Jika ingin belajar memasak Nasi Arab Albayt ini murah sahaja. Boleh refer pada cara-cara memasak Nasi Mandy Kambing Yaman berikut.
Sumber dari Google
Bahan-bahan yang anda perlukan ialah :
- Beras basmathi (dalam pek nasi arab Albayt)
- Rempah serbuk mandy (dalam pek nasi arab Albayt)
- Rempah tumis mandy (dalam pek nasi arab Albayt)
- 1.5 kilogram kambing
- 5 biji bawang putih
- 2 biji bawang besar
- 3 sudu besar minyak masak
- 2 batang cili hijau
- Sedikit garam
Daging kambing hendaklah direbus
sehingga empuk tanpa garam.
Nasi mandy hendaklah dimasak
mengikut cara-cara di bawah :
- Rendam beras selama 20 minit atau lebih. Toskan selepas rendaman.
- Tumis rempah hidup seperti pelaga, kayu manis, lumi dan cengkih (ada dalam pek nasi mandy) bersama 2 biji bawang besar dan 5 biji bawang putih yang siap dihiris.
- Masukkan serbuk rempah mandy setelah bawang garing, tumis dengan api yang kecil. Kemudian tutup api. Pastikan anda gunakan kesemua rempah tumis yang disediakan dalam set.
- Campurkan tumisan bawang dan rempah tadi bersama beras ke dalam periuk nasi elektrik.
- Masukkan pewarna kuning telur 2 sudu kecil (saya tak letak pun), garam 1 setengah sudu kecil dan cili hijau 2 batang.
- Tambah air rebusan 600 mililiter bersama daging ke dalam periuk.
- Tanak nasi dalam periuk nasi elektrik. Setelah 80% nasi masak, gaulkan perlahan-lahan dan seterusnya tutup kembali supaya nasi masak dengan sepenuhnya.
Cara
buat sos harrah
- Sediakan 2 biji tomato, 2 ulas bawang putih, 1 sudu kecil perahan lemon, daun ketumbar, cili padi dan garam.
- Kisar kesemua bahan tanpa mencampurkan air.
Sumber dari Google
Cara buat salad arab
1. 2 biji tomato dan 1 batang timun dipotong dadu.
2. Hiriskan halus 1 labu bawang besar dan daun ketumbar.
3. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk, tambah sedikit garam dan serbuk lada hitam.
Sumber dari Google
Disalin dari blog Ikhwan Fahmi.
0 comments:
Catat Ulasan