Hai semua,
Pernah tak pakaian anda menjadi kusut atau kusam selepas
dicuci? Jika ya, mungkin penyebabnya bukan sabun yang anda gunakan, tapi cara
mencuci yang salah. Kadang-kadang kita tak sedar dan mengabaikan label simbol
yang tertera pada pakaian. Pakaian yang dicuci mengikut cara yang dipaparkan
pada label akan membuatkan ia tahan lama.
Simbol-simbol yang ada adalah seperti berikut:
Simbol cara mencuci pakaian
“Machine Wash”
Simbol cara mencuci mesen lambangnya adalah bekas berisi
air. Dalam simbol tersebut tertera simbol titik (dot), yang menandakan suhu air
basuhan. Semakin banyak dot, semakin tinggi suhu yang diperlukan. Jika ada simbol
tangan bermakna anda perlu mencuci dengan tangan. Tanda pangkah pada simbol
bermakna anda tidak boleh membasuhnya.
Simbol menggunakan
peluntur pakaian “Bleach”
Simbol bagi bleaching atau memutihkan pakaian adalah
segitiga. Jika ada lambang segitiga pada label pakaian anda, maka anda boleh
menggunakan peluntur. Jika ada tanda pangkah pada segitiga bermakna anda tak
boleh menggunakan peluntur.
Simbol mengeringkan pakaian
“Dry”
Simbol untuk teknik pengeringan pakaian ialah gambar kotak.
Bulatan di dalam kotak melambangkan penggunaan mesen pengering (dryer). Titik (dot)
yang berada dalam bulatan menunjukkan suhu pengeringan maksimum. Semakin banyak
titik dot, semakin tinggi suhunya. Tanda pangkah pada simbol bererti pakaian
tersebut tidak boleh dikeringkan menggunakan mesen pengering. Ada juga simbol
yang menunjukkan gambar pakaian tersebut tidak boleh diperah.
Simbol menyeterika
pakaian “Iron”
Simbol bagi cara menyeterika pakaian ialah lambang seterika.
Semakin banyak titik dot, semakin tinggi suhu diperlukan. Tanda pangkah pada
seterika menunjukkan pakaian tersebut tidak boleh diseterika.
Simbol cucian kering
“Dry Cleaning”
Dry cleaning ialah proses cucian menghilangkan kotoran dan
bau pada pakaian tanpa menggunakan air. Simbol bulatan pada label pakaian anda
menunjukkan pakaian tersebut boleh dicuci secara dry cleaning. Namun, bila ada
tanda pangkah pada simbol, anda tidak boleh mencuci pakaian anda menggunakan
teknik tersebut.
1 comments:
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com
Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com
Catat Ulasan