Sabtu, 1 Disember 2018

Dobi Harum - Pusat Operasi Cuci Karpet Terbaru

Posted by Siti Subaiyah at 10:42 PG 0 comments
Salam sejahtera,

Bermula November 2018 hingga kini, pusat operasi cucian karpet kami dah berpindah dari Taman Tasik Semenyih ke Bandar Bukit Mahkota, Seksyen 6.





Beza pusat cucian baru ini, kami boleh mencuci karpet dengan kapasiti yang lebih banyak dan karpet-karpet di sini lebih cepat kering.

Di Semenyih kami masih lagi jalankan operasi, bergantung kepada permintaan.

Nak dapatkan diskaun 10% dari kami untuk pickup & delivery?

Klik www.wasap.my/60133604089/nakdiskaunkarpet

Selasa, 25 September 2018

Apa itu Cucian Dry Cleaning?

Posted by Siti Subaiyah at 5:39 PTG 0 comments

Dalam banyak-banyak baju yang selalu kita pakai. Pasti ada pakaian yang memberi lebih nilai kepada diri kita. Ia hanya dipakai pada hari-hari tententu dan istimewa sahaja, seperti baju nikah, kot dan sebagainya. Baju tersebut perlulah dicuci dengan cucian khas dan tak boleh dicampur dengan pakaian lain agar ia tidak rosak dan lebih tahan lama.


Seperti yang kita maklum, sabun biasa adalah alkaline-based yang boleh membuatkan warna baju semakin pudar dan kusam, tekstur fabrik juga akan lari jika dibasuh selalu. Jadi, cucian secara dry cleaning adalah pilihan terbaik untuk membersihkan pakaian istimewa kita.

Apakah itu dry cleaning?

Sebut saja perkataan "dry", pasti kebanyakan kita berfikir pakaian tersebut tidak dicuci menggunakan air. Sebenarnya ada banyak method untuk mencuci secara dry cleaning ini.

1. Cucian Aqua
2. Cucian Perc
3. Cucian Hyrocarbon

Cucian Aqua

Nama lain bagi cucian aqua ialah aquawash atau wet cleaning. Cucian jenis ini masih menggunakan air dalam kadar yang minima. Bahan cucian aqua wash tidak sama dengan sabun biasa. Ia memiliki enzyme yang bertindak untuk membersihkan kotoran dan menghilangkan bau pada fabrik.

Oleh kerana ia menggunakan air. Cucian jenis ini adalah patuh syariah dan pakaian anda boleh dibawa solat. Namun untuk fabrik yang warnanya mudah luntur, ia sangat berisiko tinggi!

Gambar di atas adalah contoh mesin Aquawash. Nampak macam mesin biasa kat dobi layan diri je kan. Tapi mesin begini ada controller. Boleh set putaran nak laju atau slow, nak cepat atau lambat, dan lain-lain.


Cucian Perc

Cucian jenis ini menggunakan bahan kimia bernama perchloroethylene. Pakaian yang sangat sensitif terhadap air seperti wool, kulit, songket, sari dan sebagainya disarankan menggunakan cara ini untuk mencuci. Namun, bahan kimia perchloroethylene dikatakan boleh menyebabkan cancer dan individu yang selalu mengendalikan bahan ini boleh menghadapi sesak nafas.

Contoh mesin untuk cucian Perc. Kalau takde RM xxx,xxx jangan mimpilah nak dapat mesin ni. Hanya dobi tertentu yang buat servis dry cleaning secara pukal sahaja yang ada mesin ni. Kos maintenance pun sangat mahal.


Cucian Hydrocarbon

Cucian ini adalah alternatif kepada cucian perc, tetapi masih belum digunakan secara meluas dalam Malaysia. Bahan cuciannya dihasilkan dari petroleum-based. Namun, ia kurang efektif dan kurang agresif berbanding cucian perc.

Contoh mesin cucian hydrocarbon. Dobi-dobi besar yang dah ada kesedaran tentang kesan buruk cucian Perc akan bertukar kepada cucian ini. Di Malaysia, hanya beberapa dobi ternama sahaja yang ada mesin ini tau!


Ada lagi beberapa alternatif lain untuk cucian dry cleaning seperti trichloroethylene dan supercritical CO2. Tetapi teknik cucian perc dan aqua yang paling banyak digunakan. Bahan cucian dan mesin basuh untuk teknik dry cleaning ini biasanya lebih mahal. Oleh sebab itu, pakaian2 yang istimewa ini lebih baik dihantar cuci pada orang yang lebih pakar.


Semoga tulisan saya bermanfaat buat anda!

Jumaat, 14 September 2018

Belajar Teknik Dry Cleaning Secara Aquawash

Posted by Siti Subaiyah at 11:40 PG 0 comments
Hai,

Pada bulan Julai 2018, saya menyertai kursus Aquawash di F2 Laundry Masai, Johor. Kursus ini disertai oleh beberapa pengusaha dobi perkhidmatan dan dobi layan diri dan tenaga pengajarnya adalah wakil dari syarikat Seitz sendiri.


Apa yang menarik tentang kursus ini ialah, kami diberi pendedahan cucian secara "wet cleaning". Ia adalah method cucian 'dry cleaning', tetapi masih dicuci dengan air untuk memastikan kesuciannya untuk mudah dibawa solat.

Chemical2 yang digunakan untuk cucian aquawash ini tidak sama dengan cucian menggunakan sabun biasa, kerana ia masih mengekalkan warna dan texture pakaian tersebut.


Sesi teori dari wakil Seitz. Syarikat mereka mengeluarkan pelbagai bahan cucian dan pewangi yang berkualiti tinggi.



Sesi praktikal. Kami belajar teknik spotting dan teknik cucian. Cucian secara aquawash adalah sangat gentle, perlukan lebih ketelitian dan lebih penjagaan.

Sebab itu kita perlu asingkan pakaian-pakaian mahal, pakaian-pakaian istimewa yang digunakan pada hari atau event tertentu dan pakaian yang memberikan nilai istimewa pada diri kita. Dan ia perlu dicuci dengan cara yang lebih istimewa (dry cleaning/ aquawash) supaya ia tidak rosak dan lebih tahan lama.

Terima kasih kepada pihak Seitz kerana memberi ilmu kepada kami, juga kepada pihak F2 Laundry kerana manganjurkan kursus ini.


Khamis, 11 Januari 2018

Tender dari Pusat-pusat Latihan, Badan Berkanun, Swasta dan Kerajaan

Posted by Siti Subaiyah at 6:31 PTG 1 comments
Salam sejahtera,

Untuk makluman tuan/puan, dobi kami telah lama mempunyai sijil dalam Kementerian Kewangan Malaysia dengan kod bidang 222302, perkhidmatan dobi.

Berikut adalah senarai institusi dan pusat latihan yang kami pernah atau sedang berkhidmat.



Dan banyak lagi.

Sebarang pertanyaan untuk tender atau khidmat cucian untuk kem-kem latihan, boleh hubungi saya, Siti Subaiyah Shahudin di 013-3604089.


Terima kasih.
 

DOBI HARUM Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez