Khamis, 16 Oktober 2014

Petua Mencuci Kotoran Degil pada Baju

Posted by Siti Subaiyah at 1:37 PG
Hai semua,

Hari ni saya nak share cara untuk nak hilangkan beberapa kotoran degil jika terlekat pada baju. Bahan-bahan untuk mencuci boleh kita dapati di rumah kita sendiri. Tak perlu keluar mencari bahan pencuci khas. Di sini adalah petua mencuci pakaian, mengikut kategori kotoran di bawah:

1. Pakaian terkena karat
Campurkan perahan jus limau nipis bersama sesudu kecil garam halus. Gosokkan bahagian baju yang terkena karat dengan jus campuran tersebut, biarkan selama beberapa minit kemudian basuh menggunakan air sabun dan bilas seperti biasa.

2. Pakaian terkena dakwat
Untuk mengurangkan kesan dakwat yang melekat pada pakaian, boleh alirkan kesan itu dengan air yang mengalir selama beberapa minit. Sebenarnya ada 4 cara untuk menghilangkan kesan dakwat, boleh pilih nak guna cara yang mana satu.

a) Bancuh 3 sudu susu tepung dengan sedikit air, air bancuhan perlu pekat. Sapukan bancuhan susu ini pada kesan dakwat selama setengah jam.

b) Gosok bahagian yang terkena dakwat dengan perahan air limau nipis dan sedikit garam beberapa ketika. Jika masih belum hilang, rendam pakaian tersebut dengan air bancuhan limau nipis dan garam yang sedang panas selama 5 minit.

c) Titiskan cuka ke atas kesan dakwat tersebut. Biarkan selama 5 minit dan kemudian ngenyeh-ngenyeh dengan tangan untuk mengeluarkan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali hingga kesan dakwat hilang.

d) Semburkan penyembur rambut pada kesan dakwat. Biarkan kering seketika. Kemudian bilas dengan air yang dicampur dengan sedikit cuka. Berus dengan sabun dan bilas seperti biasa.



3. Pakaian terkena kunyit
Ambil sedikit sabun cuci pinggan dan sapukan pada tempat yang terdapat kesan kunyit pada baju. Biarkan selama 15 ke 20 minit, lepas tu basuh seperti biasa.

4. Pakaian terkena cat
Rendam pakaian yang terkena cat dengan minyak tanah terlebih dahulu selama beberapa jam, kemudian basuh dengan sabun dan bilas seperti biasa.



5. Pakaian terkena minyak
Biarkan bahagian yang terkena minyak dalam keadaan kering, kemudian sapukan sedikit dengan sabun mandi. Gosok hingga kotoran hilang.




6. Pakaian bertahi lalat
Campurkan secawan cuka dengan setengah baldi air. Rendam pakaian yang bertahi lalat kedalam air cuka tersebut semalaman. Keesokannya cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.

7. Pakaian terkena gam kuat (brand gajah dll)
Beli tinner di kedai hardware. Kemudian basahkan baju yang terkena gam tadi kemudian tenyeh berulang kali hingga kesan gam itu hilang. Buat berulang2 kali hingga kesan itu betul2 hilang.

8. Pakaian terkena darah
Basahkan kesan darah tersebut, gonyoh samada dengan garam halus, sabun mandi ketul atau air Coca-cola sehingga hilang.

9. Kesan peluh di kolar atau lengan baju
Gosok kesan kotoran dengan syampu atau sabun mandi, berus sehingga hilang.



10. Pakaian terkena lunturan baju berwarna
Didihkan air di dalam periuk dengan detergen dan perahan air limau nipis kemudian masukkan pakaian yg terkena luntur. Ataupun rendam dengan air dan cuka makan.

11. Pakaian terkena kesan chewing gum
Ada dua cara untuk hilangkan kesan chewing gum pada pakaian iaitu:
a)  Sapukan thinner pada bahagian yang terkena chewing gum, kemudian tenyeh kesan tersebut sehingga hilang.
b) Tenyeh kesan kotor tersebut dengan ketul ais kemudian kikis keluar pelan2 kemudian bakinya tenyeh dgn minyak masak hingga benar2 hilang.

12. Pakaian terkena getah pisang
Gosok bahagian kotor tersebut dengan kapur makan, biarkan selama beberapa minit, kemudian basuh seperti biasa dengan detergen.

13. Pakaian terkena kesan kopi/teh
Rendam dengan air hangat, detergen, perahan limau nipis dan letakkan juga sedikit baking powder.



Semoga info ini bermanfaat untuk semua.

10 comments:

Unknown on 22 Julai 2015 pada 11:57 PG berkata...

Satu info yang sangat berguna.tq

Nurul Aini on 23 Julai 2015 pada 3:28 PTG berkata...

Good sharing!~ :-)

Unknown on 20 Oktober 2015 pada 9:45 PTG berkata...

Kalau Gina thinner kt Baju yg berwarna tuk hilang kan kesan gam color tak luntur Ke?

Unknown on 20 Oktober 2015 pada 9:45 PTG berkata...

Guna

Siti Subaiyah on 16 November 2015 pada 9:21 PG berkata...

Bergantung pada jenis kain, saya pernah gosok thinner pada seluar slack, alhamdulillah warna tak luntur & kesan cat pun hilang.

Unknown on 26 Disember 2015 pada 11:05 PTG berkata...

Yg no.10 tu utk baju warna putih je ke? Boleh tak kalau pakai utk baju yg berwarna putih+hitam? Takut rosakla baju peberet saya,sesiapa tlglah jwb ye...

Siti Subaiyah on 15 Februari 2016 pada 3:27 PG berkata...

Di dobi kami guna color go, spray collar atau color run.Tapi depend pada kualiti warna baju, kalau nasib tak baik, takut warna hitam tu pun luntur juga.

Unknown on 29 Julai 2016 pada 5:48 PTG berkata...

klo tudung shawl terkene tepong x leh hilang cmne..

OnChe on 10 April 2017 pada 1:47 PTG berkata...

klu kena kaler air tu camna sis... dh tonyoh mcm2 tp x nk hilang

Unknown on 30 Mac 2021 pada 11:34 PG berkata...

Mcm mine nk hilngkn kotoran pd riding yg Kna tepung??? Dh byk kli basuh xhilng

 

DOBI HARUM Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez