Memaparkan catatan dengan label Nasi Arab. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasi Arab. Papar semua catatan

Isnin, 1 September 2014

Agen Nasi Arab Albayt Diperlukan

Posted by Siti Subaiyah at 10:51 PG 1 comments
Hai semua,

Saya memerlukan beberapa orang kawan untuk sama-sama menjadi agen seperti saya.

Harga 10 kotak : RM 125 (RM 12.50 sekotak)
Harga 20 kotak : RM 250 (RM 12.50 sekotak)
Harga 50 kotak : RM 550 (RM 11.00 sekotak)

Harga pasaran biasa : RM 15.00 sekotak


Alhamdulillah, sambil menjual, saya dapat belanja kawan-kawan makan. Tak payah susah-susah cari restoran nasi arab. Jimat pun jimat :)


Ahad, 17 Ogos 2014

Resepi Nasi Mandy Kambing Mudah

Posted by Siti Subaiyah at 10:07 PTG 0 comments
Salam semua,

Jika ingin belajar memasak Nasi Arab Albayt ini murah sahaja. Boleh refer pada cara-cara memasak Nasi Mandy Kambing Yaman berikut.



Sumber dari Google

Bahan-bahan yang anda perlukan ialah :

  1. Beras basmathi (dalam pek nasi arab Albayt)
  2. Rempah serbuk mandy (dalam pek nasi arab Albayt)
  3. Rempah tumis mandy (dalam pek nasi arab Albayt)
  4. 1.5 kilogram kambing
  5. 5 biji bawang putih
  6. 2 biji bawang besar
  7. 3 sudu besar minyak masak
  8. 2 batang cili hijau
  9. Sedikit garam

Daging kambing hendaklah direbus sehingga empuk tanpa garam.

Nasi mandy hendaklah dimasak mengikut cara-cara di bawah :
  1. Rendam beras selama 20 minit atau lebih. Toskan selepas rendaman.
  2. Tumis rempah hidup seperti pelaga, kayu manis, lumi dan cengkih (ada dalam pek nasi mandy) bersama 2 biji bawang besar dan 5 biji bawang putih yang siap dihiris.
  3. Masukkan serbuk rempah mandy setelah bawang garing, tumis dengan api yang kecil. Kemudian tutup api. Pastikan anda gunakan kesemua rempah tumis yang disediakan dalam set.
  4. Campurkan tumisan bawang dan rempah tadi bersama beras ke dalam periuk nasi elektrik.
  5. Masukkan pewarna kuning telur 2 sudu kecil (saya tak letak pun), garam 1 setengah sudu kecil dan cili hijau 2 batang.
  6. Tambah air rebusan 600 mililiter bersama daging ke dalam periuk.
  7. Tanak nasi dalam periuk nasi elektrik. Setelah 80% nasi masak, gaulkan perlahan-lahan dan seterusnya tutup kembali supaya nasi masak dengan sepenuhnya.
 Cara buat sos harrah
  1. Sediakan 2 biji tomato, 2 ulas bawang putih, 1 sudu kecil perahan lemon, daun ketumbar, cili padi dan garam.
  2. Kisar kesemua bahan tanpa mencampurkan air.
Sumber dari Google


Cara buat salad arab

1. 2 biji tomato dan 1 batang timun dipotong dadu.
2. Hiriskan halus 1 labu bawang besar dan daun ketumbar.
3. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk, tambah sedikit garam dan serbuk lada hitam.


Sumber dari Google



Disalin dari blog Ikhwan Fahmi.
 

DOBI HARUM Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez