Ahad, 17 Ogos 2014

Alat Pelipat Baju a.k.a Cloth Folder

Posted by Siti Subaiyah at 5:34 PG
Hai semua,

Siapa yang selalu ada masalah ini di rumah?
Especially to all working mothers, yang setiap kali pulang dari tempat kerja dan ambil anak dari sekolah/taska, tengok rumah bersepah-sepah, fikir lagi apa nak masak untuk makan malam, baju yang telah dibasuh dan disidai pagi tadi perlu diangkat, malam perlu gosok pakaian untuk suami bekerja dan anak-anak sekolah. Tak mustahil ada antara kita yang membiarkan pakaian yang sudah dicuci, berlonggok tak berlipat selama berhari-hari..kan kan. Termasuklah saya ;p 
Jadi saya beli ini 
Pelipat Baju Ajaib wink wink ;)
Saya beli alat ni bukanlah bermakna saya pemalas nak lipat baju, tapi kerana setiap kali pulang dari tempat kerja, badan ini perlu berehat dan perlu mengumpulkan kekuatan untuk menjalankan tanggungjwab keesokan harinya.

Jadi alat ini bukan sahaja mampu menjimatkan masa, tapi encik suami atau anak-anak pun boleh tolong lipatkan baju kita. Kan lebih mudah.

Cara-cara menggunakan alat ini:
Baju T-Shirt
Kemeja / Baju Berkolar
 Baju Lengan Panjang
 Baju XXL
 Seluar Panjang

 Tuala / Kain
Saya dapat alat pelipai baju ini di Blog Sis NanaKimie . Harganya sangat murah dan penghantaran yang cepat.

Dan inilah hasilnya

0 comments:

 

DOBI HARUM Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez