Soalan ini selalu ditanya oleh kawan2 saya. Bagaikan trend, dobi2
layan diri muncul macam cendawan tumbuh di Malaysia. Yalah, buat duit sambil
goyang kaki. Dobi layan diri dan dobi jenis perkhidmatan ada pro’s & cont’s nya. Bagi saya,
dobi perkhidmatan ni sesuai la untuk orang2 yang kurang modal seperti saya, dan macam2
servis boleh ditawarkan kepada pelanggan berbanding servis cuci baju sahaja.
Ya, dengan buka dobi layan diri, anda boleh jalankan bisnes
sambil makan gaji, xusah pening pasal pekerja dll, tapi adakah dobi layan diri itu betul2 menguntungkan? Boleh menampung bil air, bil elektrik & kos sewa
kedai? Jadi, sebelum kita ingin berniaga dobi, kita perlu study kawasan kedai
yang akan kita buka. Kawasan bandar? Kampung? Perumahan? Penempatan pelajar? Penempatan
pekerja? Kawasan perindustrian? dll.
Kat sini saya
kategorikan servis dobi yang sesuai mengikut kawasan.
1. Kawasan rumah kedai
Kawasan ni kebanyakannya berada di bandar2
yang penuh dengan manusia2 yang sibuk bekerja. Jarang ada masa di rumah. Adakala
mereka tak sempat memasak, mengemas rumah hatta membasuh baju. Ada banyak
target customer di sini, bergantung kepada pilihan anda.
a) Dobi layan diri : Sesuai untuk rumah kedai yang anda dapati banyak penempatan pekerja
yang menyewa di tingkat atas. Mereka mungkin tiada mesen basuh dan nak basuh
baju dengan harga yang murah.
b) Dobi perkhidmatan : Jika tingkat atas kedai lebih
banyak ofis berbanding penempatan pekerja, lebih baik buka dobi perkhidmatan, sebab
orang2 yang lalu di kawasan tu hanya untuk pergi balik kerja je, takde masa nak
tunggu 1jam kat dobi utk cuci baju sendiri.
2. Kawasan asrama/ hostel/ bilik sewa pekerja.
a) Dobi layan diri : Memang sesuai sangat kalau
korang nak buka dobi layan diri. Kalau dapat tumpang letak mesen basuh dalam
hostel, lagi bagus. Tak payah bayar sewa kedai.
b) Dobi perkhidmatan : Boleh juga buka dobi perkhidmatan, anda
tak perlukan washer dan dryer yang terlalu besar. Bawah 10kg pun dah memadai
sebab diorang hantar baju sikit2. Ada demand untuk servis menggosok baju. Tapi kalau
kawasan penempatan pelajar, diorang tak berapa nak ada duit lagi. Dobi jenis ni
tak berapa nak masyuk lah, kecuali kalau korang boleh ambil tender dari
institusi/ kilang terdekat contohnya servis cuci baju pelajar, uniform pekarja, cuci cadar hostel atau
dry clean jubah konvo ka.. mesen2 pun kena berkapasiti besar la ye.
3. Kawasan perumahan
a) Dobi perkhidmatan : Kawasan ni banyak dipenuhi oleh
orang2 yang dah berkeluarga. Selalunya mereka akan hantar toto, comferter,
cadar patchwork, karpet, baju untuk digosok, baju untuk dry clean, baju untuk
dicuci pun ada juga, baju keluarga yang selalunya dalam kuantiti yang banyak. Dobi perkhidmatan memang sesuailah.
b) Dobi layan diri : Ada juga permintaan, tapi
mungkin tak semasyuk di kawasan penempatan pekerja. Kalau orang berkeluarga hantar
baju kat dobi layan diri, bukan aje makan masa untuk tunggu waktu basuh baju
siap, makan masa juga nak melipat baju2 tu sendiri. Kalau bukan sebab mesen
basuh rosak, xde letrik or xde air, baik cuci baju kat umah je. Cuci toto pun,
belum tentu kering sepenuhnya kalau masuk dalam dryer. Kalau basuh cadar patchwork ok la.
4. Kawasan pelancongan
a) Dobi perkhidmatan : Pelancong2 takkan habiskan masa diorang
menunggu di dobi layan diri. So buat dobi perkhidmatan memang ok lah. Lagi satu, bonus
bagi korang untuk ambil tender dari hotel2 berdekatan. Masyuk kan?
b) Dobi layan diri : Mungkin relevan juga untuk pekerja2 yang cari makan kat kawasan ni.
5. Kawasan kampung
Orang2 kampung ni banyak masa
diorang mencuci di rumah. Kalau dulu basuh baju tepi sungai sambil nyanyi berjam2
pun bole lg.
a) Dobi perkhidmatan : Masih lagi ada demand cuci toto ka,
karpet ka, dry clean ka. Tapi harga perlulah wajar, jangan mahal sangat.
b) Dobi layan diri : Ada berani ka nak buka??
Anda juga kena pandai mengira saiz kumpulan sasaran.
Contohnya seperti ini;
Sebelum buka kedai, tanyalah pesaing terdekat, apa masalah
mereka buka kedai dobi. Sejujurnya, mereka memang takkan sukalah kita buka dobi
dekat ngan diorang, tapi sekurang2nya kita dapat timba pengalaman dari mereka
dan lebih bersedia jika ada masalah2 berlaku.
Buka kedai dengan modal sedia ada, secara kecil2an dulu. Di zaman harga
hartanah mancanak2 ni, harga sewa kedai pun adakala mengarut. Maybe anda boleh
guna separuh kedai dulu. Dapat buat sebahagian servis dobi dari rumah lagi
bagus, contohnya cuci karpet sebab rate
bil air dan elektrik lebih murah berbanding di kedai. Tapi jika anda target nak
dapatkan tender/ kontrak, anda perlukan banyak mesen2 dan kawasan yang agak besar.
Tepuk dada tanya kemampuan.
**Kalau anda dapat pelbagaikan perkhidmatan (dobi perkhidmatan + layan diri) itu lagilah bagus!! :)
5 comments:
Kat tempat saya pun ada. Menarik. http://www.ibucakna.blogspot.my/2015/09/dobi-layan-diri-di-tanah-merah.html?m=1
www.ibucakna.blogspot.com
www.ibucakna.blogspot.com
Untuk urusan Bantuan/Pertolongan Introducer MAYBANK / CIMB/BIMB -Bolehlah Hubungi Syarikat kami-
Usahawan Trading & Services-012-7292850 (wan)-wassap/call/sms
Salam...macam mane nak mulakan bisnes dobi ni ..sesape bole tlg saya.....
Catat Ulasan