Isnin, 18 Ogos 2014

Bisness Sendiri atau Kerja Makan Gaji

Posted by Siti Subaiyah at 2:59 PTG
Hai semua,

Saya kini telah 4 tahun bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah kilang, dan akan menjadi pengurus Dobi Harum sepenuh masa pada bulan hadapan.

Kerja sebagai jurutera tidaklah se gah yang disangka, dan mempunyai bisness sendiri juga tidaklah semudah yang disangka. Cuma saya ingin bertukar angin adalah kerana saya berpeluang menyambung bisness yang sedia ada.

Sepanjang bekerja di syarikat swasta, pelbagai pengalaman yang telah saya tempuh. Alhamdulillah, syarikat swasta telah membuka mata saya tentang realiti sebenar status kebanyakan orang Melayu kita sekarang. Walaupun orang-orang melayu boleh mendapat pelbagai keistimewaan di negara kita Malaysia, tapi tidak di kebanyakan syarikat swasta. Itulah yang membangkitkan harapan saya untuk mencipta legasi sendiri. Mungkin kedai ini hanyalah kedai kecil, tidak menjamin keuntungan ratusan ribu. Tapi saya berharap agar kita tidak membiarkan bangsa-bangsa lain atau penduduk yang bukan warganegara kita yang merebut peluang di tanah bumi ini yang sekaligus meng'control' ekonomi negara. Cuma satu harapan saya, agar kita sesama Islam tidak bermusuh-musuhan, saling dengki mendengki, tidak ketawa bila melihat orang lain jatuh kerana sedarlah wahai saudara seIslamku, agama dan bangsa kita sekarang semakin jatuh dengan penyakit-panyakit itu.

Jika kita selesa dengan kerja makan gaji. Belanjakanlah sedikit dari gaji itu ke arah yg membela anak bangsa kita. Tak perlulah kita mengkayakan bank lagi dengan membeli liabiliti yang mewah. Belilah apa-apa sekadar keperluan. Saya dah banyak kali dengar akak-akak yang dah berumur berkata di tempat kerja saya "kalau bukan kerana nak bayar hutang, dah lama akak berhenti kerja". So, kepada yang masih muda, ambillah pengajaran ye ;)

0 comments:

 

DOBI HARUM Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez