Isnin, 30 Mac 2015

Bagaimana Nak Buka Bisnes Dobi?

Posted by Siti Subaiyah at 11:06 PTG 0 comments
Sebelum anda buka apa2 bisnes, ilmu perlu ada. Jangan bila dah banyak modal hangus baru nak menyesal hanya kerana kekurangan ilmu dalam bidang tersebut.

Sumber2 ilmu yang anda boleh dapat untuk buka kedai dobi ialah:

1. Kursus dari supplier mesen atau franchaisor dobi.
    Mereka ni memang akan galakkan korang buka dobi untuk melebarkan sayap bisnes mereka. Elok juga kalau nak pergi untuk tau cara pengurusan dari sudut teknikal.

2. Pengalaman dari mana2 pemilik dobi.
    Ilmu ni memang sangat penting korang cari sebab korang akan tau TRUE STORY tentang pahit maung dari pengalaman mereka mengusahakan dobi.

3. Kursus dari pemilik dobi.
   Ada juga beberapa pengusaha dobi yang buat kursus pengurusan dobi. Lebih berjaya syarikat dobi yang mereka uruskan, lebih berbaloi untuk anda join kursus.

4. Melalui online.
    Zaman sekarang ni senang je nak cari apa2 info..just google je. Korang boleh dapat informal knowledge dari blog2, website2 tentang dobi.

5. Buku2.
    Saya masih belum jumpa buku2 panduan tentang memulakan kerjaya dobi di kedai buku..pasal saya pun tak pernah cari..hee. Tapi ada satu e-book yang sangat bermanfaat untuk 'orang baru' yang nak buka bisnes dobi. Yang dah lama buka dobi pun elok baca untuk tambah ilmu.

Inilah dia e-book Dobi Bisnes Know How


Karya Md Hezir b. Sulaiman, pengasas EZ Smart Laundry. Dalam e-book ni beliau berkongsi tentang target pasaran, proses2 dobi, strategi marketing, feasibility study, pengurusan dobi, costing dan juga contoh rancangan perniagaan untuk memohon pembiayaan dari sebuah skim.

Harga hanya RM80 je. Nak beli boleh la klik di bawah



Ahad, 29 Mac 2015

GST Ohhh GST...

Posted by Siti Subaiyah at 9:27 PTG 0 comments
Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Sejak kebelakangan ni ramai customer yang tanya kami samada harga cucian naik atau tidak. Jadi inilah jawapan kami.


Tak dapat dinafikan kami juga terasa dengan kewujudan cukai GST. Cuma kami harap agar pelanggan2 kami sentiasa support kami supaya dapat beri perkhidmatan yang terbaik dengan harga yang berpatutan.

Terima kasih :)



Sabtu, 14 Mac 2015

Kenapa tak nak buka dobi layan diri?

Posted by Siti Subaiyah at 12:56 PG 5 comments

Soalan ini selalu ditanya oleh kawan2 saya. Bagaikan trend, dobi2 layan diri muncul macam cendawan tumbuh di Malaysia. Yalah, buat duit sambil goyang kaki. Dobi layan diri dan dobi jenis perkhidmatan ada pro’s & cont’s nya. Bagi saya, dobi perkhidmatan ni sesuai la untuk orang2 yang kurang modal seperti saya, dan macam2 servis boleh ditawarkan kepada pelanggan berbanding servis cuci baju sahaja.

Ya, dengan buka dobi layan diri, anda boleh jalankan bisnes sambil makan gaji, xusah pening pasal pekerja dll, tapi adakah dobi layan diri itu betul2 menguntungkan? Boleh menampung bil air, bil elektrik & kos sewa kedai? Jadi, sebelum kita ingin berniaga dobi, kita perlu study kawasan kedai yang akan kita buka. Kawasan bandar? Kampung? Perumahan? Penempatan pelajar? Penempatan pekerja? Kawasan perindustrian? dll.

Kat sini saya kategorikan servis dobi yang sesuai mengikut kawasan.

1. Kawasan rumah kedai

Kawasan ni kebanyakannya berada di bandar2 yang penuh dengan manusia2 yang sibuk bekerja. Jarang ada masa di rumah. Adakala mereka tak sempat memasak, mengemas rumah hatta membasuh baju. Ada banyak target customer di sini, bergantung kepada pilihan anda.

a)  Dobi layan diri : Sesuai untuk rumah kedai yang anda dapati banyak penempatan pekerja yang menyewa di tingkat atas. Mereka mungkin tiada mesen basuh dan nak basuh baju dengan harga yang murah.
b) Dobi perkhidmatan : Jika tingkat atas kedai lebih banyak ofis berbanding penempatan pekerja, lebih baik buka dobi perkhidmatan, sebab orang2 yang lalu di kawasan tu hanya untuk pergi balik kerja je, takde masa nak tunggu 1jam kat dobi utk cuci baju sendiri.

2. Kawasan asrama/ hostel/ bilik sewa pekerja.

a) Dobi layan diri : Memang sesuai sangat kalau korang nak buka dobi layan diri. Kalau dapat tumpang letak mesen basuh dalam hostel, lagi bagus. Tak payah bayar sewa kedai.
b) Dobi perkhidmatan : Boleh juga buka dobi perkhidmatan, anda tak perlukan washer dan dryer yang terlalu besar. Bawah 10kg pun dah memadai sebab diorang hantar baju sikit2. Ada demand untuk servis menggosok baju. Tapi kalau kawasan penempatan pelajar, diorang tak berapa nak ada duit lagi. Dobi jenis ni tak berapa nak masyuk lah, kecuali kalau korang boleh ambil tender dari institusi/ kilang terdekat contohnya servis cuci baju pelajar, uniform pekarja, cuci cadar hostel atau dry clean jubah konvo ka.. mesen2 pun kena berkapasiti besar la ye.

3. Kawasan perumahan

a) Dobi perkhidmatan : Kawasan ni banyak dipenuhi oleh orang2 yang dah berkeluarga. Selalunya mereka akan hantar toto, comferter, cadar patchwork, karpet, baju untuk digosok, baju untuk dry clean, baju untuk dicuci pun ada juga, baju keluarga yang selalunya dalam kuantiti yang banyak. Dobi perkhidmatan memang sesuailah.
b) Dobi layan diri : Ada juga permintaan, tapi mungkin tak semasyuk di kawasan penempatan pekerja. Kalau orang berkeluarga hantar baju kat dobi layan diri, bukan aje makan masa untuk tunggu waktu basuh baju siap, makan masa juga nak melipat baju2 tu sendiri. Kalau bukan sebab mesen basuh rosak, xde letrik or xde air, baik cuci baju kat umah je. Cuci toto pun, belum tentu kering sepenuhnya kalau masuk dalam dryer. Kalau basuh cadar patchwork ok la.

4. Kawasan pelancongan

a) Dobi perkhidmatan : Pelancong2 takkan habiskan masa diorang menunggu di dobi layan diri. So buat dobi perkhidmatan memang ok lah. Lagi satu, bonus bagi korang untuk ambil tender dari hotel2 berdekatan. Masyuk kan?
b) Dobi layan diri : Mungkin relevan juga untuk pekerja2 yang cari makan kat kawasan ni.

5. Kawasan kampung

Orang2 kampung ni banyak masa diorang mencuci di rumah. Kalau dulu basuh baju tepi sungai sambil nyanyi berjam2 pun bole lg.
a) Dobi perkhidmatan : Masih lagi ada demand cuci toto ka, karpet ka, dry clean ka. Tapi harga perlulah wajar, jangan mahal sangat.
b) Dobi layan diri : Ada berani ka nak buka??

Anda juga kena pandai mengira saiz kumpulan sasaran. Contohnya seperti ini;

Sebelum buka kedai, tanyalah pesaing terdekat, apa masalah mereka buka kedai dobi. Sejujurnya, mereka memang takkan sukalah kita buka dobi dekat ngan diorang, tapi sekurang2nya kita dapat timba pengalaman dari mereka dan lebih bersedia jika ada masalah2 berlaku.


Buka kedai dengan modal sedia ada, secara kecil2an dulu. Di zaman harga hartanah mancanak2 ni, harga sewa kedai pun adakala mengarut. Maybe anda boleh guna separuh kedai dulu. Dapat buat sebahagian servis dobi dari rumah lagi bagus, contohnya cuci karpet  sebab rate bil air dan elektrik lebih murah berbanding di kedai. Tapi jika anda target nak dapatkan tender/ kontrak, anda perlukan banyak mesen2 dan kawasan yang agak besar. Tepuk dada tanya kemampuan.

**Kalau anda dapat pelbagaikan perkhidmatan (dobi perkhidmatan + layan diri) itu lagilah bagus!! :)


Rabu, 11 Mac 2015

Kos Pindah Kedai

Posted by Siti Subaiyah at 10:28 PTG 0 comments
Alhamdulillah, kedai kami telah mula beroperasi di bangunan baru sejak 22/2/2015 lalu. Kos pindah kedai melebihi bajet simpananku. Fuh..”sigh” ~_~

Luas kedai yang hanya 19 x 60 agak memeningkan macammana nak buat susun atur kedai. Plan layout memang dah jauh lari. Peningnya terasa macam nak buat kedai baru.

Kat sini saya kongsikan serba sikit kos kami berpindah

1. Bilik ofis dan bilik pekerja.
Masa bangunan baru ni masih dalam pembinaan, kami pesan dengan kontraktor awal2 untuk buat 2 bilik dalam kedai. Satu bilik untuk pekerja. Lebih senang kita nak dapatkan pekerja bila kita sediakan kemudahan tempat tinggal untuk mereka. Satu lagi bilik ofis, senang kalau family nak datang n rehat dalam kedai.
Kos: RM4,500 (termasuk tambahan wiring dan soket plug)


2. Bunding
Dalam dobi, limpahan air memang kerap berlaku. Nak elakkan satu kedai banjir, kami kenalah buat bunding untuk asingkan kawasan membasuh dengan kawasan lain.
Kos: RM350


3. Tangki air baru
Dobi saya memang memerlukan tangki yang besar untuk simpanan air sebagai back up kalau tiba2 air sikit atau xde air langsung. Tangki lama xde penutup, nak jimatkan space dalam kedai, kami beli tangki lain yang ada penutup, letak di luar.
Kos: RM570

4. Partition
Kebanyakan dobi, mereka letak pintu kaca di depan kedai. Saya tak mampulah. Jadi kami buat partition macam dinding dalam pejabat je di bahagian depan kedai. Cukuplah untuk menutup cela dalam kedai dari orang luar. Lagipun ruang simpanan kami sangat terhad, kena jimatkan ruang.
Kos: RM1,950 (termasuk tingkap kaca)


5. Piping
Piping adalah perkara penting dalam mana2 kedai dobi. Kami kena buat aliran paip khas untuk masuk tangki, masuk ke setiap kawasan mencuci, paip aliran keluar ke longkang, juga lubang keluar habuk dan hawa panas dari dryer.
Kos: +RM1,000

6. Rak simpanan
Rak simpanan kami banyak guna yang sedia ada je. Cuma ada tambahan rak simpanan toto. Kami buat DIY punya rak je, jenis yang melekat kat dinding untuk jimatkan ruang. Guna plywood dan bracket beli sendiri.
Kos: +RM500 (plywood, bracket, cat kayu)


7. Besi menggantung baju & toto
Yang ni kami tempah dari kedai besi. Penting untuk kami menjemur toto di luar.
Kos: RM600


8. Meja kaunter baru?
Takdelah, kami Cuma guna meja kaunter lama je. Elok lagi tu. Cuma cat sikit untuk beri warna baru di kedai baru saya.
Kas cat minyak & cat kayu: RM65

9. Signboard baru
Nak guna signboard lama, x sesuai pasal dah lama sangat signboard tu..dari 16 taun dulu. No tel yang tertera kat signboard lama pun dah tak guna. Terpaksalah oder signboard baru dengan tema warna dobiku yang baru.
Kos: RM1,100

10. Workmanship
Yang ni pun kena kira jugak. Ingat diorang nak buat kerja2 pindah kedai ni free ke.
Kos: RM600


Inilah rupa kedai baru kami. Kedai yang serba sederhana je. Tema warna pink dan biru. Biru tu melambangkan warna detergent dan pink melambangkan warna softener. Saya lebihkan warna pink sebab bangunan ni dah bercat biru. Total kos dalam RM11k++. Inilah kos ubahsuai yang paling minima kami cuba buat. Ada kedai dobi yang cantik2 yang buat kos renovation sampai 30, 40k. Tapi kami belum sampai la tahap macam tu sekali. Saja kami buat kedai ni secara sederhana supaya kami tak terpaksa cas servis dobi yang mahal kepada pelanggan kami. Harga kami masih relevan lah kan. 

Cuma saya pening sikit pasal sewa kedai dah naik. Adoi.

Ada lagi beberapa wish list yang saya nak buat, tapi masih belum mampu untuk buat.
a) POS system (sistem jual beli berkomputer) RM3,000
b) CCTV RM2,000
c) Tambahan mesen, rail untuk gantung karpet, pagar besi…bla bla bla (kalau ada cadangan bolehlah komen sikit ye)

Jutaan terima kasih buat ibu bapaku, pekerja2ku, ahli keluarga, jiran2, sanak saudara yang telah membantu dalam proses pindah kedai. Jasa kalian amatlah saya hargai ;)  Semoga perkongsian saya ni bermanfaat untuk peniaga2 dobi lain seperti saya.


 

DOBI HARUM Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez