. Cuci toto pun, belum tentu kering sepenuhnya kalau masuk dalam dryer. Kalau basuh cadar patchwork ok la.

4. Kawasan pelancongan

a) Dobi perkhidmatan : Pelancong2 takkan habiskan masa diorang menunggu di dobi layan diri. So buat dobi perkhidmatan memang ok lah. Lagi satu, bonus bagi korang untuk ambil tender dari hotel2 berdekatan. Masyuk kan?
b) Dobi layan diri : Mungkin relevan juga untuk pekerja2 yang cari makan kat kawasan ni.

5. Kawasan kampung

Orang2 kampung ni banyak masa diorang mencuci di rumah. Kalau dulu basuh baju tepi sungai sambil nyanyi berjam2 pun bole lg.
a) Dobi perkhidmatan : Masih lagi ada demand cuci toto ka, karpet ka, dry clean ka. Tapi harga perlulah wajar, jangan mahal sangat.
b) Dobi layan diri : Ada berani ka nak buka??

Anda juga kena pandai mengira saiz kumpulan sasaran. Contohnya seperti ini;

Sebelum buka kedai, tanyalah pesaing terdekat, apa masalah mereka buka kedai dobi. Sejujurnya, mereka memang takkan sukalah kita buka dobi dekat ngan diorang, tapi sekurang2nya kita dapat timba pengalaman dari mereka dan lebih bersedia jika ada masalah2 berlaku.


Buka kedai dengan modal sedia ada, secara kecil2an dulu. Di zaman harga hartanah mancanak2 ni, harga sewa kedai pun adakala mengarut. Maybe anda boleh guna separuh kedai dulu. Dapat buat sebahagian servis dobi dari rumah lagi bagus, contohnya cuci karpet  sebab rate bil air dan elektrik lebih murah berbanding di kedai. Tapi jika anda target nak dapatkan tender/ kontrak, anda perlukan banyak mesen2 dan kawasan yang agak besar. Tepuk dada tanya kemampuan.

**Kalau anda dapat pelbagaikan perkhidmatan (dobi perkhidmatan + layan diri) itu lagilah bagus!! :)


Selasa, 9 September 2014

Mohon Pinjaman PUNB

Posted by Siti Subaiyah at 7:32 PG 331 comments
Hai semua,

Saya nak ceritakan pengalaman saya mohon pinjaman PUNB. Nampak macam mudah, tapi susah rupanya. Kepada anda yang berada di area lembah Klang dan ingin mohon pinjaman PUNB, boleh hadir Taklimat Pembiayaan Perniagaan PUNB di

Ibu Pejabat PUNB
Tingkat 9, Blok 1B Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral 50470 Kuala Lumpur.
Setiap hari Isnin, bermula pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tgh hari.


Masa taklimat, peserta akan diterangkan tentang latar belakang pembiayaan, objektif, keistimewaan program, syarat kelayakan, proses permohonan, bidang perniagaan dan cara memohon bagi enam skim yang berbeza iaitu:-

1. Prosper Runcit
2. Prosper Teras
3. Prosper Pemborong
4. Prosper Usahawan Muda
5. Program Siswazah Perantis
6. Skim PKS

Lepas taklimat, kira-kira pukul 11.00 pagi, setiap peserta yang berminat perlu mangambil Ujian Kesesuaian Keusahawanan dengan yuran sebanyak RM20. Ujian tersebut adalah soalan objektif dan mengambil masa kira-kira 45minit untuk siap. Ia adalah untuk menilai keperibadian dan personaliti peserta samada ada jiwa usahawan atau tidak.

Selesai ujian, peserta akan diberi kertas format apa yang perlu ada dalam Rancangan Perniagaan PUNB beserta brosur beberapa aktiviti anjuran PUNB. Oleh kerana saya masih bekerja makan gaji pada waktu itu, saya tak join aktiviti-aktiviti tu tapi hanya fokus untuk menyediakan Rancangan Perniagaan bagi ‘membeli’ Dobi Harum dari pemilik lama sahaja.

Kira-kira sebulan kemudian, saya dapat surat tawaran untuk menghadiri Bengkel Penyediaan Kertas Kerja PUNB dengan yuran sebanyak RM 50. Saya tak pergi pun, pasal saya dah kehabisan annual leave, nak U/L sayang pula sebab masa tu saya tengah saving duit sebanyak mungkin untuk buat bisnes sendiri. Cara nak buat RP saya belajar melalui online saja. Saya dapat siapkan proposal dalam tempoh dua bulan. Saya mohon RM 50,000 sahaja melalui skim Prosper Runcit.

Genap dua minggu lepas RP saya dihantar, seorang wakil PUNB telefon saya untuk hadir temuduga. Dalam temuduga mereka bertanya tentang aliran keluar masuk wang dan potensi keuntungan syarikat. Memang saya akui keuntungan syarikat agak menurun sebab pemilik lama dah tak larat ambil banyak tender, tak macam dulu. Seriously kalau dobi kami untung banyak, saya takkan mohon pinjaman ni. Cuma saya perlukan sedikit modal untuk menaik taraf dobi dan menambah mesen untuk cari semula tender.

Mereka cakap jika permohonan saya diterima, mereka akan telefon saya semula dalam tempoh dua minggu. Jika tidak, mereka akan maklumkan melalui surat. Akhirnya permohonan saya tidak diterima kerana alasan mereka saya tidak ada pengalaman. Aduhh..rasanya waktu interview saya dah beritahu yang pemilik lama akan guide saya hingga saya betul-betul dapat uruskan dobi..ishk ishk.. adakah kerana pinjaman untuk dobi memang dah dibekukan oleh pihak PUNB? Penat saya buat RP.

Tapi tak mengapa, target sebenar saya bukan nak tambah hutang pun. Saya nak mulakan dengan apa yang ada dulu. Saya yakin pemilik lama boleh bertoleransi dengan saya untuk mendapatkan pengalaman mengurus dobi (yang dah 15 tahun berjalan tu). Masa untuk bertukar kepada plan B ;)




 

DOBI HARUM Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez