Selasa, 10 Disember 2019

Servis Cuci Karpet pick up dan delivery di Kajang, Sungai Long, Bangi, Balakong, Puchong, Sepang, Seri Kembangan, Putrajaya dan Sepang

Posted by Siti Subaiyah at 10:39 PG 2 comments
Buat penduduk kawasan Bandar Baru Bangi, Kajang, Sungai Long, Bangi Lama, Bandar Bukit Mahkota, Bandar Sri Putra, Balakong, Puchong, Seri Kembangan, Putrajaya dan Sepang.

Bayaran untuk pick up & delivery di kawasan-kawasan yang saya sebutkan di atas adalah PERCUMA.

Berminat untuk cuci karpet? call/wassap saya di www.wasap.my/60133604089 atau hantar saja ke dobi kami di Dobi Harum Bangi.


Klik https://dobiharum.blogspot.com/2018/12/dobi-harum-pusat-operasi-cuci-karpet.html untuk dapatkan diskaun pickup and delivery.





Jumaat, 25 Oktober 2019

Kursus Insken Business Coaching - IBC Laundry

Posted by Siti Subaiyah at 1:01 PTG 0 comments
Assalamualikum dan hai,

Utuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, Institut Keushawanan Negara (INSKEN) ada mengadakan kursus tahunan khas untuk pengusaha dobi perkhidmatan.


Kenapa usahawan dobi di seluruh Malaysia ini patut hadirkan diri di kursus ini?

Selain dari yurannya yang sangat berbaloi-baloi, RM400 sahaja untuk coaching selama 4 bulan. Anda akan terdedah kepada ilmu-ilmu keushawanan yang khas untuk industri dobi, berbeza dari kursus-kursus lain yang terlalu umum untuk pelbagai industri dan bidang. Ini membuatkan segala informasi yang kita dapat, mudah untuk diaplikasikan dalam perniagaan kita sendiri. Pelbagai sesi kursus yang ditawarkan, termasuk teknik-teknik pemasaran online dan offline, cara membuat SOP, cara pengiraan kos dan sebagainya. Selain itu, anda akan diajar oleh Puan Noorhayati Basri, cikgu yang sangat berpengalaman dalam industri dobi yang berskala besar. Beliau mempunya sebuah kilang dobi di Nilai. Anda juga berpeluang bersemuka secara 1 to 1 dengan Puan Noorhayati Basri untuk berbincang tentang masalah perniagaan dobi yang sedang anda lalui.

Jika berminat, anda boleh layari page Institut Keushawanan Negara melalui Facebook atau klik pautan ini INSKEN.







Berikut adalah gambar-gambar semasa saya menyertai IBC Laundry Batch 1 tahun 2018. Pengalaman yang paling bermakna ialah saya dapat bernetworking bersama usahawan-usahawan dobi yang lain di seluruh semenanjung. Kami bukan sahaja berkongsi info dan ilmu perniagaan, malah kami juga berkongsi rezeki!

Semoga silatulrahim ini berkekalan hingga ke akhir hayat.
















Khamis, 30 Mei 2019

Cucian Handbag di Dobi Harum

Posted by Siti Subaiyah at 11:27 PG 0 comments
Salam sejahtera,

Bermula Februari 2019, kami dah upgrade cucian kami, bukan terhad mendobi pakaian dan linen sahaja. Tapi kami juga boleh cuci handbag!

Jom lihat beberapa hasil cucian kami.


Handbag yang sudah siap dicuci.



Teknik mengendalikan handbag ini terbahagi kepada tiga method:

1. Cleaning
Proses cleaning adalah proses mencuci dan menanggalkan kotoran. Namun, tak semua kotoran boleh ditanggalkan. Ianya bergantung kepada jenis kotoran itu. Namun 90% kotoran pasti boleh dicuci. Proses cleaning ini adalah menggunakan chemical yang bertepatan dengan jenis material handbag. Ia membantu melindungi lapisan luar handbag supaya tidak rosak.
Harga proses cleaning ini adalah bermula dari RM50 ke atas.

2. Repaint
Repaint adalah proses mengembalikan semula warna handbag kepada warna asal. Sesetengah handbag lama, lapisan polishnya tertanggal dan ia mengakibatkan warna handbag itu tak sekata. Jadi kami akan repaint semula handbag itu supaya ia kelihatan seperti baru.
Harga untuk teknik repaint adalah bermula dari RM300 ke atas.

3. Restoration
Ada sesetengah handbag yang telah berjasa terlalu lama, bahagian tali, bucu atau beberapa bahagian lain akan reput atau rosak. Jadi, teknik restoration akan mengganti bahagian reput ini kepada material baru.
Harga untuk teknik restoration adalah bermula dari RM400 ke atas.

Kami mengendalikan proses-proses cucian ini bersama dengan supplier-supplier chemical yang berpengalaman untuk memastikan handbag anda tidak rosak sewaktu dicuci.

Bergambar bersama Mr Paul dari Seitz. Beliaulah yang mengajar kami teknik cucian handbag.

Jika anda berminat untuk cuci handbag branded anda, hubungi saya, Puan Siti di talian 013-3604089 atau klik di sini untuk whatsapp.

Anda boleh saja datang ke kedai dobi saya. Waze "Dobi Harum".


Sabtu, 23 Mac 2019

Laundry Service - Pick Up and Delivery

Posted by Siti Subaiyah at 4:47 PTG 0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya dari Dobi Harum ada menyediakan servis pengambilan dan penghantaran terus ke pintu rumah anda di sekitar Bangi, Kajang dan Putrajaya.

Syarikat kami memiliki sijil pendaftaran dari Kementerian Kewangan. jadi, kami menerima mana-mana tender kerajaan melalui sistem e-perolehan.

Berikut adalah servis-servis yang kami tawarkan.

1. Normal Wash / Kontrak Cucian Pukal

    Cucian normal kami merangkumi:
    a) Pakaian harian
    b) Comforter / Selimut / Toto
    c) Langsir
    d) Alas meja
    e) Linen hotel, asrama, pusat latihan dan lain-lain





Harga minimum untuk setiap pengambilan adalah RM50. Harga cucian bermula dari RM4/kg.


2. Cucian Karpet

    Kami menyediakan servis penghantaran percuma khas untuk cucian karpet. Harga cucian bermula dari RM1/sqft.




3. Dry / Wet Cleaning dan Special Treatment

    Untuk cucian kot, jubah konvokesyen, baju pengantin dan lain-lain, kami menggunakan teknik aqua wet cleaning yang lebih selamat dan suci, dan kami juga ada menyediakan servis dry cleaning. Minimum untuk setiap pengambilan adalah RM50. Harga cucian dry cleaning berbeza mengikut jenis pakaian.





Kami menerima cucian dry cleaning secara pukal dari mana-mana badan kerajaan, swasta, hotel dan sekolah-sekolah.


Call/whatsapp kami di
www.wasap.my/61033604089 - Siti
www.wasap.my/60174802045 - Ikhwan


BE PART OF US!
Diskaun atau intensif akan disediakan bagi mana-mana individu yang recommend servis kami kepada kawan-kawan lain!



Khamis, 17 Januari 2019

Menaik Taraf Kapasiti Cucian Normal Wash

Posted by Siti Subaiyah at 12:53 PTG 0 comments
Selamat datang Tahun 2019!

Kami berjaya mendapat beberapa tender pada tahun ini. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

Bermakna kami perlu tambah staff dan washer machine.

Hari-hari pandangan dalam dobi saya seperti ini. Sangat semak dan tak teratur. Bila barang untuk dicuci sangat banyak, bos terpaksa tunggu di dobi hingga pukul 1-2 pagi. Kalau ada 1 mesin basuh rosak, lagi banyak barang beratur.

Kali ni kami tambah lagi 1 mesin basuh 14kg. 

Terima kasih kepada ahli keluarga yang membantu pemasangan mesin basuh baru. 

 Pemandangan baru dalam kedai kami. Agak teratur berbanding dulu. Cucian lebih cepat siap.

Aset-aset yang ada sekarang:

Washer
1. Frontload washer Powelinne 14kg (2 unit)
2. Frontload washer Speedqueen 14kg (1 unit)
3. Frontload washer Electrolux 7kg (1 unit)
4. Frontload washer Siemen 6kg (1 unit)

Dryer
1. Powerline dryer 9kg (1 unit)
2. American Corp 9 & 14 kg (3 unit)

Kapasiti cucian:


Produk
Mesin
Unit Mesin
Penggunaan
Mesin Setiap Cucian/ Pusingan
Kapasiti Setiap Cucian/ Perkhidmatan
Kapasiti Cucian Maksima

Sehari
(10 Jam/ 15 pusingan)

Sebulan
(300 jam)
Cucian Biasa
Mesin Basuh

Dryer
5

4
40 Minit

40 Minit
50 Kg

45kg
750 Kg

675 Kg
22,500Kg


Selain itu, kami juga mempunyai 2 unit seterika wap dan 1 unit flatwork iron. Jadi, kami berbesar hati untuk menerima sebarang kontrak cucian dari mana-mana badan kerajaan dan swasta.





 

DOBI HARUM Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez