Khamis, 18 Jun 2015

Selamat Berpuasa buat Semua Muslimin & Muslimat

Posted by Siti Subaiyah at 1:08 PG 10 comments
Salam semua,


Selamat berpuasa buat semua muslimin dan muslimat. Sempena bulan Ramadhan ni, kedai kami masih buka seperti biasa 9.00 pagi ~ 9.00 malam.

Terima kasih.

Rabu, 10 Jun 2015

Mohon Pinjaman MARA

Posted by Siti Subaiyah at 12:14 PG 319 comments
Hai semua,


Sampai masanya saya bercerita tentang plan B saya setelah plan A tidak menjadi. Oleh sebab pinjaman PUNB saya tidak lulus, saya mohon pinjaman MARA pula.

Ada empat jenis skim pembiayaan perniagaan yang ditawarkan MARA iaitu:
1. Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPPP)
2. Skim Pembiayaan Komersial
3. Skim Pembiayaan Kontrak Ekspress (SPiKE)
4. Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)
** Saya mohon skim SPPP, tapi jenis-jenis skim dah berubah sejak kebelakangan ni. Boleh refer sini.

Berikut adalah langkah-langkah untuk mohon pinjaman MARA:

Langkah 1:
Pergi ke mana-mana pejabat MARA yang berdekatan dengan anda dan tempah tarikh untuk menjalani ujian psikometrik. Bank in RM40 ke dalam akaun MARA dan simpan resit pembayaran sebagai bukti sebelum menjalani ujian.

Langkah 2:
Jalani ujian psikometrik. Lebih kurang macam ujian bertulis masa attend taklimat PUNB, tp yang ni berkomputer. Markah yang anda dapat menentukan berapa jumlah maksimum pinjaman yang anda boleh mohon.

Langkah 3:
Sediakan Rancangan Perniagaan (RP). Once dah selesai jawab ujian psikometrik, pegawai MARA akan beri beberapa borang pada anda, dan senarai dokumen yang perlu anda lampirkan bersama RP anda nanti. Daripada Rancangan Perniagaan (RP) yang saya dah sediakan untuk PUNB, saya ubahsuai mengikut format yang MARA inginkan - klik sini. Anda juga perlu cari seorang penjamin, dan ada borang yang memerlukan cop pengesahan dari pesuruhjaya sumpah.

Langkah 4:
Hantar RP dan borang-borang tersebut ke pejabat MARA di daerah anda. Pegawai MARA akan semak, jika ada sebarang kekurangan, mereka akan inform anda semula.

Langkah 5:
Bila mereka puas hati dengan dokumen-dokumen anda, pegawai MARA akan datang melawat kawasan perniagaan anda. Sambil tu mereka akan cek akaun kira-kira syarikat anda selama 6 bulan sebelumnya, untuk pastikan samada anda mampu bayar semula atau tidak pinjaman yang mereka akan bagi nanti. Diorang ni juga sangat teliti dalam menyemak quotation mesen yang anda ingin tambah dalam syarikat anda. Sebabnya, MARA lebih suka beri pinjaman dalam bentuk barangan berbanding dalam bentuk wang ringgit. Dalam kes saya, pegawai MARA tu suggest saya mohon pinjaman RM50,000 (tambahan mesen RM30,000 dan modal pusingan RM20,000). Tambahan mesen ni, diorang akan beri cek terus pada syarikat yang mengeluarkan mesen dan modal pusingan, diorang akan beri cek kepada akaun syarikat anda.

Langkah 6:
Tunggu pinjaman lulus atau tidak. Dalam tempoh ni, pegawai MARA akan bermesyuarat dengan pegawai atasan. Mereka yang akan tentukan samada pinjaman anda lulus atau tidak. Empat bulan jugalah saya tuggu keputusan sebab ada sedikit perubahan dalam quotation mesen yang kami kena buat.

Langkah 7:
Jika pinjaman anda diluluskan, pejabat MARA negeri akan keluarkan offer letter kepada pejabat MARA daerah. Bila offer letter dah keluar, anda perlu pergi ke pejabat MARA daerah untuk tandatangan surat perjanjian bersama penjamin.

Langkah 8:
Bawa offer letter ke pejabat LHDN, isi borang dan bayar untuk dapatkan cop duti stamp. Beli 12 keping setem hasil RM1 di pos ofis (yang ni saya tak pasti untuk apa). Hantar semula surat tawaran tu bersama invois mesen yang anda akan beli (berdasarkan dari quotation) ke pejabat MARA daerah, dan pejabat MARA negeri akan keluarkan cek. Dalam cek tu, mereka akan tolak siap-siap jumlah insurans takaful.

Langkah 9:
Bila cek dah siap, mereka akan call anda. Sambil anda datang ke pejabat mereka untuk ambil cek, anda perlu dengan bawa sekali cop syarikat dan cek kosong dari syarikat anda bagi 12 bulan supaya duit bayaran balik tu akan ditolak terus dari akaun syarikat anda.

Langkah 10:
Gunakanlah wang dari cek itu dengan berhemah. Cek untuk supplier mesen tu anda boleh bagi pada supplier tu once anda dah dapat mesen yang exactly sama dalam quotation.

Nota kaki:
~  Walaupun dalam RP saya mohon loan sebanyak RM50,000, tapi saya cuma dapat RM40,000 je. Kurang RM10,000 dari modal pusingan.
~ Tempoh saya hantar RP ke pejabat MARA hingga saya dapat cek ialah 6 bulan. Fuh...memang kena sabar betul. Patutla ramai yang lagi suka mohon loan dari bank je. Lebih mudah dan cepat.
~ Kenapa saya tak nak mohon loan bank? Sebab interest MARA lebih rendah dan saya tak nak jadi macam ayah saya..umur dah 60an pun masih terikat dengan hutang bank (-_-) scary beb.

Semoga dapat manfaat buat usahawan2 di luar sana.


Isnin, 8 Jun 2015

Servis Penghantaran & Pengambilan Cucian Baju untuk Peserta Kursus di Bangi

Posted by Siti Subaiyah at 10:39 PTG 0 comments
Salam & hai,


Baru-baru ni, kami telah buat servis penghantaran dan pengambilan cucian baju bagi para peserta kursus di Institut Semarak Felda. Mereka telah mengikuti kursus tentang perladangan selama lebih sebulan di sini. Terima kasih buat adik-adik yang telah menggunakan khidmat servis dari kami.

Buat sesiapa yang sedang mengikuti kursus di kawasan Bangi, Kajang atau Putrajaya dan ingin mencari dobi yang menawarkan khidmat pengambilan dan penghantaran cucian pakaian anda, bolehlah hubungi saya di 013-3604089. Terima kasih.




 

DOBI HARUM Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez