Sabtu, 31 Januari 2015

Laundry Talk anjuran Pengusaha Dobi Malaysia

Posted by Siti Subaiyah at 1:34 PG
Pada 17 Januari 2015 lalu, seramai lebih kurang 60 pengusaha dobi seluruh Malaysia telah menghadiri Laundry Talk di De Palma Hotel Seksyen 19, Shah Alam. Dengar kata, sejak bertahun2 mereka merancang, hari ni baru mereka dapat kumpulkan pengusaha2 dobi dalam bilangan yang agak ramai. Tahniah buat En. Wan Saiful Hafez yang wujudkan group Persatuan Dobi Semalaysia di facebook dan group PDM dalam aplikasi whatsapp.


Seronok dapat berkenalan dan berkongsi pengalaman sesama pengusaha dobi. Saya pernah dengar cerita dari pengusaha dobi yang telah berbelas tahun berniaga, setiap kali dia rebut tender di mana2 institusi, ada pengusaha dobi yang letak sebut harga serendah-rendahnya. Diorang ni nak buat kerja amal ke? Secara tak langsung mereka ni membunuh bisnes sendiri dan bisnes orang lain pulak. Jadi inilah salah satu sebab kenapa pengusaha dobi perlu 'bersatu'.


Pada sesi pertama, En. Wan Saiful Hafez, dari Profez Bio Marketing selaku penganjur telah memberi welcoming speech kepada kami semua. Kemudian kami diberi taklimat tentang Bagaimana Menentukan Kos Operasi oleh En. Ahamad Zahar, pengasas rangkaian Hello Laundry dan Hello Dobi. Apa yang saya dapat rumuskan di sini ialah, sebelum kita dapat letak harga cucian kepada pelanggan, kita perlu tahu kos terlebih dahulu.

Harga = Kos + x

'x' ialah keuntungan bersih yang peniaga akan dapat. Penting bagi kita untuk pastikan nilai kos lebih rendah dari harga. Macam mana nak kira kos? Boleh tanya En. Ahmad Zahar :)

Sesi kedua ialah tentang tips untuk mendapatkan tender dari Puan Sally dari AD Laundry. Jika kita ingin mendapatkan tender atau kontrak dari mana-mana hotel, hospital atau pusat latihan kerajaan, perlulah :

1. Daftarkan syarikat dalam Kementerian Kewangan Malaysia terlebih dahulu dan permohonan taraf bumiputera. 
2. Modal yang mencukupi. Sediakan mesen2 & pekerja yang boleh menampung cucian kontrak tersebut.
3. Keluar cari kontrak, bukan hanya menunggu pelanggan datang ke kedai.
4. Servis delivery perlu tiptop.

Buat semua pengusaha dobi, anda dinasihatkan supaya janganlah ambil kontrak yang melalui orang tengah, di mana mereka sub kepada anda. Ibarat orang tengah makan daging, kita dapat tulang je..hehe.

Selesai makan tengah hari dan solat zuhur, sesi seterusnya ialah taklimat mengenai Machine Maintenance dari En. Amir. En. Amir telah berkongsi tentang masalah umum yang selalu berlaku di mana-mana kedai dobi. Samada dari dryer, mesen basuh mahupun seterika. Pemeriksaan mesen secara berkala perlu kita lakukan supaya mesen-mesen dobi kita lebih tahan lama.

Kemudian sesi tentang POS system, iaitu sesi tentang sistem rekod berkomputer dari En. Shafii. Bagi saya sistem ini sangat penting untuk memastikan barangan pelanggan sentiasa dalam rekod mengikut tarikh penghantaran dan tiada kecurian wang berlaku. Jadi lebih senang untuk kita urus dobi dari jarak jauh. Sesi terakhir ialah Q&A session. Segala persoalan tentang dobi telah dibincangkan bersama-sama.

Oleh kerana Persatuan Dobi Semalaysia ini masih belum berdaftar, kami telah melantik beberapa AJK sementara untuk menjalankan tugas yang akan diamanahkan:

PENGERUSI: En Jamil
TIMBALAN PENGERUSI: En Fazly
SETIAUSAHA: En Azwan
TIMBALAN SETIAUSAHA: Cik Nana
BENDAHARI: En Maliki
TIMBALAN BENDAHARI: En Zainol


Mudah-mudahan pengusaha dobi di Malaysia ini bersatu dan sama-sama maju di dalam perniagaan. Semoga banyak kelebihan akan kami perolehi dalam persatuan ini.



1 comments:

RaHiMi on 18 Jun 2020 pada 11:33 PTG berkata...

Salam, saya nak tanya macam mana cara nak kira kos cucian dobi untuk kontrak @ tender??boleh kongsi bersama saya??tq
mscm.rahimi@gmail.com

 

DOBI HARUM Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez