Isnin, 4 April 2016

Dobi Harum tapi Tak Harum?

Posted by Siti Subaiyah at 11:34 PG
"Dobi Harum tapi Tak Harum pun"
Ni la kata2 yang menyedihkan bila saya dengar dari pelanggan masa saya mula2 jadi kuli dobi dulu.

"Kenapa baju tak wangi ya?"
Dalam proses cucian, setiap kali baju dibilas dari sabun, pasti kami akan letak softener sekali. Baju sepatutnya jadi lembut dan wangi. Cuma masalahnya bila dikeringkan dalam dryer, bau softener itu hilang. Tak sama jika baju itu dijemur, bau softener akan melekat pada baju. Tapi di dobi kami tak laratlah nak sidai semua baju. Hee..

Jadi kami ubah proses cucian kami. Kami gunakan sabun serbuk yang memang terkenal dengan kewangian Dan kebersihannya.
Setiap minggu kami akan boring Sabun Daia di Mydin. Kalau ada mana2 supplier yang nak offer pada kami Sabun Daia dengan harga yang lebih murah, kami sangat mengalu2kan. Tapi Sabun daia aje ye, Sabun lain xnak. Kami amat pentingkan kualiti. Setakat ni keharuman Sabun ni masih melekat pada baju walaupun setelah keluar dari dryer.

Selain itu, kami tukar dari penggunaan softener kepada p-lotion mystique. Bila baju customer yang telah dibasuh dikeluarkan dari bungkusan, memang wangi semerbak. Kami hanya gunakan softener pada kain2 tebal dan besar seperti cadar, langsir, alas meja dan sarung kusyen. Pada toto & tilam, kami gunakan softener khas yang pekat supaya baunya Harum semerbak 1 bilik bila dibentangkan.

Alhmdulillah, sekarang ramai customer yang puji dobi dari kami wangi. Regular customer kami sangat ramai. Kepada yang masih meragui keharuman dari cucian kami, bolehlah datang cuba hantar barang2 cucian di Dobi Harum
 ya. ;)



0 comments:

 

DOBI HARUM Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez