Memaparkan catatan dengan label Masa Itu Emas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masa Itu Emas. Papar semua catatan

Ahad, 17 Ogos 2014

Alat Pelipat Baju a.k.a Cloth Folder

Posted by Siti Subaiyah at 5:34 PG 0 comments
Hai semua,

Siapa yang selalu ada masalah ini di rumah?
Especially to all working mothers, yang setiap kali pulang dari tempat kerja dan ambil anak dari sekolah/taska, tengok rumah bersepah-sepah, fikir lagi apa nak masak untuk makan malam, baju yang telah dibasuh dan disidai pagi tadi perlu diangkat, malam perlu gosok pakaian untuk suami bekerja dan anak-anak sekolah. Tak mustahil ada antara kita yang membiarkan pakaian yang sudah dicuci, berlonggok tak berlipat selama berhari-hari..kan kan. Termasuklah saya ;p 
Jadi saya beli ini 
Pelipat Baju Ajaib wink wink ;)
Saya beli alat ni bukanlah bermakna saya pemalas nak lipat baju, tapi kerana setiap kali pulang dari tempat kerja, badan ini perlu berehat dan perlu mengumpulkan kekuatan untuk menjalankan tanggungjwab keesokan harinya.

Jadi alat ini bukan sahaja mampu menjimatkan masa, tapi encik suami atau anak-anak pun boleh tolong lipatkan baju kita. Kan lebih mudah.

Cara-cara menggunakan alat ini:
Baju T-Shirt
Kemeja / Baju Berkolar
 Baju Lengan Panjang
 Baju XXL
 Seluar Panjang

 Tuala / Kain
Saya dapat alat pelipai baju ini di Blog Sis NanaKimie . Harganya sangat murah dan penghantaran yang cepat.

Dan inilah hasilnya

Sabtu, 9 Ogos 2014

Masa itu Emas

Posted by Siti Subaiyah at 10:56 PG 0 comments
Bismillahirramanirrahim,

Masa itu emas, sepertimana emas, masa juga dapat dibeli oleh wang ringgit. Siapa yang bersetuju dengan pendapat saya ni? hehe..

Di zaman yang serba canggih ni, masa adalah suatu cabaran yang terbesar dalam hidup, especially untuk working mothers. Tanggungjawab di tempat kerja dan tanggungjawab di dalam rumah perlu diseimbangkan agar tiada pihak yang terabai. Salute pada working mothers :)

Sumber dari Google

Salah satu cara kita membeli masa adalah dengan mengupah pembantu rumah. Ya, kita membeli masa orang lain untuk membuat kerja-kerja kita. Walaubagaimanapun, sebagai wanita muslimah, kita patut tahu yang mana satu tanggungjawab yang perlu didahulukan.

"Masyarakat harmoni bermula dari keluarga yang sejahtera"


 

DOBI HARUM Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez