Sumber dari Google
Jumaat, 24 Oktober 2014
Happy Deepavali & Salam Maal Hijrah
Kami mengucapkan Happy Deepavali kepada semua warga Hindu dan Salam Maal Hijrah 1436H/ 2014M kepada semua umat Islam. Semoga tahun-tahun mendatang membawa kecemerlangan buat kita semua.
Khamis, 16 Oktober 2014
Petua Mencuci Kotoran Degil pada Baju
Hai semua,
Hari ni saya nak share cara untuk nak hilangkan beberapa
kotoran degil jika terlekat pada baju. Bahan-bahan untuk mencuci boleh kita dapati
di rumah kita sendiri. Tak perlu keluar mencari bahan pencuci khas. Di sini
adalah petua mencuci pakaian, mengikut kategori kotoran di bawah:
1. Pakaian terkena karat
Campurkan perahan jus limau nipis bersama sesudu kecil garam
halus. Gosokkan bahagian baju yang terkena karat dengan jus campuran tersebut,
biarkan selama beberapa minit kemudian basuh menggunakan air sabun dan bilas seperti
biasa.
2. Pakaian terkena dakwat
Untuk mengurangkan kesan dakwat yang melekat pada pakaian,
boleh alirkan kesan itu dengan air yang mengalir selama beberapa minit.
Sebenarnya ada 4 cara untuk menghilangkan kesan dakwat, boleh pilih nak guna
cara yang mana satu.
a) Bancuh 3 sudu susu tepung dengan sedikit air, air bancuhan perlu pekat. Sapukan bancuhan susu ini pada kesan dakwat selama setengah jam.
b) Gosok bahagian yang terkena dakwat dengan perahan air limau nipis dan sedikit garam beberapa ketika. Jika masih belum hilang, rendam pakaian tersebut dengan air bancuhan limau nipis dan garam yang sedang panas selama 5 minit.
c) Titiskan cuka ke atas kesan dakwat tersebut. Biarkan selama 5 minit dan kemudian ngenyeh-ngenyeh dengan tangan untuk mengeluarkan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali hingga kesan dakwat hilang.
d) Semburkan penyembur rambut pada kesan dakwat. Biarkan kering seketika. Kemudian bilas dengan air yang dicampur dengan sedikit cuka. Berus dengan sabun dan bilas seperti biasa.
3. Pakaian terkena kunyit
Ambil sedikit sabun cuci pinggan dan sapukan pada tempat
yang terdapat kesan kunyit pada baju. Biarkan selama 15 ke 20 minit, lepas tu
basuh seperti biasa.
4. Pakaian terkena cat
Rendam pakaian yang terkena cat dengan
minyak tanah terlebih dahulu selama beberapa jam, kemudian basuh dengan sabun
dan bilas seperti biasa.
5. Pakaian terkena minyak
Biarkan bahagian yang terkena minyak dalam keadaan kering,
kemudian sapukan sedikit dengan sabun mandi. Gosok hingga kotoran hilang.
6. Pakaian bertahi lalat
Campurkan secawan cuka dengan setengah
baldi air. Rendam pakaian yang bertahi lalat kedalam air cuka tersebut
semalaman. Keesokannya cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur
hingga kering.
7. Pakaian terkena gam kuat (brand gajah dll)
Beli tinner di kedai hardware. Kemudian
basahkan baju yang terkena gam tadi kemudian tenyeh berulang kali hingga kesan
gam itu hilang. Buat berulang2 kali hingga kesan itu betul2 hilang.
8. Pakaian terkena darah
Basahkan kesan darah tersebut, gonyoh samada dengan garam
halus, sabun mandi ketul atau air Coca-cola sehingga hilang.
9. Kesan peluh di kolar atau lengan baju
Gosok kesan kotoran dengan syampu atau sabun mandi, berus
sehingga hilang.
10. Pakaian terkena lunturan baju berwarna
Didihkan air di
dalam periuk dengan detergen dan perahan air limau nipis kemudian masukkan
pakaian yg terkena luntur. Ataupun rendam dengan air dan cuka makan.
11. Pakaian terkena kesan chewing gum
Ada dua cara untuk hilangkan kesan chewing gum pada pakaian
iaitu:
a) Sapukan thinner pada bahagian yang terkena
chewing gum, kemudian tenyeh kesan tersebut sehingga hilang.
b) Tenyeh kesan kotor tersebut dengan ketul ais kemudian kikis keluar pelan2
kemudian bakinya tenyeh dgn minyak masak hingga benar2 hilang.
12. Pakaian terkena getah pisang
Gosok bahagian kotor tersebut dengan kapur makan, biarkan
selama beberapa minit, kemudian basuh seperti biasa dengan detergen.
13. Pakaian terkena kesan kopi/teh
Rendam dengan air hangat, detergen, perahan
limau nipis dan letakkan juga sedikit baking powder.
Semoga info ini bermanfaat untuk semua.
Categories
Laundry Info
Sabtu, 11 Oktober 2014
Servis Cuci Karpet di Semenyih
Hai semua,
Kami sudah mula menyediakan servis cucian karpet di Semenyih. Pengambilan dan penghantaran adalah P.E.R.C.U.M.A dari rumah ke rumah.
Harga cucian adalah RM1.00 per kaki persegi bagi karpet biasa, dan RM1.20 untuk bagi bulu tebal. Karpet anda akan siap dicuci dalam tempoh 2 minggu sahaja.
Kenapa perlu memilih kami?
- Kami menggunakan sabun cucian dan softener bagi memastikan karpet anda bersih, lembut dan wangi.
- Kami menggunakan air mutlak yang mengalir bagi memastikan karpet anda suci. Jadi tiada masalah bagi anda yang meslim menggunakan karpet cucian kami sebagai sejadah!
- Harga servis cucian kami adalah di antara harga yang terM.U.R.A.H. Tak percaya? Anda boleh buat bandingan harga sendiri di kedai2 dobi lain berhampiran anda ;)
Kami juga memberi peluang kepada mana2 peniaga dobi terdekat jika ingin buat sub cuci karpet dengan kami, kami akan offer dengan harga yang berpatutan.
Bagi sesiapa yang berminat, hubungi saya (sms/call/whatsapp) di 013-3604089 ;)

Flyer kami yang dah ready dan sedia untuk diedarkan di kawasan Semenyih..
Kami juga memberi peluang kepada mana2 peniaga dobi terdekat jika ingin buat sub cuci karpet dengan kami, kami akan offer dengan harga yang berpatutan.
Bagi sesiapa yang berminat, hubungi saya (sms/call/whatsapp) di 013-3604089 ;)
Categories
Dobi Harum
Ahad, 21 September 2014
Bulan Pertama Mengurus Dobi Harum
Hai semua,
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua customer yang telah menggunakan khidmat cucian di dobi kami.
Alhamdulillah, walaupun ini adalah bulan pertama saya mengurus Dobi Harum, tapi pahit maung, perit pedih pemilik lama yang telah 15 tahun menjalankan dobi ini juga saya pernah rasa tempiasnya. Maklumlah, pemilik lama ayah sendiri. Kami akui, masih terdapat banyak kelemahan yang perlu kami perbaiki untuk memberikan servis yang terbaik buat semua.
Bulan pertama, tentulah saya blurr..tak tahu nak uruskan yang mana satu. Mujur akak indonesian di kedai kami sangat cekap menguruskan dobi ini. Saya tahu akak letih buat kerja-kerja seharian di dobi, insyaAllah saya akan cuba jadi majikan yang terbaik untuk akak ~ cewah :p
Apa yang saya dapat perhatikan di dobi ini ialah:
- Bisnes dobi ini telah melepasi fasa pertama, dan sedang melalui fasa kedua.
- Fasa pertama ialah pada awal-awal pembukaan dobi. Pemilik perlu buat kerja-kerja membasuh, menggosok, melipat, dan lain-lain. Pemilik juga perlu membuat promosi semaksima mungkin untuk memperkenalkan dobi yang baru dibuka kepada penduduk sekitar, juga mendapatkan tender di institusi2 berdekatan.
- Di fasa kedua pula, tanggungjawab membasuh, menggosok, melipat dan lain-lain diserahkan kepada pekerja bawahan. Dobi ini juga sudah dikenali oleh punduduk sekitar, dan sudah mempunyai tender. Tugas pemilik perlu menjaga kualiti servis bagi maintainkan wang keluar masuk di samping membuat beberapa penambahbaikan.
- Kedudukan saya sekarang adalah di fasa kedua. Namun berada di fasa kedua juga tidak semudah yang disangka. Jika berlaku sebarang kerugian dari segi kerosakan mesen atau pulangan keuntungan yang rendah, adakalanya pemilik perlu berhutang dan keuntungan di bulan-bulan mendatang ni lah yang perlu bayar semula hutang-hutang tersebut.
- Tender? Perlukan kekuatan dari segi fizikal dan mental.
- Cawangan dobi? Cari pekerja dobi yang jujur, cekap dan amanah bukan mudah kawan-kawan.
Inilah gambar di dalam kedai kami. Terlalu banyak penambahbaikan yang saya nak buat. InsyaAllah saya cuba realisaskan bila kami berpindah ke premis baru nanti.
Bulan pertama saya perlu fokus dalam accounting dulu. Nak tutup akaun setiap hujung bulan. Sebelum ni pemilik lama hanya buat kira-kira setahun sekali sahaja, semasa buat income tax. Jadi, kalu ada untung lebih bulan tu, bolehla kongsi sikit dgn akak-akak indonesian saya. Kalau ada sebarang kecurian sekalipun, saya boleh detect awal.
Saya harap akan datang saya boleh gunakan sistem berkomputer. Bila ada customer hantar baju, terus save dalam komputer dan print. Kan senang. Cuma sekarang belum sesuai lagi, pasal dobi saya belum ada ciri-ciri keselamatan.
Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua pelanggan saya. Tanpa anda, siapalah kami di sini.

Khamis, 18 September 2014
Dah Penat Belajar Tinggi-tinggi, Kenapa Berhenti Kerja?
"Dah penat belajar tinggi-tinggi, kenapa berhenti kerja?"
Itulah soalan yang susah aku nak jawab sekarang.
Hanya jawapan yang dapat memuaskan hati mereka ialah,
"Dah dapat manage dobi dari jauh nanti, saya kerja la semula".
Sebenarnya dalam hati, aku tak mahu lagi merasa saat kelam kabut pergi kerja pagi-pagi, penat pulang kerja petang-petang. Hanya menanti hari-hari cuti untuk merehatkan badan. Maklumlah, walaupun jadi jurutera atau manager sekalipun, kita tetap dianggap pekerja (K.U.L.I), bukan boss.
Apa kata Robert T. Kiyosaki,
"Situasi biasa dalam sistem IPT adalah kita keluar bekerja mengikut bidang yang kita belajar. Jika kita belajar bidang masakan, kita mohon kerja sebagai chef, Jika kita belajar bidang undang-undang, kita berusaha memastikan kita menjadi peguam. Satu kesilapan yang berlaku dalam konteks bekerja mengikut bidang pengajian adalah kita terlupa menjaga bisnes kita sendiri. Kita sibuk menghabiskan masa seumur hidup menjalankan bisnes orang lain dan menjadikan mereka kaya".
Semakin tinggi gaji kita, semakin berat tanggungjawab, semakin rumit dan letih untuk diuruskan. Ini cuma melalui pengalaman aku bekerja di kilang sahaja, mungkin orang lain masih seronok dengan pekerjaan masing-masing. Terpulang pada pendirian kita.
Apa pun, pengalaman bekerja di kilang tu lah yang buat aku belajar banyak benda.
Kata Robert T. Kiyosaki,
"Sekiranya kamu tidak mahu bekerja bagi mempelajari sesuatu yang baru, dan berkeras hendak menjadi pakar dalam bidang pekerjaan yang kamu ceburi, pastikan syarikat tempat kerja itu mempunyai persatuan pekerja. Persatuan pekerja dicipta bagi melindungi pakar. Mengapa? Sebab apabila seluruh hidup seseorang sudah dihabiskan dengan mempelajari kemahiran yang hanya diguna pakai oleh satu industri, jika dia dipecat atau tidak layak barada dalam industri tersebut, kemahiran dia tidak bermanfaat kepada industri lain".
Inilah peluangku, untuk menyambung bisnes yang sedia ada (walaupun bisnes kecil). Aku ingin keluar dari comfort zone. Aku rasa sedih bila bangsa lain dah ramai berjaya di negara aku sedangkan bangsa aku sendiri, hanya selesa duduk makan gaji. Melayu yang ada sijil jadi kuli sedangkan c*** yang lepasan SPM pun boleh jadi tokey.
Mungkin masing-masing punya pendapat tersendiri dan aku akui bukan senang untuk memulakan bisnes dan sustain dengan bisnes itu. Tak salah kalau kita memilih untuk makan gaji, tapi di samping itu, carilah sesuatu aset yang bakal membuatkan anak, cucu, cicit anda senang di kemudian hari, sekaligus kita membela keluarga dan bangsa kita.
Sedih bila dengar ada melayu yang dikatakan kaya dengan menjual tanah & rumah mereka. Kaya tu hanya sekejap je kawan-kawan. Tak salah jual, tapi coverlah semula dengan aset lain. Sekarang bukan senang anak-anak kita nak cari rumah mampu milik.
Inilah perjalanan kewangan aku dari sepuluh tahun lalu:
1. Purata duit simpanan aku sebulan RM 800. Hutang kereta tak banyak kerana hanya berkereta kancil.
2. Duit simpanan banyak dihabiskan untuk urusan rumah.
3. Alhamdulillah, ibu bapa banyak membantu dari segi kewangan.
4. Aku dan suami mempunyai pendapat yang sama, beli rumah dahulu baru beli kereta besar.
5. Agak lambat bagi aku belajar tentang ilmu pengurusan kewangan (setelah tahun ketiga bekerja), jadi sekarang aku perlu berusaha keras untuk memastikan nilai duit masuk aset lebih besar dari nilai duit keluar liabiliti.
6. Setelah tahu tentang selok belok ilmu kewangan, terasa sangat rugi kerana aku tak pandai cari duit ketika belajar, hanya tunggu graduate dan kerja makan gaji untuk raih duit sendiri.
Target kewangan aku selepas berhenti kerja;
Oleh kerana loan aku untuk mendapatkan dobi tidak diluluskan, jadi aku perlu berusaha untuk bina bisnes sendiri terlebih dahulu sebelum dapat 'membeli' bisnes sedia ada dari family.
Semoga tulisan saya ini bermakna buat semua, terutama buat adik-adik yang baru mulakan kehidupan sendiri.

Status
|
Impian Saya
|
Cara
Saya Menguruskan Wang
|
Pelajar Kejuruteraan Biokimia
Bioteknologi
|
Ingin menjadi
jurutera berjaya.
|
Bargantung sepenuhnya kepada PTPTN dan duit PaMa, tidak terfikir utk cari duit sendiri.
Beli
Produa Kancil, RM282 sebulan, no downpayment.
|
Tahun pertama
bekerja sebagai Jurutera
|
Hasrat untuk tamatkan zaman bujang.
Ingin perkahwinan yang nampak mewah, tapi
dengan kos yang berpatutan.
|
Simpan
RM 1,000 sebulan dalam ASB untuk belanja kahwin.
Belanja
kahwin RM 7,000. Catering PaMa sponsor (kos untuk kenduri sebelah perempuan).
|
Masuk tahun
kedua bekerja ~ Kahwin
|
Mencari tempat
tinggal bersama, tiba-tiba terjumpa apartment yang sedang naik di Shah Alam
RM 178,000. Apartment ini bakal naik harganya dari hari ke hari.
|
Alhamdulillah,
ibu dahulukan duitnya RM 2,000 untuk bayar deposit dan booking rumah.
RM 16,000
digunakan untuk downpayment rumah, RM 4,000 untuk bayar yuran guaman (kongsi
dengan suami)
|
Tahun kedua
bekerja ~ Mengandung & dapat anak
|
Impian
dalam kerjaya semakin hilang, mula fikir untuk berhenti kerja dan meluangkan
masa dengan anak.
|
RM
3,000 untuk kenduri akikah.
|
Tahun ketiga
bekerja ~ Persediaan pindah dari rumah sewa ke rumah sendiri
|
Inginkan
rumah ibarat hotel 5 bintang.
|
Habis RM 14,000
untuk pindah rumah.
|
Tahun keempat
bekerja
|
Terasa tidak
berbaloi menunggu gaji setiap hujung bulan untuk dapatkan apa yang diingini.
Ibarat penantian yang tak sudah-sudah. Mula berfikir untuk keluar dari ‘Rat
Race’ dan sambung bisnes family.
|
Pinjaman PUNB
tidak lulus. Peruntukan sendiri hanya ada RM 7,000. Harap mencukupi untuk
naik taraf kedai.
|
Tujuan aku share cerita kewangan aku bukanlah bermaksud apa-apa, cuma ada pelajaran yang aku dapat di sini:
2. Duit simpanan banyak dihabiskan untuk urusan rumah.
3. Alhamdulillah, ibu bapa banyak membantu dari segi kewangan.
4. Aku dan suami mempunyai pendapat yang sama, beli rumah dahulu baru beli kereta besar.
5. Agak lambat bagi aku belajar tentang ilmu pengurusan kewangan (setelah tahun ketiga bekerja), jadi sekarang aku perlu berusaha keras untuk memastikan nilai duit masuk aset lebih besar dari nilai duit keluar liabiliti.
6. Setelah tahu tentang selok belok ilmu kewangan, terasa sangat rugi kerana aku tak pandai cari duit ketika belajar, hanya tunggu graduate dan kerja makan gaji untuk raih duit sendiri.
Target kewangan aku selepas berhenti kerja;
Oleh kerana loan aku untuk mendapatkan dobi tidak diluluskan, jadi aku perlu berusaha untuk bina bisnes sendiri terlebih dahulu sebelum dapat 'membeli' bisnes sedia ada dari family.
Semoga tulisan saya ini bermakna buat semua, terutama buat adik-adik yang baru mulakan kehidupan sendiri.
Categories
Bisnes
Jumaat, 12 September 2014
Dobi Harum Bakal Pindah ke Lot Baru
Salam semua,
Inilah gambar Dobi Harum sekarang,
Dan inilah gambar lot baru yang Dobi Harum akan dipindahkan,
Lot baru letaknya hanya selang satu lot dari premis sekarang. Bangunan kedai ni sedang dinaik taraf oleh owner bangunan. Daripada kedai 1 tingkat menjadi kedai 3 tingkat. Tingkat atas akan jadi asrama pekerja restoran.
Tak lama lagi, Dobi Harum akan berjawah baru :)
Inilah gambar Dobi Harum sekarang,
Dan inilah gambar lot baru yang Dobi Harum akan dipindahkan,
Mac 2014
May 2014
Ogos 2014
Lot baru letaknya hanya selang satu lot dari premis sekarang. Bangunan kedai ni sedang dinaik taraf oleh owner bangunan. Daripada kedai 1 tingkat menjadi kedai 3 tingkat. Tingkat atas akan jadi asrama pekerja restoran.
Tak lama lagi, Dobi Harum akan berjawah baru :)
Categories
Dobi Harum
Selasa, 9 September 2014
Mohon Pinjaman PUNB
Hai semua,
Saya nak ceritakan pengalaman saya mohon pinjaman PUNB. Nampak
macam mudah, tapi susah rupanya. Kepada anda yang berada di area lembah Klang
dan ingin mohon pinjaman PUNB, boleh hadir Taklimat Pembiayaan Perniagaan PUNB
di
Ibu Pejabat PUNB
Tingkat 9, Blok 1B Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5, KL
Sentral 50470 Kuala Lumpur.
Setiap hari Isnin, bermula pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tgh
hari.
Masa taklimat, peserta akan diterangkan tentang latar belakang pembiayaan,
objektif, keistimewaan program, syarat kelayakan, proses permohonan, bidang
perniagaan dan cara memohon bagi enam skim yang berbeza iaitu:-
1. Prosper Runcit
2. Prosper Teras
3. Prosper Pemborong
4. Prosper Usahawan Muda
5. Program Siswazah Perantis
6. Skim PKS
Lepas taklimat, kira-kira pukul 11.00 pagi, setiap peserta yang
berminat perlu mangambil Ujian Kesesuaian Keusahawanan dengan yuran sebanyak
RM20. Ujian tersebut adalah soalan objektif dan mengambil masa kira-kira
45minit untuk siap. Ia adalah untuk menilai keperibadian dan personaliti
peserta samada ada jiwa usahawan atau tidak.
Selesai ujian, peserta akan diberi kertas format apa yang perlu
ada dalam Rancangan Perniagaan PUNB beserta brosur beberapa aktiviti anjuran
PUNB. Oleh kerana saya masih bekerja makan gaji pada waktu itu, saya tak join
aktiviti-aktiviti tu tapi hanya fokus untuk menyediakan Rancangan Perniagaan
bagi ‘membeli’ Dobi Harum dari pemilik lama sahaja.
Kira-kira sebulan kemudian, saya dapat surat tawaran untuk
menghadiri Bengkel Penyediaan Kertas Kerja PUNB dengan yuran sebanyak RM 50.
Saya tak pergi pun, pasal saya dah kehabisan annual leave, nak U/L sayang pula
sebab masa tu saya tengah saving duit sebanyak mungkin untuk buat bisnes
sendiri. Cara nak buat RP saya belajar melalui online saja. Saya dapat siapkan
proposal dalam tempoh dua bulan. Saya mohon RM 50,000 sahaja melalui skim
Prosper Runcit.
Genap dua minggu lepas RP saya dihantar, seorang wakil PUNB telefon
saya untuk hadir temuduga. Dalam temuduga mereka bertanya tentang aliran keluar
masuk wang dan potensi keuntungan syarikat. Memang saya akui keuntungan
syarikat agak menurun sebab pemilik lama dah tak larat ambil banyak tender,
tak macam dulu. Seriously kalau dobi kami untung banyak, saya takkan mohon
pinjaman ni. Cuma saya perlukan sedikit modal untuk menaik taraf dobi dan
menambah mesen untuk cari semula tender.
Mereka cakap jika permohonan saya diterima, mereka akan telefon
saya semula dalam tempoh dua minggu. Jika tidak, mereka akan maklumkan melalui
surat. Akhirnya permohonan saya tidak diterima kerana alasan mereka saya tidak
ada pengalaman. Aduhh..rasanya waktu interview saya dah beritahu yang pemilik
lama akan guide saya hingga saya betul-betul dapat uruskan dobi..ishk ishk..
adakah kerana pinjaman untuk dobi memang dah dibekukan oleh pihak PUNB? Penat
saya buat RP.
Tapi tak mengapa, target sebenar saya bukan nak tambah hutang pun.
Saya nak mulakan dengan apa yang ada dulu. Saya yakin pemilik lama boleh
bertoleransi dengan saya untuk mendapatkan pengalaman mengurus dobi (yang dah
15 tahun berjalan tu). Masa untuk bertukar kepada plan B ;)
Categories
Bisnes,
Bisnes Dobi
Rabu, 3 September 2014
Visi dan Misi
Tentang
Kami…
DOBI HARUM telah ditubuhkan pada 1 Ogos 2000, di bawah
naungan syarikat Ikatan Mampat Enterprise. Dobi harum menawarkan perkhidmatan
mencuci pakaian, alas meja, tuala, langsir, karpet, cadar, comforter, menggosok
pakaian, cucian kering, dan lain-lain. Ikatan Mampat Ent. pernah memiliki dua
cawangan dobi di Rembau, Negeri Sembilan (2001-2004) dan Jalan Cheras Kajang
(2004-2007). Pada 18 November 2013, Dobi Harum kemudiannya didaftarkan atas
nama pemilik baru – Siti Subaiyah Shahudin.
Visi Kami…
Menjadi pusat cucian terpilih di Selangor.
Visi Kami…
Menjadi pusat cucian terpilih di Selangor.
Misi
Kami…
- Kami menyediakan perkhidmatan dobi dan servis cucian.
- Teras model kami adalah mampu mencuci pelbagai jenis fabrik.
- Kami menyediakan servis-servis tambahan seperti ambil dan hantar kepada pelanggan khususnya kepada penduduk setempat, badan-badan kerajaan dan swasta.
- Membantu menyelesaikan masalah harian setiap keluarga yang mempunyai kekangan masa dan tenaga di rumah.
Categories
Dobi Harum
Isnin, 1 September 2014
Agen Nasi Arab Albayt Diperlukan
Hai semua,
Saya memerlukan beberapa orang kawan untuk sama-sama menjadi agen seperti saya.
Saya memerlukan beberapa orang kawan untuk sama-sama menjadi agen seperti saya.
Harga 10 kotak : RM 125 (RM 12.50 sekotak)
Harga 20 kotak : RM 250 (RM 12.50 sekotak)
Harga 50 kotak : RM 550 (RM 11.00 sekotak)
Harga pasaran biasa : RM 15.00 sekotak
Alhamdulillah, sambil menjual, saya dapat belanja kawan-kawan makan. Tak payah susah-susah cari restoran nasi arab. Jimat pun jimat :)
Categories
Nasi Arab
Ahad, 31 Ogos 2014
Happy Merdeka Day
We from Harum Laundry wishing you
Happy 57th Merdeka Day
to all Malaysian
Hopefully we stay united as 1 family
Jumaat, 29 Ogos 2014
Hari Hari Terakhirku di Kilang
Alhamdulillah, bersyukur aku diberi peluang untuk mencari rezeki selama 4 tahun, 1 bulan, 12 hari di sebuah kilang Jepun. Kilang yang tak besar mana, tapi cukup untuk memberi banyak pengalaman dan pelajaran baru. Antara pengalaman yang tak ternilai telah aku pelajari ialah cara pengurusan masa kerja, attitude keperibadian, cara mengawal emosi stress, kepimpinan dan komunikasi. Ilmu-ilmu ini takkan dipelajari dalam mana-mana subjek di IPT..percayalah.
Bulan depan, bermulalah tanggungjawab baru. Akulah Production Department, akulah Sales & PPC Department, akulah Purchasing Department, akulah Quality Assurance, akulah Marketing Department, akulah Account Department, akulah Human Resource Admin, akulah..akulah..
Semoga dipermudahkan Ya Rabb, amiin.

Khamis, 28 Ogos 2014
Jumaat, 22 Ogos 2014
Salam Takziah Buat MH17
Kami warga Dobi Harum mengucapkan takziah
kepada ahli keluarga dan sanak saudara mangsa MH17.
Semoga roh mereka dirahmati Allah.
Al-fatihah...
Isnin, 18 Ogos 2014
Bisness Sendiri atau Kerja Makan Gaji
Hai semua,
Saya kini telah 4 tahun bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah kilang, dan akan menjadi pengurus Dobi Harum sepenuh masa pada bulan hadapan.
Kerja sebagai jurutera tidaklah se gah yang disangka, dan mempunyai bisness sendiri juga tidaklah semudah yang disangka. Cuma saya ingin bertukar angin adalah kerana saya berpeluang menyambung bisness yang sedia ada.
Sepanjang bekerja di syarikat swasta, pelbagai pengalaman yang telah saya tempuh. Alhamdulillah, syarikat swasta telah membuka mata saya tentang realiti sebenar status kebanyakan orang Melayu kita sekarang. Walaupun orang-orang melayu boleh mendapat pelbagai keistimewaan di negara kita Malaysia, tapi tidak di kebanyakan syarikat swasta. Itulah yang membangkitkan harapan saya untuk mencipta legasi sendiri. Mungkin kedai ini hanyalah kedai kecil, tidak menjamin keuntungan ratusan ribu. Tapi saya berharap agar kita tidak membiarkan bangsa-bangsa lain atau penduduk yang bukan warganegara kita yang merebut peluang di tanah bumi ini yang sekaligus meng'control' ekonomi negara. Cuma satu harapan saya, agar kita sesama Islam tidak bermusuh-musuhan, saling dengki mendengki, tidak ketawa bila melihat orang lain jatuh kerana sedarlah wahai saudara seIslamku, agama dan bangsa kita sekarang semakin jatuh dengan penyakit-panyakit itu.
Jika kita selesa dengan kerja makan gaji. Belanjakanlah sedikit dari gaji itu ke arah yg membela anak bangsa kita. Tak perlulah kita mengkayakan bank lagi dengan membeli liabiliti yang mewah. Belilah apa-apa sekadar keperluan. Saya dah banyak kali dengar akak-akak yang dah berumur berkata di tempat kerja saya "kalau bukan kerana nak bayar hutang, dah lama akak berhenti kerja". So, kepada yang masih muda, ambillah pengajaran ye ;)

Ahad, 17 Ogos 2014
Resepi Nasi Mandy Kambing Mudah
Salam semua,
Jika ingin belajar memasak Nasi Arab Albayt ini murah sahaja. Boleh refer pada cara-cara memasak Nasi Mandy Kambing Yaman berikut.
Bahan-bahan yang anda perlukan ialah :
Cara buat salad arab
1. 2 biji tomato dan 1 batang timun dipotong dadu.
2. Hiriskan halus 1 labu bawang besar dan daun ketumbar.
3. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk, tambah sedikit garam dan serbuk lada hitam.
Jika ingin belajar memasak Nasi Arab Albayt ini murah sahaja. Boleh refer pada cara-cara memasak Nasi Mandy Kambing Yaman berikut.
Sumber dari Google
Bahan-bahan yang anda perlukan ialah :
- Beras basmathi (dalam pek nasi arab Albayt)
- Rempah serbuk mandy (dalam pek nasi arab Albayt)
- Rempah tumis mandy (dalam pek nasi arab Albayt)
- 1.5 kilogram kambing
- 5 biji bawang putih
- 2 biji bawang besar
- 3 sudu besar minyak masak
- 2 batang cili hijau
- Sedikit garam
Daging kambing hendaklah direbus
sehingga empuk tanpa garam.
Nasi mandy hendaklah dimasak
mengikut cara-cara di bawah :
- Rendam beras selama 20 minit atau lebih. Toskan selepas rendaman.
- Tumis rempah hidup seperti pelaga, kayu manis, lumi dan cengkih (ada dalam pek nasi mandy) bersama 2 biji bawang besar dan 5 biji bawang putih yang siap dihiris.
- Masukkan serbuk rempah mandy setelah bawang garing, tumis dengan api yang kecil. Kemudian tutup api. Pastikan anda gunakan kesemua rempah tumis yang disediakan dalam set.
- Campurkan tumisan bawang dan rempah tadi bersama beras ke dalam periuk nasi elektrik.
- Masukkan pewarna kuning telur 2 sudu kecil (saya tak letak pun), garam 1 setengah sudu kecil dan cili hijau 2 batang.
- Tambah air rebusan 600 mililiter bersama daging ke dalam periuk.
- Tanak nasi dalam periuk nasi elektrik. Setelah 80% nasi masak, gaulkan perlahan-lahan dan seterusnya tutup kembali supaya nasi masak dengan sepenuhnya.
Cara
buat sos harrah
- Sediakan 2 biji tomato, 2 ulas bawang putih, 1 sudu kecil perahan lemon, daun ketumbar, cili padi dan garam.
- Kisar kesemua bahan tanpa mencampurkan air.
Sumber dari Google
Cara buat salad arab
1. 2 biji tomato dan 1 batang timun dipotong dadu.
2. Hiriskan halus 1 labu bawang besar dan daun ketumbar.
3. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk, tambah sedikit garam dan serbuk lada hitam.
Sumber dari Google
Disalin dari blog Ikhwan Fahmi.
Categories
Nasi Arab
Langgan:
Catatan (Atom)