Isnin, 24 Ogos 2015

Proses Menaik Taraf Kedai

Posted by Siti Subaiyah at 5:14 PTG 14 comments
Assalamualaikum semua,

Dah agak lama saya tak letak entri baru dalam blog ni. Ni kerana pekerja kami yang telah 6 tahun bekerja di kedai kami tu balik kampung di Indonesia sehari sebelum raya puasa baru2 ni. Maka bermulalah alkisah bos jadi kuli.

Saya berhenti kerja sebagai jurutera semata2 kerana nak selamatkan bisnes ayah saya ni dari dijual. Kedai ni xde untung katanya. Sayangla pasal kedai ni dah bertahan selama 15 tahun.

Mula tu saya fikir bila ambil alih kedai dari 'tengah2', dan dah ada pekerja cekap & mahir, kita xperlu bertungkus lumus dalam production lagi. Tugas bos hanya tambah sale je. Rupanya saya silap! Sebelum anda jadi bos dalam mana2 syarikat, anda perlu mula dari bawah. Tak kesahlah samada syarikat tu baru mula nak up atau dah lama up.

Rupanya, pekerja ayah saya tulah punca kedai ayah saya ni rugi. Pandai betul dia adjust report duit keluar masuk. Dan yang agak tragisnya, saya baru perasan tentang hal ni, setelah hampir setahun saya berhenti kerja! Mujurlah saya banyak belajar SOP2 kedai dari bawah. Sekurang2nya, xdelah saya ternganga lepas dia berhenti kerja.

Apa yang saya belajar dari situasi ini ialah, dalam bisnes kita kena jaga:

1. Aliran tunai - walaupun pekerja korang muka baik solat x tinggal sekalipun, jangan main percaya bulat2, aliran wang tunai kena jaga. Pasang sistem POS, CCTV di kedai.

2. Pelanggan - lepas pekerja saya tu berhenti, baru la saya dapat banyak komplen tentang dia dari customer. Pastikan anda boleh dapat feedback direct dari customer jika ada apa2 masalah berlaku. Pekerja anda mungkin pandai main wayang.

3. Kualiti produksi - bab ni memang kena belajar dari bawah. Seriously kalau saya tak ambil keputusan nekad berhenti kerja, saya takkan tahu sebarang SOP cara kerja mendobi dari bawah, serta masalah2 dan cara penyelesaiannya. Then buat SOP bertulis dan pekerja baru anda lebih senang nak belajar dengan cara itu.

Once bila kita dah boleh handle ketiga2 perkara ni, kita boleh lakukan bisnes ekspansi. Saya sedang melakukannya sekarang. Tapi semuanya memerlukan bajet.

Planning saya di masa akan datang ialah:

a) Sistem POS di kaunter
Sistem ni sangat penting untuk menyelakkan penyelewengan aliran wang tunai. Untuk permulaan, saya just dapat letak set komputer je dulu.


b) CCTV
Saya sedang mencari CCTV yang murah dan boleh tengok terus dari handset.

c) Self servis corner
Saya baru beli sebuah mesin basuh topload 10kg second hand dengan harga RM4500. Jenis boleh masuk syiling. Bila dah beli mesin ni baru saya tahu nak setup servis layan diri bukan mudah. Saya perlukan tempat yang secure dan proper. Bukan just letak mesin di luar macam tu je.


d) Dawai letrik 3 phase
Bila dah tambah mesin nanti, for sure saya kena tukar dawai letrik kedai dari singel phase ke 3 phase. Sekarang pun bil letrik dah mencanak dalam RM400.

Saya akan ceritakan pengalaman saya memasang keempat2 perkara ni bila dah complete di next entry :)


Sabtu, 18 Julai 2015

Salam Aidilfitri buat Semua Muslimin dan Muslimat

Posted by Siti Subaiyah at 10:30 PG 0 comments
Salam semua,

Kami mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri 1436H maaf zahir dan batin buat semua kaum muslimin & muslimat di seluruh dunia. Semoga dimurahkan rezeki buat semua.


Ikhlas dari kami, warga Dobi Harum.

Rabu, 8 Julai 2015

Mesin-mesin yang Terdapat di Kedai Kami

Posted by Siti Subaiyah at 1:09 PG 4 comments
Hai semua,

Pada Julai 2015 ni, dobi kami sudah mendapat tambahan aset baru iaitu sebuah mesen dryer 15kg dan sebuah washer 13kg frontload jenama Powerline.


Powerline frontload washing machine (13kg) boleh muat dua helai toto yang sederhana saiz. Kalau beli dari kebanyakan supplier, paling kurang dalam RM26k diorang jual.


Powerline dryer (15kg).


Di bawah ini ialah deretan washer yang ada di kedai kami.
Dari kiri ialah mesin baru kami. Satu2nya mesin 1st hand yang pernah kami pakai.
Di sebelah tu ialah mesin basuh frontload 15kg yang paling banyak berjasa di kedai kami. Dah 30 tahun dah umur mesin ni. Mesin basuh frondload selalunya lebih mahal dari mesin basuh topload sebab ia tak pakai banyak air dan cuciannya lebih bersih.
Dua di bahagian kanan ialah mesin basuh topload Maytag 8kg & 7kg. Kami selalu gunakan mesin ni untuk basuh pakaian yang sikit2.


Di bawah ini deretan dryer yang ada di kedai kami.
Yang hujung tu dryer baru kami. Belum pakai lagi, hehe.
Yang lain ni semua dryer jenama American Corp (14 & 15kg). Ayah saya beli second hand punya, sebab tu nampak buruk. Tapi walaupun nampak buruk, mesin lama sebenarnya lebih tahan lasak dari mesen baru tau.


So total mesin basuh yang ada di kedai kami ialah 45kg dan mesin pengering 58kg.
Keupayaan bagi Dobi Harum menjalankan cucian dalam sebulan ialah;

Produk
Mesin
Unit Mesin
Penggunaan
Mesin Setiap Cucian/ Pusingan
Kapasiti Setiap Cucian/ Perkhidmatan
Kapasiti Cucian Maksima

Sehari
(10 Jam/ 15 pusingan)

Sebulan
(300 jam)
Cucian Basah & Kontrak       Cucian     Basah
Mesin Basuh
Dryer
4

4
40 Minit

45 Minit
43 Kg

58kg
645 Kg

870 Kg
19,350Kg

Aset-aset lain yang ada di kedai kami;
1. Pressure iron Philips


Pressure iron ini ringan dan boleh menggosok pakaian dengan laju. Saya beli dari Amway, harga RM1,050. Kenapa ia laju? sebab iron ni menggunakan banyak steam dan baju jadi mudah licin.

2. Steam iron Silver Star



Iron ini jenis industrial dan tahan lasak, digunakan oleh kebanyakan kedai dobi. Dalam RM500 dah boleh dapat yang secondhand. Ia agak berat digunakan, tapi baju yang digosok akan jadi lebih licin berbanding seterika biasa di rumah, terutamanya baju jenis cotton.

3. Rolling iron


Rolling iron ni sangat penting untuk mana2 kedai dobi yang buat kontrak dengan pusat latihan atau hotel. Bayangkan kalau beratus helai cadar yang perlu digosok dengan seterika biasa, mau tercabut tangan. Dengan rolling iron, dalam 5 minit je dah dapat gosok 4,5 helai cadar.

Mesin2 inilah yang membuatkan kami mampu mencuci beratus kilo pakaian dan menggosok ratusan helai baju dalam masa sehari. Jika ada mana2 pusat latihan, kilang, hotel, restoran dll yang memerlukan khidmat cucian dari kami, bolehlah hubungi saya di 013-3604089.

Terima kasih

Khamis, 18 Jun 2015

Selamat Berpuasa buat Semua Muslimin & Muslimat

Posted by Siti Subaiyah at 1:08 PG 10 comments
Salam semua,


Selamat berpuasa buat semua muslimin dan muslimat. Sempena bulan Ramadhan ni, kedai kami masih buka seperti biasa 9.00 pagi ~ 9.00 malam.

Terima kasih.

Rabu, 10 Jun 2015

Mohon Pinjaman MARA

Posted by Siti Subaiyah at 12:14 PG 319 comments
Hai semua,


Sampai masanya saya bercerita tentang plan B saya setelah plan A tidak menjadi. Oleh sebab pinjaman PUNB saya tidak lulus, saya mohon pinjaman MARA pula.

Ada empat jenis skim pembiayaan perniagaan yang ditawarkan MARA iaitu:
1. Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPPP)
2. Skim Pembiayaan Komersial
3. Skim Pembiayaan Kontrak Ekspress (SPiKE)
4. Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)
** Saya mohon skim SPPP, tapi jenis-jenis skim dah berubah sejak kebelakangan ni. Boleh refer sini.

Berikut adalah langkah-langkah untuk mohon pinjaman MARA:

Langkah 1:
Pergi ke mana-mana pejabat MARA yang berdekatan dengan anda dan tempah tarikh untuk menjalani ujian psikometrik. Bank in RM40 ke dalam akaun MARA dan simpan resit pembayaran sebagai bukti sebelum menjalani ujian.

Langkah 2:
Jalani ujian psikometrik. Lebih kurang macam ujian bertulis masa attend taklimat PUNB, tp yang ni berkomputer. Markah yang anda dapat menentukan berapa jumlah maksimum pinjaman yang anda boleh mohon.

Langkah 3:
Sediakan Rancangan Perniagaan (RP). Once dah selesai jawab ujian psikometrik, pegawai MARA akan beri beberapa borang pada anda, dan senarai dokumen yang perlu anda lampirkan bersama RP anda nanti. Daripada Rancangan Perniagaan (RP) yang saya dah sediakan untuk PUNB, saya ubahsuai mengikut format yang MARA inginkan - klik sini. Anda juga perlu cari seorang penjamin, dan ada borang yang memerlukan cop pengesahan dari pesuruhjaya sumpah.

Langkah 4:
Hantar RP dan borang-borang tersebut ke pejabat MARA di daerah anda. Pegawai MARA akan semak, jika ada sebarang kekurangan, mereka akan inform anda semula.

Langkah 5:
Bila mereka puas hati dengan dokumen-dokumen anda, pegawai MARA akan datang melawat kawasan perniagaan anda. Sambil tu mereka akan cek akaun kira-kira syarikat anda selama 6 bulan sebelumnya, untuk pastikan samada anda mampu bayar semula atau tidak pinjaman yang mereka akan bagi nanti. Diorang ni juga sangat teliti dalam menyemak quotation mesen yang anda ingin tambah dalam syarikat anda. Sebabnya, MARA lebih suka beri pinjaman dalam bentuk barangan berbanding dalam bentuk wang ringgit. Dalam kes saya, pegawai MARA tu suggest saya mohon pinjaman RM50,000 (tambahan mesen RM30,000 dan modal pusingan RM20,000). Tambahan mesen ni, diorang akan beri cek terus pada syarikat yang mengeluarkan mesen dan modal pusingan, diorang akan beri cek kepada akaun syarikat anda.

Langkah 6:
Tunggu pinjaman lulus atau tidak. Dalam tempoh ni, pegawai MARA akan bermesyuarat dengan pegawai atasan. Mereka yang akan tentukan samada pinjaman anda lulus atau tidak. Empat bulan jugalah saya tuggu keputusan sebab ada sedikit perubahan dalam quotation mesen yang kami kena buat.

Langkah 7:
Jika pinjaman anda diluluskan, pejabat MARA negeri akan keluarkan offer letter kepada pejabat MARA daerah. Bila offer letter dah keluar, anda perlu pergi ke pejabat MARA daerah untuk tandatangan surat perjanjian bersama penjamin.

Langkah 8:
Bawa offer letter ke pejabat LHDN, isi borang dan bayar untuk dapatkan cop duti stamp. Beli 12 keping setem hasil RM1 di pos ofis (yang ni saya tak pasti untuk apa). Hantar semula surat tawaran tu bersama invois mesen yang anda akan beli (berdasarkan dari quotation) ke pejabat MARA daerah, dan pejabat MARA negeri akan keluarkan cek. Dalam cek tu, mereka akan tolak siap-siap jumlah insurans takaful.

Langkah 9:
Bila cek dah siap, mereka akan call anda. Sambil anda datang ke pejabat mereka untuk ambil cek, anda perlu dengan bawa sekali cop syarikat dan cek kosong dari syarikat anda bagi 12 bulan supaya duit bayaran balik tu akan ditolak terus dari akaun syarikat anda.

Langkah 10:
Gunakanlah wang dari cek itu dengan berhemah. Cek untuk supplier mesen tu anda boleh bagi pada supplier tu once anda dah dapat mesen yang exactly sama dalam quotation.

Nota kaki:
~  Walaupun dalam RP saya mohon loan sebanyak RM50,000, tapi saya cuma dapat RM40,000 je. Kurang RM10,000 dari modal pusingan.
~ Tempoh saya hantar RP ke pejabat MARA hingga saya dapat cek ialah 6 bulan. Fuh...memang kena sabar betul. Patutla ramai yang lagi suka mohon loan dari bank je. Lebih mudah dan cepat.
~ Kenapa saya tak nak mohon loan bank? Sebab interest MARA lebih rendah dan saya tak nak jadi macam ayah saya..umur dah 60an pun masih terikat dengan hutang bank (-_-) scary beb.

Semoga dapat manfaat buat usahawan2 di luar sana.


Isnin, 8 Jun 2015

Servis Penghantaran & Pengambilan Cucian Baju untuk Peserta Kursus di Bangi

Posted by Siti Subaiyah at 10:39 PTG 0 comments
Salam & hai,


Baru-baru ni, kami telah buat servis penghantaran dan pengambilan cucian baju bagi para peserta kursus di Institut Semarak Felda. Mereka telah mengikuti kursus tentang perladangan selama lebih sebulan di sini. Terima kasih buat adik-adik yang telah menggunakan khidmat servis dari kami.

Buat sesiapa yang sedang mengikuti kursus di kawasan Bangi, Kajang atau Putrajaya dan ingin mencari dobi yang menawarkan khidmat pengambilan dan penghantaran cucian pakaian anda, bolehlah hubungi saya di 013-3604089. Terima kasih.




Rabu, 27 Mei 2015

Mengenali Jenis-jenis Fabrik

Posted by Siti Subaiyah at 9:11 PTG 24 comments
Hai semua,

Sebelum kita mencuci pakaian, lebih baik jika kita dapat mengenali jenis fabrik pada pakaian terlebih dahulu. Ini memudahkan kita untuk membezakan apakah jenis rawatan dan bahan kimia pencuci yang sesuai untuk fabrik itu.

Fabrik diperbuat dari pelbagai bahan mentah yang boleh diperolehi dari alam semualajadi atau buatan manusia atau campuran kedua2nya.

Fabrik Semulajadi
Dihasilkan dari kulit haiwan, kepompong ulat sutera, atau biji tumbuh-tumbuhan, daun dan batang. Mempunyai aliran udara yang baik dan tidak menyebabkan ruam selain daripada lembut dan tahan lama. Kain semula jadi adalah pilihan yang terbaik untuk semua orang. Ia tidak berubah warna dari cahaya UV dan tidak panas.

Jenis-jenis fabrik semulajadi:

1. Cotton fabric / Kain kapas

Kain yang mesra pengguna dan sesuai dengan pelbagai jenis iklim. Pada musim panas kain kapas menyejukkan badan dan menyerap peluh dengan mudah dan ia memberikan rasa hangat jika dipakai pada musim sejuk.


2. Silk fabric / Kain sutera

Dikenali sebagai kain semula jadi yang paling kuat di dunia. Terkenal dengan kelembutan, berkilau, cantik dan berpenampilan mewah, kain sutera adalah salah satu gred fabrik yang tinggi memberikan keselesaan kepada si pemakai dalam semua jenis cuaca. Menyejukkan tubuh pada musim panas dan menghangatkan di musim sejuk, sutera telah ditemui semasa 2640 SM di cina. Hari ini, terdapat pelbagai berbeza dari sutera yang terdapat di pasaran seperti Chiffon, Georgette, Organza, krep de Chine, Duponi, Noil, Pongee, Shantung, Tussar, dan lain-lain. Tekstil sutera India popular di seluruh dunia manakala Amerika Syarikat adalah pengeluar produk sutera terbesar dengan Perancis dan Itali juga terlibat di barisan yang sama dalam menghasilkan nilai yang tinggi kain sutera yang canggih dan terkemuka di Eropah.


3. Linen fabric / Kain linen

Dipanggil sebagai raja fabrik semula jadi. Linen digunakan dengan meluas untuk membuat pakaian dan juga kelengkapan rumah (cadar, alas meja, langsir dll). Ia adalah serat semula jadi dianggap selamat untuk semua jenis kulit. Kain linen tidak menyebabkan masalah seperti kegatalan, alahan dan lain-lain. Gentian semulajadi linen menjadikannya kuat dan tahan lama. Tiada rawatan khas diperlukan untuk linen, boleh dibasuh hanya dengan tangan.


4. Wool fabric / Fabrik bulu

Lembut, kuat dan sangat tahan lama, kain bulu memberikan kehangatan dan penampilan menarik. Fabrik bulu tidak mudah kedut dan kotor. Ia juga tidak mudah terbakar apabila diletakkan di atas api, ia hanya membara. Ia juga digunakan dalam menyerap bau dan bunyi bising dalam jentera dan stereo pembesar suara. Kain bulu yang digunakan sebagai pakaian selama lebih dua belas ribu tahun ini bukan hanya diperbuat dari kambing biri-biri sahaja, malah baju bulu Kashmir yang diperbuat daripada kambing juga digunakan secara meluas. Kain bulu dilengkapi dengan ciri-ciri yang berbeza seperti memanaskan, untuk mengelak kedutan, haus dan lusuh, ia ringan dan tahan lama yang juga menyerap kelembapan. Sebahagian besarnya digunakan dalam selimut dan permaidani.


5. Leather fabric / Kain kulit

Selesa dalam kedua-dua keadaan panas dan sejuk, kain kulit tidak terjejas oleh suhu sekitarnya. Menampakkan kemewahan klasik, menyenangkan ketika disentuh dan selesa. Fabrik kulit lembut, anjal dan kuat. Kain kulit dianugerahi dengan kualiti menyerap wap air tanpa mengeringkan dan akan kekal ke bentuk asal apabila diregangkan.


6. Ramie, Hemp or Jute fabric / Kain rami

Kain rami yang mempunyai ciri-ciri seperti menyerap kelembapan, keboleh telapan udara yang digunakan sebagai kain musim panas yang tidak dirosakkan oleh asid ringan dan tahan alkali. Kain rami serba boleh digunakan dalam produk seperti kasut, perabot, pakaian, aksesori dan kelengkapan rumah. Mempunyai ciri-ciri seperti ketahanan, penyerapan, penebat, kain pakaian menyerap air yang lebih baik maka apa-apa produk tekstil lain. Ia diperolehi daripada batang tumbuhan, kain rami (hemp) yang terbaik dihasilkan di Itali. Bangladesh adalah pengeluar terbesar kain rami (jut) dan India sebagai yang kedua terbesar pengeluar barangan jut.




Fabrik sintetik / Fabrik Buatan Manusia
Diperbuat daripada bahan-bahan bukan organik atau bahan organik digabungkan dengan bahan kimia. Sifat2 fabrik sintetik bergantung kepada tujuan ia dihasilkan. Ada yang ringan, halus, menyerap kelembapan, cepat kering dll.

Jenis-jenis fabrik sintetik:

1. Asetat

Diperbuat daripada selulosa yang dibina dari kapas atau kayu pulpa, kain Asetat tahan kecut dan kulat. Kain asetat adalah kain yang memberikan pandangan yang sangat lembut dan mewah seperti kain sutera.


2. Chiffon

Chiffon digunakan untuk gaun pengantin dan juga muncul dalam pakaian malam, gaun prom, dan tudung. Chiffon boleh diperbuat daripada pelbagai bahan seperti sutera, poliester, atau rayon.


3. Akrilik

Kain akrilik juga boleh dirujuk sebagai bulu tiruan. Kegunaan utama kain akrilik adalah sebagai t-shirt. Kain akrilik juga digunakan sebagai sarung kerusi dan sofa. Kain akrilik terkenal dengan keselesaan buat si pemakai. Akrilik juga tidak pudar dalam tempoh yang lama.


4. Organza

Organza pada dasarnya merujuk kepada, tenunan polos nipis, kain yang diperbuat daripada filamen berterusan ulat benang sutera. Dalam era fesyen moden banyak organza ditenun dari gentian filamen sintetik seperti nilon dan poliester tetapi kebanyakan organza yang bergaya ditenun dalam sutera.


5. Lastex

Kain Lastex pada dasarnya merujuk kepada serat elastik yang diperbuat daripada getah. Selain itu, kain lastex digunakan dengan gentian kompleks lain bergantung kepada fungsi pakaian seperti spandeks dan pakaian dalam.


6. Nylon

Nylon berasal dari New York dan London. Nylon adalah polimer daripada amida, yang digelar sebagai poliamida diekstrak daripada petroleum. Kain Nylon mempunyai keupayaan yang kuat dari regangan. Keanjalan tinggi fabrik nilon menjadikannya penggunaan utama dalam bagasi seperti beg, dompet dan banyak lagi. Di samping itu, fabrik nilon mudah untuk dijaga kerana senang dibersihkan dan mudah kering tanpa sebarang cucian khas.


7. Velvet/ Baldu

Kain baldu adalah salah satu fabrik halus dan paling lembut antara fabrik-fabrik lain. Fabrik baldu digunakan dalam pelbagai peralatan seperti pakaian termasuk seluar, kemeja, dan banyak lagi. Kain baldu juga digunakan dalam cadar, selimut, langsir dan lain-lain. Kain baldu memerlukan penyelenggaraan kurang dan mudah dicuci dan dikeringkan.


8. Poliester

Fabrik poliester digunakan secara meluas dalam pelbagai aplikasi. Kain ini mempunyai pelbagai kualiti kerana mereka ia begitu terkenal dengan anti kedut dan boleh kembali semula ke dalam bentuk asal. Fabrik poliester adalah sangat kuat dan juga lembut. Fabrik poliester juga boleh dicampur dengan kain lain untuk membuat kain yang kuat dan tahan lama atau bergantung kepada penggunaannya. Sebagai contoh, dalam upholsteri, poliester biasanya dicampur dengan bulu supaya tidak mudah rosak dan tahan pudar. Terdapat pelbagai kegunaan kain poliester seperti ia digunakan dalam langsir tingkap, langsir, alas lantai, membuang permaidani, peralatan tempat tidur tambahan dan sebagai kusyen atau bahan penebat.


9. Taffeta

Kain taffeta adalah dataran tenunan kain segar, lembut dan licin yang dengan kemilau sedikit yang dihasilkan daripada gentian yang berbeza seperti rayon, sutera atau nilon. Kain taffeta digunakan secara meluas dalam pembuatan pakaian wanita. Kain taffeta mempunyai corak beriak-riak atau beralun unik yang mempamerkan persamaan dengan noda air atau tanda, ia nampak berseri dalam suasana kusam dan memantulkan cahaya berbeza. The 'Taffeta' perkataan berasal dari Parsi, dan bermaksud "tenunan twisted".


10. Denim

Kain denim adalah kain kapas kepar yang lasak. Dalam kain denim benang pakan melepasi di bawah dua atau lebih dari dua gentian serat yang menghasilkan ejekan diagonal pepenjuru yang dikenal pasti di belakang fabrik. Ejekan diagonal memisahkan keberadaan kain denim dari bawah kapas. Kain denim biasanya berwarna dengan pewarna indigo menjadikan ia jeans biru walaupun jean ditandakan yang berbeza ringan kapas tekstil. Kain denim digunakan pada skala yang besar di seluruh ekonomi dunia. Tekstur yang jelas dan keupayaan untuk memberi keselesaan menjadikan ia salah satu entiti menuntut fesyen di seluruh dunia.


11. Rayon

Kain rayon pada asasnya adalah serat tekstil sintetik yang diperolehi dari penghasilan selulosa melalui spinnerets halus. Dalam erti kata lain, kain rayon adalah hasil akhir solidifying filamen. Rayon adalah sejenis kain yang unik yang tidak boleh disebut sama ada kain sintetik atau satu semula jadi. Proses membuat rayon agak berbeza; di mana bekalan mentah semulajadi diubah untuk menjadikannya praktikal. Rayon adalah kain yang boleh ditenun atau bersatu; bergantung kepada penggunaannya serba boleh. Kecekapan kain rayon adalah agak lebih tinggi daripada kain taf atau kain kapas yang lain. Kain rayon digunakan secara meluas dalam membuat bilangan pakaian dan barang-barang kelengkapan rumah.


12. Spandex

Kerana kualiti ketahanan bentuk yang kuat, kain spandex digunakan secara meluas sebagai kain fesyen. Perkara yang penting untuk diperhatikan tentang kain spandex ialah ia melantun kembali kepada struktur asal walaupun selepas regangan sehingga 600 kali. Sangat tahan lama unggul kain spandex kekuatan tahan haba kering dan minyak. Memberi keselesaan yang besar dan fleksibiliti ia tidak menambah berat badan pada badan pemakainya. Dengan ciri-ciri seperti keanjalan, mengekalkan kembali ke bentuk asal, rintangan haba kering dan lelasan, spandex kain rasa sesuai dan lebih baik apabila dicampur dan sudah tentu membuat satu kelihatan lebih baik. Dengan kualiti ketahanan bentuk asal, spandex digunakan dalam membuat pakaian dan hos sokongan. Ia mewujudkan rasa yang kurang terhad dan menjadi lebih kuat dan sekeping serba boleh pakaian. Menyediakan ketahanan terhadap peluh dan minyak badan kain spandex lebih stabil dan tahan lama.


13. Georgette

Georgette adalah kain biasanya diperbuat daripada sutera atau poliester. Berbanding chiffon, ia adalah legap dan sedikit berat.


14. Viscose

Pada awalnya, viscose digunakan secara meluas sebagai kain penyadur. Kemajuan dan peredaran masa merubah kegunaan viscose dan ia dipintal menjadi benang untuk sulaman dan hiasan. Pembangunan seterusnya membuatkan viscose menggantikan bulu lama dan kapas dan yang digunakan secara meluas untuk penstokan wanita dan seluar dalam. Oleh kerana sifat yang mudah rosak, viscose tidak dapat digunakan dalam pembuatan objek padu seperti payung dan lain-lain.


15. Fabrik Grey

Kain grey digunakan secara meluas dalam pembuatan pakaian seragam, apron, baju, dan lain-lain. Kain grey adalah mesra pengguna, kemasan yang sangat baik dan bertekstur licin. Boleh dijadikan dalam pelbagai produk termasuk fabrik tanpa tenunan, bahan-bahan tekstil, t-shirt, sut malam lelaki, pakaian tidur lelaki, kain rajutan dll. Pakaian yang diperbuat dari fabrik grey menjadi nombor satu dalam pasaran antarabangsa kini.


16. Polipropylene

Fabrik polipropylene amat bermakna untuk musim musim sejuk, kerana ia kekal kering dan ia memastikan tubuh seseorang yang lebih panas. Kain berkualiti tinggi polypropylene adalah ringan dan menjadi pilihan di musim sejuk kerana ia membolehkan pengguna untuk melaksanakan apa-apa aktiviti dalam cuaca sejuk dengan selesa. Fabrik polipropylene pada dasarnya terdiri daripada hidrofobik yang kalis air dan menolak wap kelembapan dari kulit.


17. Satin

Kain satin juga dikatakan menjadi fabrik yang paling elegan. Sebab ia kelihatan menakjubkan dengan permukaan yang licin. Kain satin digunakan dalam banyak pakaian dan lain-lain perkara. Terutama sekali bagi wanita, kain satin digunakan dalam pelbagai pakaian seperti blaus, seluar dalam, gaun, dan banyak pakaian. Kain satin juga digunakan untuk cadar, langsir dan banyak tujuan hiasan lain. Kilatan kain satin membuatkan ia berada dalam kelas tinggi. Kain satin umumnya terdiri daripada sutera atau rayon dan itulah sebabnya ia begitu licin. Kain satin juga sangat halus dan memerlukan banyak penjagaan dan perhatian.


Sumber dari http://www.textileschool.com/articles/330/type-of-fabrics



Ahad, 3 Mei 2015

Selamat Hari Pekerja & Wesak

Posted by Siti Subaiyah at 9:05 PG 0 comments
Hai semua,




Sempena cuti panjang ni, saya ingin mengucapkan selamat beristirehat kepada semua. Dobi kami buka seperti biasa 9am~9pm :) Terima kasih.


Khamis, 16 April 2015

Kepakaran Kami: Mencuci Kesan Minyak Hitam

Posted by Siti Subaiyah at 8:54 PTG 0 comments
Hai semua,

Antara pelanggan setia yang selalu hantar cuci baju di sini ialah mekanik2 workshop. Kenapa? Sebab kami boleh bersihkan pakaian mereka yang dah terkena minyak hitam. Ini buktinya

SEBELUM.. dah tak rupa jeans dah

SELEPAS.. baru nampak rupa


SEBELUM.. habis jeans putih kena minyak hitam

SELEPAS.. ok lah sikit

Note: Kami tak boleh buat magic yang boleh menjadikan seluar tu nampak baru. Tapi kami boleh cuba bersihkan pakaian anda semampu mungkin.

Terima kasih kerana meyakini servis perkhidmatan kami ;)


Selasa, 7 April 2015

Lesen Perniagaan Naik Mendadak

Posted by Siti Subaiyah at 11:12 PTG 0 comments
Salam April semua,

Di saat isu GST masih panas ni, saje la saya nak ceritakan isu panas hati saya sejak bulan Februari aritu.

Lesen perniagaan naik mendadak melebihi 100%. Dulu nak renew lesen perniagaan perkhidmatan kena RM120+ jah. Sekarang dah naik sampai RM235! Terkejutnya saya..mujurla ada bawa duit lebih. Semua cukai pun naik..uhuuuu


Rupanya bukan kawasan kami je yang naik harga. Kawasan2 lain di Selangor pun banyak yang naik.
Klik untuk sumber lain.

Tak kisah lah samada ini angkara kerajaan negeri atau pusat, usah merungut. Teruskan usaha untuk berjaya. Think in a positive way..uhuuu


Isnin, 30 Mac 2015

Bagaimana Nak Buka Bisnes Dobi?

Posted by Siti Subaiyah at 11:06 PTG 0 comments
Sebelum anda buka apa2 bisnes, ilmu perlu ada. Jangan bila dah banyak modal hangus baru nak menyesal hanya kerana kekurangan ilmu dalam bidang tersebut.

Sumber2 ilmu yang anda boleh dapat untuk buka kedai dobi ialah:

1. Kursus dari supplier mesen atau franchaisor dobi.
    Mereka ni memang akan galakkan korang buka dobi untuk melebarkan sayap bisnes mereka. Elok juga kalau nak pergi untuk tau cara pengurusan dari sudut teknikal.

2. Pengalaman dari mana2 pemilik dobi.
    Ilmu ni memang sangat penting korang cari sebab korang akan tau TRUE STORY tentang pahit maung dari pengalaman mereka mengusahakan dobi.

3. Kursus dari pemilik dobi.
   Ada juga beberapa pengusaha dobi yang buat kursus pengurusan dobi. Lebih berjaya syarikat dobi yang mereka uruskan, lebih berbaloi untuk anda join kursus.

4. Melalui online.
    Zaman sekarang ni senang je nak cari apa2 info..just google je. Korang boleh dapat informal knowledge dari blog2, website2 tentang dobi.

5. Buku2.
    Saya masih belum jumpa buku2 panduan tentang memulakan kerjaya dobi di kedai buku..pasal saya pun tak pernah cari..hee. Tapi ada satu e-book yang sangat bermanfaat untuk 'orang baru' yang nak buka bisnes dobi. Yang dah lama buka dobi pun elok baca untuk tambah ilmu.

Inilah dia e-book Dobi Bisnes Know How


Karya Md Hezir b. Sulaiman, pengasas EZ Smart Laundry. Dalam e-book ni beliau berkongsi tentang target pasaran, proses2 dobi, strategi marketing, feasibility study, pengurusan dobi, costing dan juga contoh rancangan perniagaan untuk memohon pembiayaan dari sebuah skim.

Harga hanya RM80 je. Nak beli boleh la klik di bawah



Ahad, 29 Mac 2015

GST Ohhh GST...

Posted by Siti Subaiyah at 9:27 PTG 0 comments
Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Sejak kebelakangan ni ramai customer yang tanya kami samada harga cucian naik atau tidak. Jadi inilah jawapan kami.


Tak dapat dinafikan kami juga terasa dengan kewujudan cukai GST. Cuma kami harap agar pelanggan2 kami sentiasa support kami supaya dapat beri perkhidmatan yang terbaik dengan harga yang berpatutan.

Terima kasih :)



Sabtu, 14 Mac 2015

Kenapa tak nak buka dobi layan diri?

Posted by Siti Subaiyah at 12:56 PG 5 comments

Soalan ini selalu ditanya oleh kawan2 saya. Bagaikan trend, dobi2 layan diri muncul macam cendawan tumbuh di Malaysia. Yalah, buat duit sambil goyang kaki. Dobi layan diri dan dobi jenis perkhidmatan ada pro’s & cont’s nya. Bagi saya, dobi perkhidmatan ni sesuai la untuk orang2 yang kurang modal seperti saya, dan macam2 servis boleh ditawarkan kepada pelanggan berbanding servis cuci baju sahaja.

Ya, dengan buka dobi layan diri, anda boleh jalankan bisnes sambil makan gaji, xusah pening pasal pekerja dll, tapi adakah dobi layan diri itu betul2 menguntungkan? Boleh menampung bil air, bil elektrik & kos sewa kedai? Jadi, sebelum kita ingin berniaga dobi, kita perlu study kawasan kedai yang akan kita buka. Kawasan bandar? Kampung? Perumahan? Penempatan pelajar? Penempatan pekerja? Kawasan perindustrian? dll.

Kat sini saya kategorikan servis dobi yang sesuai mengikut kawasan.

1. Kawasan rumah kedai

Kawasan ni kebanyakannya berada di bandar2 yang penuh dengan manusia2 yang sibuk bekerja. Jarang ada masa di rumah. Adakala mereka tak sempat memasak, mengemas rumah hatta membasuh baju. Ada banyak target customer di sini, bergantung kepada pilihan anda.

a)  Dobi layan diri : Sesuai untuk rumah kedai yang anda dapati banyak penempatan pekerja yang menyewa di tingkat atas. Mereka mungkin tiada mesen basuh dan nak basuh baju dengan harga yang murah.
b) Dobi perkhidmatan : Jika tingkat atas kedai lebih banyak ofis berbanding penempatan pekerja, lebih baik buka dobi perkhidmatan, sebab orang2 yang lalu di kawasan tu hanya untuk pergi balik kerja je, takde masa nak tunggu 1jam kat dobi utk cuci baju sendiri.

2. Kawasan asrama/ hostel/ bilik sewa pekerja.

a) Dobi layan diri : Memang sesuai sangat kalau korang nak buka dobi layan diri. Kalau dapat tumpang letak mesen basuh dalam hostel, lagi bagus. Tak payah bayar sewa kedai.
b) Dobi perkhidmatan : Boleh juga buka dobi perkhidmatan, anda tak perlukan washer dan dryer yang terlalu besar. Bawah 10kg pun dah memadai sebab diorang hantar baju sikit2. Ada demand untuk servis menggosok baju. Tapi kalau kawasan penempatan pelajar, diorang tak berapa nak ada duit lagi. Dobi jenis ni tak berapa nak masyuk lah, kecuali kalau korang boleh ambil tender dari institusi/ kilang terdekat contohnya servis cuci baju pelajar, uniform pekarja, cuci cadar hostel atau dry clean jubah konvo ka.. mesen2 pun kena berkapasiti besar la ye.

3. Kawasan perumahan

a) Dobi perkhidmatan : Kawasan ni banyak dipenuhi oleh orang2 yang dah berkeluarga. Selalunya mereka akan hantar toto, comferter, cadar patchwork, karpet, baju untuk digosok, baju untuk dry clean, baju untuk dicuci pun ada juga, baju keluarga yang selalunya dalam kuantiti yang banyak. Dobi perkhidmatan memang sesuailah.
b) Dobi layan diri : Ada juga permintaan, tapi mungkin tak semasyuk di kawasan penempatan pekerja. Kalau orang berkeluarga hantar baju kat dobi layan diri, bukan aje makan masa untuk tunggu waktu basuh baju siap, makan masa juga nak melipat baju2 tu sendiri. Kalau bukan sebab mesen basuh rosak, xde letrik or xde air, baik cuci baju kat umah je. Cuci toto pun, belum tentu kering sepenuhnya kalau masuk dalam dryer. Kalau basuh cadar patchwork ok la.

4. Kawasan pelancongan

a) Dobi perkhidmatan : Pelancong2 takkan habiskan masa diorang menunggu di dobi layan diri. So buat dobi perkhidmatan memang ok lah. Lagi satu, bonus bagi korang untuk ambil tender dari hotel2 berdekatan. Masyuk kan?
b) Dobi layan diri : Mungkin relevan juga untuk pekerja2 yang cari makan kat kawasan ni.

5. Kawasan kampung

Orang2 kampung ni banyak masa diorang mencuci di rumah. Kalau dulu basuh baju tepi sungai sambil nyanyi berjam2 pun bole lg.
a) Dobi perkhidmatan : Masih lagi ada demand cuci toto ka, karpet ka, dry clean ka. Tapi harga perlulah wajar, jangan mahal sangat.
b) Dobi layan diri : Ada berani ka nak buka??

Anda juga kena pandai mengira saiz kumpulan sasaran. Contohnya seperti ini;

Sebelum buka kedai, tanyalah pesaing terdekat, apa masalah mereka buka kedai dobi. Sejujurnya, mereka memang takkan sukalah kita buka dobi dekat ngan diorang, tapi sekurang2nya kita dapat timba pengalaman dari mereka dan lebih bersedia jika ada masalah2 berlaku.


Buka kedai dengan modal sedia ada, secara kecil2an dulu. Di zaman harga hartanah mancanak2 ni, harga sewa kedai pun adakala mengarut. Maybe anda boleh guna separuh kedai dulu. Dapat buat sebahagian servis dobi dari rumah lagi bagus, contohnya cuci karpet  sebab rate bil air dan elektrik lebih murah berbanding di kedai. Tapi jika anda target nak dapatkan tender/ kontrak, anda perlukan banyak mesen2 dan kawasan yang agak besar. Tepuk dada tanya kemampuan.

**Kalau anda dapat pelbagaikan perkhidmatan (dobi perkhidmatan + layan diri) itu lagilah bagus!! :)


 

DOBI HARUM Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez