Ahad, 21 September 2014

Bulan Pertama Mengurus Dobi Harum

Posted by Siti Subaiyah at 9:19 PTG 1 comments
Hai semua,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua customer yang telah menggunakan khidmat cucian di dobi kami.

Alhamdulillah, walaupun ini adalah bulan pertama saya mengurus Dobi Harum, tapi pahit maung, perit pedih pemilik lama yang telah 15 tahun menjalankan dobi ini juga saya pernah rasa tempiasnya. Maklumlah, pemilik lama ayah sendiri. Kami akui, masih terdapat banyak kelemahan yang perlu kami perbaiki untuk memberikan servis yang terbaik buat semua.

Bulan pertama, tentulah saya blurr..tak tahu nak uruskan yang mana satu. Mujur akak indonesian di kedai kami sangat cekap menguruskan dobi ini. Saya tahu akak letih buat kerja-kerja seharian di dobi, insyaAllah saya akan cuba jadi majikan yang terbaik untuk akak ~ cewah :p

Apa yang saya dapat perhatikan di dobi ini ialah:

- Bisnes dobi ini telah melepasi fasa pertama, dan sedang melalui fasa kedua.

- Fasa pertama ialah pada awal-awal pembukaan dobi. Pemilik perlu buat kerja-kerja membasuh, menggosok, melipat, dan lain-lain. Pemilik juga perlu membuat promosi semaksima mungkin untuk memperkenalkan dobi yang baru dibuka kepada penduduk sekitar, juga mendapatkan tender di institusi2 berdekatan.

- Di fasa kedua pula, tanggungjawab membasuh, menggosok, melipat dan lain-lain diserahkan kepada pekerja bawahan. Dobi ini juga sudah dikenali oleh punduduk sekitar, dan sudah mempunyai tender. Tugas pemilik perlu menjaga kualiti servis bagi maintainkan wang keluar masuk di samping membuat beberapa penambahbaikan.

- Kedudukan saya sekarang adalah di fasa kedua. Namun berada di fasa kedua juga tidak semudah yang disangka. Jika berlaku sebarang kerugian dari segi kerosakan mesen atau pulangan keuntungan yang rendah, adakalanya pemilik perlu berhutang dan keuntungan di bulan-bulan mendatang ni lah yang perlu bayar semula hutang-hutang tersebut.

- Tender? Perlukan kekuatan dari segi fizikal dan mental.

- Cawangan dobi? Cari pekerja dobi yang jujur, cekap dan amanah bukan mudah kawan-kawan.

Inilah gambar di dalam kedai kami. Terlalu banyak penambahbaikan yang saya nak buat. InsyaAllah saya cuba realisaskan bila kami berpindah ke premis baru nanti.






Bulan pertama saya perlu fokus dalam accounting dulu. Nak tutup akaun setiap hujung bulan. Sebelum ni pemilik lama hanya buat kira-kira setahun sekali sahaja, semasa buat income tax. Jadi, kalu ada untung lebih bulan tu, bolehla kongsi sikit dgn akak-akak indonesian saya. Kalau ada sebarang kecurian sekalipun, saya boleh detect awal.

Saya harap akan datang saya boleh gunakan sistem berkomputer. Bila ada customer hantar baju, terus save dalam komputer dan print. Kan senang. Cuma sekarang belum sesuai lagi, pasal dobi saya belum ada ciri-ciri keselamatan.

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua pelanggan saya. Tanpa anda, siapalah kami di sini.

Khamis, 18 September 2014

Dah Penat Belajar Tinggi-tinggi, Kenapa Berhenti Kerja?

Posted by Siti Subaiyah at 10:23 PTG 11 comments
"Dah penat belajar tinggi-tinggi, kenapa berhenti kerja?"

Itulah soalan yang susah aku nak jawab sekarang.
Hanya jawapan yang dapat memuaskan hati mereka ialah,

"Dah dapat manage dobi dari jauh nanti, saya kerja la semula".

Sebenarnya dalam hati, aku tak mahu lagi merasa saat kelam kabut pergi kerja pagi-pagi, penat pulang kerja petang-petang. Hanya menanti hari-hari cuti untuk merehatkan badan. Maklumlah, walaupun jadi jurutera atau manager sekalipun, kita tetap dianggap pekerja (K.U.L.I), bukan boss.

Apa kata Robert T. Kiyosaki,
"Situasi biasa dalam sistem IPT adalah kita keluar bekerja mengikut bidang yang kita belajar. Jika kita belajar bidang masakan, kita mohon kerja sebagai chef, Jika kita belajar bidang undang-undang, kita berusaha memastikan kita menjadi peguam. Satu kesilapan yang berlaku dalam konteks bekerja mengikut bidang pengajian adalah kita terlupa menjaga bisnes kita sendiri. Kita sibuk menghabiskan masa seumur hidup menjalankan bisnes orang lain dan menjadikan mereka kaya".

Semakin tinggi gaji kita, semakin berat tanggungjawab, semakin rumit dan letih untuk diuruskan. Ini cuma melalui pengalaman aku bekerja di kilang sahaja, mungkin orang lain masih seronok dengan pekerjaan masing-masing. Terpulang pada pendirian kita.

Apa pun, pengalaman bekerja di kilang tu lah yang buat aku belajar banyak benda.

Kata Robert T. Kiyosaki,
"Sekiranya kamu tidak mahu bekerja bagi mempelajari sesuatu yang baru, dan berkeras hendak menjadi pakar dalam bidang pekerjaan yang kamu ceburi, pastikan syarikat tempat kerja itu mempunyai persatuan pekerja. Persatuan pekerja dicipta bagi melindungi pakar. Mengapa? Sebab apabila seluruh hidup seseorang sudah dihabiskan dengan mempelajari kemahiran yang hanya diguna pakai oleh satu industri, jika dia dipecat atau tidak layak barada dalam industri tersebut, kemahiran dia tidak bermanfaat kepada industri lain".


Inilah peluangku, untuk menyambung bisnes yang sedia ada (walaupun bisnes kecil). Aku ingin keluar dari comfort zone. Aku rasa sedih bila bangsa lain dah ramai berjaya di negara aku sedangkan bangsa aku sendiri, hanya selesa duduk makan gaji. Melayu yang ada sijil jadi kuli sedangkan c*** yang lepasan SPM pun boleh jadi tokey.

Mungkin masing-masing punya pendapat tersendiri dan aku akui bukan senang untuk memulakan bisnes dan sustain dengan bisnes itu. Tak salah kalau kita memilih untuk makan gaji, tapi di samping itu, carilah sesuatu aset yang bakal membuatkan anak, cucu, cicit anda senang di kemudian hari, sekaligus kita membela keluarga dan bangsa kita.

Sedih bila dengar ada melayu yang dikatakan kaya dengan menjual tanah & rumah mereka. Kaya tu hanya sekejap je kawan-kawan. Tak salah jual, tapi coverlah semula dengan aset lain. Sekarang bukan senang anak-anak kita nak cari rumah mampu milik.

Inilah perjalanan kewangan aku dari sepuluh tahun lalu:

Status
Impian Saya
Cara Saya Menguruskan Wang
Pelajar Kejuruteraan Biokimia Bioteknologi
Ingin menjadi jurutera berjaya.
Bargantung sepenuhnya kepada PTPTN dan duit PaMa, tidak terfikir utk cari duit sendiri.
Beli Produa Kancil, RM282 sebulan, no downpayment.

Tahun pertama bekerja sebagai Jurutera
Hasrat untuk tamatkan zaman bujang.
Ingin perkahwinan yang nampak mewah, tapi dengan kos yang berpatutan.
Simpan RM 1,000 sebulan dalam ASB untuk belanja kahwin.
Belanja kahwin RM 7,000. Catering PaMa sponsor (kos untuk kenduri sebelah perempuan).

Masuk tahun kedua bekerja ~ Kahwin
Mencari tempat tinggal bersama, tiba-tiba terjumpa apartment yang sedang naik di Shah Alam RM 178,000. Apartment ini bakal naik harganya dari hari ke hari.

Alhamdulillah, ibu dahulukan duitnya RM 2,000 untuk bayar deposit dan booking rumah.
RM 16,000 digunakan untuk downpayment rumah, RM 4,000 untuk bayar yuran guaman (kongsi dengan suami)

Tahun kedua bekerja ~ Mengandung & dapat anak
Impian dalam kerjaya semakin hilang, mula fikir untuk berhenti kerja dan meluangkan masa dengan anak.

 RM 3,000 untuk kenduri akikah. 

Tahun ketiga bekerja ~ Persediaan pindah dari rumah sewa ke rumah sendiri

Inginkan rumah ibarat hotel 5 bintang.

Habis RM 14,000 untuk pindah rumah.
Tahun keempat bekerja
Terasa tidak berbaloi menunggu gaji setiap hujung bulan untuk dapatkan apa yang diingini. Ibarat penantian yang tak sudah-sudah. Mula berfikir untuk keluar dari ‘Rat Race’ dan sambung bisnes family.

Pinjaman PUNB tidak lulus. Peruntukan sendiri hanya ada RM 7,000. Harap mencukupi untuk naik taraf kedai.


Tujuan aku share cerita kewangan aku bukanlah bermaksud apa-apa, cuma ada pelajaran yang aku dapat di sini:
1.  Purata duit simpanan aku sebulan RM 800. Hutang kereta tak banyak kerana hanya berkereta kancil.
2.  Duit simpanan banyak dihabiskan untuk urusan rumah.
3.  Alhamdulillah, ibu bapa banyak membantu dari segi kewangan.
4.  Aku dan suami mempunyai pendapat yang sama, beli rumah dahulu baru beli kereta besar.
5.  Agak lambat bagi aku belajar tentang ilmu pengurusan kewangan (setelah tahun ketiga bekerja), jadi sekarang aku perlu berusaha keras untuk memastikan nilai duit masuk aset lebih besar dari nilai duit keluar liabiliti.
6.  Setelah tahu tentang selok belok ilmu kewangan, terasa sangat rugi kerana aku tak pandai cari duit ketika belajar, hanya tunggu graduate dan kerja makan gaji untuk raih duit sendiri.

Target kewangan aku selepas berhenti kerja;
Oleh kerana loan aku untuk mendapatkan dobi tidak diluluskan, jadi aku perlu berusaha untuk bina bisnes sendiri terlebih dahulu sebelum dapat 'membeli' bisnes sedia ada dari family.

Semoga tulisan saya ini bermakna buat semua, terutama buat adik-adik yang baru mulakan kehidupan sendiri.

Jumaat, 12 September 2014

Dobi Harum Bakal Pindah ke Lot Baru

Posted by Siti Subaiyah at 1:16 PG 8 comments
Salam semua,

Inilah gambar Dobi Harum sekarang,


Dan inilah gambar lot baru yang Dobi Harum akan dipindahkan,

 Mac 2014

May 2014

Ogos 2014

Lot baru letaknya hanya selang satu lot dari premis sekarang. Bangunan kedai ni sedang dinaik taraf oleh owner bangunan. Daripada kedai 1 tingkat menjadi kedai 3 tingkat. Tingkat atas akan jadi asrama pekerja restoran.



Tak lama lagi, Dobi Harum akan berjawah baru :)


Selasa, 9 September 2014

Mohon Pinjaman PUNB

Posted by Siti Subaiyah at 7:32 PG 330 comments
Hai semua,

Saya nak ceritakan pengalaman saya mohon pinjaman PUNB. Nampak macam mudah, tapi susah rupanya. Kepada anda yang berada di area lembah Klang dan ingin mohon pinjaman PUNB, boleh hadir Taklimat Pembiayaan Perniagaan PUNB di

Ibu Pejabat PUNB
Tingkat 9, Blok 1B Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral 50470 Kuala Lumpur.
Setiap hari Isnin, bermula pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tgh hari.


Masa taklimat, peserta akan diterangkan tentang latar belakang pembiayaan, objektif, keistimewaan program, syarat kelayakan, proses permohonan, bidang perniagaan dan cara memohon bagi enam skim yang berbeza iaitu:-

1. Prosper Runcit
2. Prosper Teras
3. Prosper Pemborong
4. Prosper Usahawan Muda
5. Program Siswazah Perantis
6. Skim PKS

Lepas taklimat, kira-kira pukul 11.00 pagi, setiap peserta yang berminat perlu mangambil Ujian Kesesuaian Keusahawanan dengan yuran sebanyak RM20. Ujian tersebut adalah soalan objektif dan mengambil masa kira-kira 45minit untuk siap. Ia adalah untuk menilai keperibadian dan personaliti peserta samada ada jiwa usahawan atau tidak.

Selesai ujian, peserta akan diberi kertas format apa yang perlu ada dalam Rancangan Perniagaan PUNB beserta brosur beberapa aktiviti anjuran PUNB. Oleh kerana saya masih bekerja makan gaji pada waktu itu, saya tak join aktiviti-aktiviti tu tapi hanya fokus untuk menyediakan Rancangan Perniagaan bagi ‘membeli’ Dobi Harum dari pemilik lama sahaja.

Kira-kira sebulan kemudian, saya dapat surat tawaran untuk menghadiri Bengkel Penyediaan Kertas Kerja PUNB dengan yuran sebanyak RM 50. Saya tak pergi pun, pasal saya dah kehabisan annual leave, nak U/L sayang pula sebab masa tu saya tengah saving duit sebanyak mungkin untuk buat bisnes sendiri. Cara nak buat RP saya belajar melalui online saja. Saya dapat siapkan proposal dalam tempoh dua bulan. Saya mohon RM 50,000 sahaja melalui skim Prosper Runcit.

Genap dua minggu lepas RP saya dihantar, seorang wakil PUNB telefon saya untuk hadir temuduga. Dalam temuduga mereka bertanya tentang aliran keluar masuk wang dan potensi keuntungan syarikat. Memang saya akui keuntungan syarikat agak menurun sebab pemilik lama dah tak larat ambil banyak tender, tak macam dulu. Seriously kalau dobi kami untung banyak, saya takkan mohon pinjaman ni. Cuma saya perlukan sedikit modal untuk menaik taraf dobi dan menambah mesen untuk cari semula tender.

Mereka cakap jika permohonan saya diterima, mereka akan telefon saya semula dalam tempoh dua minggu. Jika tidak, mereka akan maklumkan melalui surat. Akhirnya permohonan saya tidak diterima kerana alasan mereka saya tidak ada pengalaman. Aduhh..rasanya waktu interview saya dah beritahu yang pemilik lama akan guide saya hingga saya betul-betul dapat uruskan dobi..ishk ishk.. adakah kerana pinjaman untuk dobi memang dah dibekukan oleh pihak PUNB? Penat saya buat RP.

Tapi tak mengapa, target sebenar saya bukan nak tambah hutang pun. Saya nak mulakan dengan apa yang ada dulu. Saya yakin pemilik lama boleh bertoleransi dengan saya untuk mendapatkan pengalaman mengurus dobi (yang dah 15 tahun berjalan tu). Masa untuk bertukar kepada plan B ;)




Rabu, 3 September 2014

Visi dan Misi

Posted by Siti Subaiyah at 6:22 PTG 0 comments
Tentang Kami…
DOBI HARUM telah ditubuhkan pada 1 Ogos 2000, di bawah naungan syarikat Ikatan Mampat Enterprise. Dobi harum menawarkan perkhidmatan mencuci pakaian, alas meja, tuala, langsir, karpet, cadar, comforter, menggosok pakaian, cucian kering, dan lain-lain. Ikatan Mampat Ent. pernah memiliki dua cawangan dobi di Rembau, Negeri Sembilan (2001-2004) dan Jalan Cheras Kajang (2004-2007). Pada 18 November 2013, Dobi Harum kemudiannya didaftarkan atas nama pemilik baru – Siti Subaiyah Shahudin. 


Visi Kami…

Menjadi pusat cucian terpilih di Selangor.

Misi Kami…

  • Kami menyediakan perkhidmatan dobi dan servis cucian.
  • Teras model kami adalah mampu mencuci pelbagai jenis fabrik.
  • Kami menyediakan servis-servis tambahan seperti ambil dan hantar kepada pelanggan khususnya kepada penduduk setempat, badan-badan kerajaan dan swasta. 
  • Membantu menyelesaikan masalah harian setiap keluarga yang mempunyai kekangan masa dan tenaga di rumah.



Isnin, 1 September 2014

Agen Nasi Arab Albayt Diperlukan

Posted by Siti Subaiyah at 10:51 PG 1 comments
Hai semua,

Saya memerlukan beberapa orang kawan untuk sama-sama menjadi agen seperti saya.

Harga 10 kotak : RM 125 (RM 12.50 sekotak)
Harga 20 kotak : RM 250 (RM 12.50 sekotak)
Harga 50 kotak : RM 550 (RM 11.00 sekotak)

Harga pasaran biasa : RM 15.00 sekotak


Alhamdulillah, sambil menjual, saya dapat belanja kawan-kawan makan. Tak payah susah-susah cari restoran nasi arab. Jimat pun jimat :)


 

DOBI HARUM Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez